19 June 2016

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 8

Hari ni aku plan untuk explore Kota Bandung. Al maklumlah semalam aku sampai pun dah lewat petang dan hanya sempat melihat sedikit suasana malam. Walaupun tempat penginapan aku ni bertaraf Hostel, sarapan pagi masih disediakan tapi jangan la expect macam hotel. Sarapannya hanyalah ala kadar seperti menumpang dirumah sewa me-member bujang iaitu roti, jem, telur, dan kopi. Semuanya pepandai masak, sapu dan bancuh sendiri. Yang bestnya, tempat bersarapannya terletak di rooftop. Tapi takda view menda sangat.

Lepas bersarapan sorang-sorang dalam kesepian, aku pun tegur ala kadar budak receptionist hostel dan mengorak langkah menyusuri Jalan Braga yang mana tengah dalam proses naik taraf. Dibawah hostel aku ada pusat massage. Tante pusat massage tuh bukan main lagi promote aku suruh singgah. Gila apa nak massage pagi-pagi. Tengah fresh lagi. Aku pun bagi alasan mau muter2 dulu dong. Udah capet gue datang massage. Haha.

Selain dari nak explore town, aku juga pasang niat nak shopping pakaian sehelai dua. Biasalah, selain terkenal dengan cuaca dingin, bandung juga terkenal  sebagai kota fesyen.

"Love lock" buat mereka yang tengah angau berchenta, untuk orang yang
dah kena 'gari' macam gua takda nak main lagi benda ni.Haha

Buat assignment kayaknya

Bangga jumpa orang se-kampung kat sini

Pekena Es Durian bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan setelah menapak lebih 1km
Beberapa factory outlet telah aku lalui tapi aku tak singgah sebab tempat shopping yang aku tuju bersifat fesyen muda mudi. Indie bak kata orang. Sebenarnya petua nak nampak muda selalu ialah bergaya macam bebudak muda. Haha. Tempat yang aku tuju adalah Jalan Sultan Agung. Sebenarnya aku tau kewujudan tempat ni berdasarkan rancangan "Destinasi Bajet" di TV3 nun.

Selepas 2.6 Km menapak, aku pun tiba di lokasi. Bercerau peluh. Untuk makluman scene jenama "indie" di Bandung memang top. Banyak jugak bebudak Malaysia yang start brand sendiri datang menuntut di Bandung. Disini terdapat belasan (or puluhan) butik jenama tempatan.



Cafe dan Coffee Shop yang artistik juga bersepah



Boleh dikatakan hampir semua butik fesyen indie dekat Jalan Sultan Agung ni aku jelajahi dan banyak gak hasil yang aku cekau. T shirt sini sehelai dalam Rm20-Rm50. Selepas membeli belah ala kadar aku pon menapak pula mencari port lunch.

Tempat makan tengahari aku
sedap sedap sungguh makanan kat Indonesia ni
Selepas makan tiada aktiviti melainkan pusing melihat sekitar Kota Bandung

London Bus di bumi Bandung
Kat Indonesia ni memacam cara diaorang cari makan salah satu adalah menjaga trafik a.k.a menjadi trafik light. Sambil kereta membelok driver akan hulur duit kepada tukang jaga trafik tuh.
Santai petang

Di Indonesia, angkatan tentera mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam mencorak pentadbiran negara. Ini kerana berbeza dengan kita, mereka mencapai kemerdekaan dengan perjuangan bersenjata ke atas penjajah Belanda.
Pada sebelah malam aku hanya melepak makan di gerai bakso berdekatan Chez Bon sebab kaki pon dah sengal-sengal semacam. Peniaga bakso tempat aku menjamu selera rupanya penyokong tegar pasukan bola sepak tempatan, Persib Bandung. Maka dengan bersemangat mulalah dia cerita kisah-kisah perbolaan yang sebenarnya bukan topik yang aku mahir. Haha.

Share:

25 May 2016

Budaya Keluarga

Kalau kita sebut bab budaya apa yang selalu kita dengar adalah adat penduduk setempat bagi sesebuah Negara ataupun bagi satu-satu kaum. Namun selain dari itu apa yang aku perasan jika di”zoom” kan dengan lebih terperinci sebenarnya sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri mempunyai budaya ataupun secara tidak ilmiah iaitu “kebiasaan”.

Waktu aku masih bersekolah dimana melepak atau stay over di rumah rakan adalah perkara biasa, aku selalu jugak perati perbezaan budaya rumah member aku dengan rumah aku. Kekadang tuh benda yang dianggap serius offence dirumah aku adalah satu perkara normal di rumah orang lain. Antaranya ialah di rumah aku bangun lewat adalah satu kesalahan besar tapi bila tengok sesetengah member aku, rileks aja makbapak mereka suruh aku masuk rumah tolong kejutkan anak mereka.

Antara yang aku ingat, ada member yang boleh sewenang wenangnya  tak pergi sekolah dengan alasan remeh temeh tapi bagi aku walaupun baru sampai rumah pukul 4-5 pagi dari perjalanan jauh mau tak mau esok pagi tetap kena ke sekolah. Haha. Susah sungguh nak dapat perlepasan cuti dari mak aku even setakat sakit demam selsema sikit-sikit. 

