Showing posts with label Projekt Angelina. Show all posts
Showing posts with label Projekt Angelina. Show all posts
19 November 2009
03 November 2009
Projekt Angelina : Performance la pulokkk !!
Setelah puas main dengan kaler2 dan bodykit tapi still kena highbeam dengan kancil standed,june (bukan nama sebenar) telah terbuka pintu hatinya untuk meningkat taraf enjinnya pula.Enjin Campro auto memang terkenal dengan sifat lembapnya dan ditambah dengan rim 17,maka bertambah tak boleh blah la keretanya bak membawa perutnya yang semakin besar.Untuk diburukkan keadaan,muffler cap ayamnya turut menyebabkan minyak mentedarah bak beliau mentedarah maruku dirumah.Maka akhirnya solution ringan ringan yang boleh dibuat ialah dengan main dengan bahagian ekzos.Apa yang dilakukan ialah menukar extractor.Ekceli extractor memainkan peranan paling kritikal dibahagian sistem ekzos maka menukar extractor standed kepada extractor aftermarket boleh mendatangkan hasil negatif dan positif.Maka pemilihan extractor amatlah penting.Terdapat bersepah extractor aftermarket dipasaran dengan harga berbeza .Boleh didapati dari kedai ekzos Ah beng hinggalah kedai kedai mahai di Sunway.
Namun dengan maklum balas dari aku yang berpuas hati dengan extractor powerzone yang diguna pakai hampir setahun,beliau turut berkenan untuk mengguna khidmat jenama sama.Aku suggestkan dia menggunakan extractor powerzone sebab aku dapat rasa beza bila bertukar ke extractor ni.Aku tak penah try or test extractor lain maka aku tak dapatlah nak komen sama ada extractor ah beng dan ah seng ok ka tak.Tapi alang alang menyeluk pekasam,baik melabur terus ke barang yang telah terbukti berkesan.
Powerzone atau NS Tuning terletak di Glenmarie,Shah Alam.Selain extractor, kakak aku yang gemuk itu turut menukar centre bullet beharga rm200 untuk tindak balas lebih responsif.Buat masa sekarang,belum boleh bagi review sebab aku dulu pun lepas tukar tak dapat rasa beza sangat lagi.Mungkin masih dalam proses orientasi.Namun muffler cap ayam memang mula mengeluarkan bunyi tak ngam.Macam lori ais.
21 August 2009
29 May 2009
PIMP MY RIDE
Setelah sekian lama menunggu habis peperiksaan final,akhirnya aku dan kakak aku pun meneruskan projek-projek yang terbengkalai selama ni.Kakak aku nak tukar bumper gen2 nya manakala aku pulak nak tukar lips dan spoiler GTi yang aku pasang hari tu.Biasala,memula dapat kereta dulu belum ada pengalaman pasang pasang bodykit dan maybe luck tak kena,aku dapat unit yang defect.Setelah call dan confirmkan order,kami bergerak ke Shell Bandar Manjalara sebab dah janji dengan seller nak COD sana.Terpaksa la bawak 2biji kereta sebab aku nak test spoiler baru dulu kat kereta aku sebelum beli manakala nak bawak bumper terpaksa la masuk dalam Gen2 sebab satria aku ketot.Selepas tol penchala,aku memecut laju dengan 0-100km/h dengan hanya memakan masa 70saat sayup sayup meninggalkan gen2 ungu nampak garang tetapi lembut enjinnya.

Secara peribadinya aku prefer PU untuk bumper tak kira depan dan belakang manakala untuk sideskirt,Fibre punya dah ok lain la kalo main drift.Lip satria aku beli sebelum ni jadi macam meleding kerana baca #10 PU .So kali ni aku test angkat fibre punya pulak,tapi kena hati hati sikit la lepas ni kalau lalu laluan curam dan nak parking.Entah kenapa petang ni panas takda mood pulak nak tulis berbunga bunga.Hanif Harun melaporkan dari kandahar,Italy.
Ntah cemana dalam map google earth nampak jauh aja lokasi u-turnnya tapi laluan sebenarnya dekat aja,maka terlajaklah kami.Dalam mencari u-turn baru,aku tersempak dengan Helang Lebuhraya,PDRM punya EVO X,dalam tuh aku nampak 4 orang polis control2 hensem dapat memandu keta sport.Selalunya kereta peronda dua orang ja polisnya maybe yang dua orang lagik kat belakang beriya iya nak ikut testing.Apa apa ja la mat.Maka setelah 5minit menunggu di Shell Manjalara,seller pun sampai dengan menaiki Toyota Wish hitam bertinted Agong.Setelah proses testing2 sikit,aku angkat lip manakalah kakak aku angkat bumper,spoiler pula cancel sebab lebih kurang sahaja dengan yang aku beli sebelum ni.
Lepas siap masukan dalam kereta,kami bertolak pulang ke Kelana Jaya dan terus menuju ke kedai abang untuk memasang bumper.Lip aku tunggu lain hari sebab nak selesaikan masalah spoiler dulu.Nak beli yang Ori macam makan modal jugak,nak cat lagik.Adeh.Selepas proses tawar menawar,dapat la rm65 untuk upah pasang.Hasilnya

Kalau malam malam maybe la boleh tertipu kata Subaru Impreza bila kena cucuk dari belakang,tapi try cucuk balik,mesti kantoi kata gen2 auto..hahahha
dah nampak macam kura kura pulak kereta aku tanpa spoiler
kepada mereka mereka yang nak beli bodykit and confuse nak angkat PU or Fiber,sila baca advantages and disadvantages PU and Fiber







.jpg)