Lepas kawin pulak, aku dapat compare antara budaya keluarga aku dengan keluarga bini aku. Bagi keluarga bini aku, basuh satu pinggan bersamaan sekali picit botol pencuci sunlight manakala di rumah aku pulak sunlight dipicit dalam bekas sabun dan dibancuh pulak dengan air bagi penggunaan yang holistik. Selain dari tu,beza yang aku nampak adalah keluarga aku makan lauk pelbagai jenis tapi nasi sikit manakala di rumah keluarga bini aku mereka makan nasi dalam kuantiti yang banyak tapi lauknya dua tiga jenis aja.

Setelah mempunyai keluarga kecil, aku pon nak juga pupuk nilai budaya keluarga yang tersendiri dalam keluarga aku ni. Antaranya, Aku nak anak-anak aku nanti memulakan hari dengan sarapan berkhasiat. Bukan macam aku dulu2. Kekadang redah ke sekolah tanpa sarapan. Bukan makpak tak sedia Cuma tak kena dengan taste. Biasala la budak-budak. Selera lain. Selain dari tuh aku taknak takutkan anak aku dengan kisah tahyul raksasa hantu dan sebagainya. Akan aku terang sesuatu perkara dengan penuh sainstik lagi Islamik…ewah..Selain dari tuh aku taknak paksa anak aku mengadap buku 24jam tapi yang masuk dalam otak 1jam sahaja. Yang penting belajar 2jam dan paham 2jam. Cukup. 

Semua diatas hanya visi yang mana mungkin berubah sejajar dengan pengurangan kadar testorone dalam badan aku. Apa yang aku perasan dari masa ke semasa aku dah mula melakukan perkara yang satu masa dahulu aku rasa uncool sebab macam orang tua namun last-last ke situ juga perginya.



Share:

15 May 2016

Kitaran Hidup Terkini

Dua tiga menjak ni aku sedar yang rutin hidup aku ni dah seakan satu kitaran yang sama dan dari minggu ke minggu terasa pantas berlalu. Rutin harian bermula dari bangun pagi, ke gym, kerja, balik kerja, main anak , tidur dan ulang semula. Weekend pulak bangun cari sarapan, balik lepak dan keluar jejalan cari port minum best bersama anak isteri. Itu lah  yang aku lalui.

Hidup mula terasa seakan tiada matlamat duniawi. Tambah dah ada anak, nak panjang kaki pun susah. Harap tengok rancangan TV aja lah kalau nak tengok tempat orang. Nak enjoy dari segi materialistik, tak adalah mampu sangat ditambah dengan keadaan ekonomi yang suram malap hancus. Jadi apa yang mampu hanyalah makan tidur dan melepak dikawasan sewaktu dengannya.

Sekarang aku tengah terfikir kaedah untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan menyeronokkan. Sedikit sebanyak idea datang tetapi ada yang berfaedah tapi tidak menyeronokkan manakala ada menyeronokkan tapi tak berfaedah. Selain tuh aku berfikir tentang perkara yang tak makan banyak modal.

Perkara yang bermain difikiran aku samada aku perlu satu hobi ataupun mungkin sambung belajar. Part sambung belajar tuh lah yang tak menyeronokkan tapi bagi aku berfaedah. Tapi bila fikir yang setiap weekend nak kena mengadap lecturer masuk kelas buat aku ragu-ragu. Nak cari hobi, aku tengah fikir apalah hobi yang kena dengan jiwa aku dan paling penting tak kena GST. Kalau diikutkan hobi aku adalah berjalan tapi semua tuh makan modal. Jadi apa laaaa hobi yang ada. Nak kumpul setem macam tak kena jiwa, Nak kumpul serangga macam tak kena usia. Hmmmm.


Share:

04 April 2016

Baru Ku Sedar


  1. Dulu ada orang tua-tua pesan nak buat apa-apa, buat sebelum kawin. lepas kawin susah. Baru ku sedar, memang benar. Selain kerana tanggungjawab, perasaan rindu pada anak isteri akan menyukarkan untuk panjang akal.
  2. Dulu member aku ada cerita yang dia pernah naik Genting Highland dengan moto superbike, ended up bila sampai puncak terus pecut balik sebab tertengok wallpaper gambar anak di handset. Memula memang aku gelak sebab terasa member aku propa rupanya baru ku sedar, memang benar. Bila berjauhan sikit dah teringat sangat pada anak.
  3. Dulu aku tak touching sangat bila lihat berita anak kecil didera, sakit kronik, terkorban atau sebagainya namun bila ada anak, Baru ku sedar erti kasih sayang pada si kecil. Bukan sekadar pada bayi manusia, malah juga anak haiwan. 
  4. Dulu aku selalu terfikir kenapa mak bapak sayang anak sangat sangat sedangkan anak itu derhaka atau tak ketahuan hala. Baru ku sedar, erti kasih sayang mak bapak pada anak.
  5. Dulu aku selalu terfikir kenapa lepas kahwin banyak laki jadi berisi, gemuk bagai. Baru ku sedar rupanya masa bersenam/aktif mereka mula terbatas. Masa yang ada kena pergi kerja, masa lepas kerja perlu diluangkan pula pada keluarga.
  6. Dulu aku ada terfikir kenapa orang lepas kahwin dah susah nak melepak bersama rakan-rakan macam zaman bujang. Baru aku sedar, lepas kahwin dah susah nak tinggal rumah. Rasa risau nak tinggal anak bini di rumah. 
  7. Tapi hanya satu yang aku masih tak faham...kenapa perlu takut bini ? 

Share:

15 January 2016

2016 DAN MASIH BLOGGING

Sungguh pantas masa berlalu, pejam celik dah masuk 2016 *ayat common blogger ditahun baru* dan seiring masa berlalu, aku masih disini cuba mengerah setiap kudrat kerajinan untuk berblogging. Berblogku bukanlah untuk femes, untuk buat duit guna ads, namun cukup la sekadar boleh dijadikan diari aku sendiri dan sedikit sebanyak mana2 pengalaman yang boleh dimanfaaat bersama.

Tahun 2015 membawa pelbagai suka duka seperti mana-mana kehidupan. Agak sedih bila dikenang impian aku nak me-Redah setiap tahun terbantut pada tahun 2015 kerana tanggungjawab makin bertambah. Catatan Redah 2.0 tahun 2014 pun belum selesai. Selagi tak selesai selagi tuh aku tak tenang bila fikir tentang blog. Tapi nak dapat mood menulis tuh susah sungguh.

Disini aku nak review serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang 2015 berdasarkan gambar-gambar instagram.

#1

Alhamdulillah tahun 2015 dibuka dengan berita gembira dimana bini aku dapat bertukar tempat kerja di kampung halaman. Tiada lagi kehidupan sebagai weekendhusband yang selalunya hari isnin pukul 5 pagi dah bergerak ke KLIA2 untuk pulang dan masuk kerja pukul 9 pagi tuh jugak di Perlis.

#2


2015 juga menyaksikan aku akhirnya meninggalkan sarang yang dihuni bersama induk a.k.a makbapak dan menetap di rumah lain yang masih milik makbapak .. haha. Tiada lagi dapur yang sentiasa ada isi. Sekarang sendiri beli apapun. 

#3


Walaupun aku tak berpeluang nak REDAH 3.0 tahun ni, tapi aku banyak meredah dalam semenanjung ni menguruskan urusan pejabat. Nak cecah beratus jugak sekolah di Penang, Perak dan Pahang yang aku pergi atas urusan lawatan tapak. Mencabar, penuh ranjau.

#4
  
Sepanjang hidup aku, hanya satu pingat yang aku pernah peroleh tuh pun sewaktu darjah 5 ketika masuk kejohanan Tenis MSSM. Selepas tuh memang tak pernah lagi pegang pingat sebab aku bukan sportman mahupun pedebat unggul. Bila dah besar baru la ada minat nak bersukan atau beraktiviti maka tahun 2015 aku menambah lagi 2 koleksi pingat acara favourite aku iaitu Viper Challenge. Satu di Stadium Shah Alam manakala satu lagi event di Genting Highland. 

#5  

Sejak aku tinggal bersama isteri di rumah baru tuh, aku dah jarang dapat melepak di port meditasi aku kat belakang rumah parents. Rindu nak layan sunrise dan sunset sini. 

#6

Tahun 2015 juga menyaksikan aktiviti ber-gym aku dah makin suam-suam kuku. Adeh... Nak berhenti sayang, nak main takda masa. 

#7

Bila dah duduk sendiri-sendiri bersama isteri maka merasa la berpuasa bersama-sama sepanjang Ramadhan yang lalu. Walaupun memula bini aku acah-acah rajin masak namun lama kelamaan bila dikira-kira rasa macam beli di Bazar Ramadhan lagi murah. So dekat-dekat penghujung Ramadhan masing-masing dah berbuka cara bujang.

#8

Mungkin pencapaian paling membanggakan bagi aku dan seluruh umat manusia pada tahun 2015 adalah  aku berjaya menjejakkan kaki di Planet Marikh Kuantan... huhuhu..

#9

Kalau ditanya mana gambar favourite aku sepanjang tahun 2015, gambar ni lah yang akan aku pilih. Di ambil di Pulau Tuba Langkawi, suasana sungguh tenang kena pulak dengan cuaca redup-redup. Syahdu. Terasa macam nak pacak khemah dan nikmati suasana alam.

#10

Tahun ini juga aku sempat memegang semula status OKU untuk beberapa bulan dek kerana sibuk melaksakan operasi membasmi pekerja malas sampai aku tak perasan ada longkang kat depan.

#11

Pencapaian sebenar pada tahun 2015 bagi aku adalah mendapat zuriat.Thanks Allah.. Tak sangka dah jadi bapak.

Share: