Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

31 August 2014

Selamat Hari Merdeka

Sebenarnya hari kemerdekaan dengan diri aku ni agak sebati kerana tarikh lahir aku beberapa hari saja sebelum hari Kemerdekaan. Jadi dalam masa nak tunggu sambut birthday ( kalau budak2 dulu birthday ni macam hari yang bermakna bagi aku ) suasana kemerdekaan dah mula rancak lah.

Kalau nak dibandingkan dulu (2000 ke atas) dan sekarang, aku rasa macam sambutan kemerdekaan dulu-dulu lebih meriah. Namun benda ni aku tak pasti sama ada terasa meriah kerana aku masih kecil dan semua benda nampak meriah ( macam hari raya etc) atau memang benar sekarang sambutan dah makin kurang menarik.

Apapun sekarang hidup di zaman DS Najib Tun Razak, aku rasa nilai patriotisme pada negara dah makin kurang. Yang makin bertambah adalah jurang perpaduan kaum yang makin hari makin jauh. Sekarang dah jadi hari-hari ada aja berita - berita Raja dihina, pemimpin dihina, Islam dihina, Melayu dihina dan segala macam perkara diluahkan dengan bebas tanpa sekatan. Berkat permansuhan ISA.

Kalau ditanya pada aku, aku berpendapat yang DS Najib ni seorang pemimpin yang kurang berkaliber. DS Najib ni nampak macam banyak ikut cakap penasihat - penasihat ( PEMANDU, Konsultan Antarabangsa etc) berbanding dari menggunakan idea sendiri. Macam tukang angguk. Ini membuatkan aku gusar juga kadang-kadang dengan masa depan negara. Bunyik macam gempak aja kan sekutu-kutu aku nak fikir masalah negara. 

Tapi itulah realitinya bagi aku. Berbeza dengan zaman Tun Mahathir menjadi PM. Pada zaman tuh aku rasa aku tak ambil peduli tentang apapun masalah negara. Satu ya mungkin sebab masih kecil, tapi satu lagi sebab aku rasa apapun cabaran, halangan atau badai yang melanda, Tun Mahathir akan buat sedaya upaya untuk mengatasi segala permasalahan tersebut. Terasa yakin yang pemimpin sedemikian tak akan lari dari tanggujawab. Namun macam sekarang, aku terasa macam rakyat tiada tempat bersandar. 

Lagi satu bab PM Najib ni, kalau tengok gambar-gambar beliau yang hari-hari keluar dalam akhbar pun aku rasa nak gelak atau paling kurang tersenyum. Beliau selalu tampak kelakar atau tak serius. Mungkin kerana minda aku dah tercemar dengan gambar-gambar Troll beliau yang dihasilkan Red Bean Army ataupun mungkin kerana beliau sendiri selalu buat nak nampak cool tapi akhirnya tampak kelakar.

aku sorang kah rasa begitu?

mungkin beliau nak tunjuk yang beliau trendy dan boleh masuk
dengan orang muda namun bila buat perangai kebudakan macam ni membuatkan hilang
rasa 'gerun' pada seseorang pemimpin.
Berbeza dengan Tun yang mempunyai riak wajah lebih serius namun ada masa mampu melawak.
Kalau ditanya kenapa aku bandingkan dengan Tun M, tak lain hanyalah kerana aku pernah hidup dibawah pemerintahan beliau sahaja. Kalau pernah hidup bawah PM-PM lain mungkin aku boleh panjangkan lagi perbandingan. Pak Lah Who? hahaha..

Apapun Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-57 dari aku seorang kutu berjiwa besar.

P/s : aku ke Arked Niaga Padang Besar pada 31 Ogos, tampak meriah dengan kehadiran orang luar datang shopping. Namun yang sedihnya bila memikirkan 99% peniaga disitu adalah warga Thai dan meniaga di lot-lot arked yang di-ali baba kan oleh orang Melayu sendiri. Merdeka kah kita ? Hmmmm

Share:

25 August 2014

NED ?

Kalau orang tengok aku, mungkin nampak macam pemuda pemuda yang lain. Pemuda yang hanya fikir nak enjoy, lepak, usha awek dan segala negativiti yang lain. Sesetengah tu ada benarnya namun jauh disudut hati ini, tersemai jiwa yang berwawasan. Yang kekadang tuh aku rasa lebih berwawasan daripada Menteri - Menteri yang dilantik atas platform politik yang korup. 

Ke'wawasan'an dalam diri aku ni bukannya lahir dari didikan mahupun terikut ikut dakyah pihak sana sini tetapi lahir dari perasaan cinta akan Tanah Air pusaka nenek moyang kita. Kalau tak sebab aku sayang akan bumi bertuah ni, takda masanya aku nak ambil port bab politik yang tunggang langgang tuh. Lebih baik aku ambil port bab gosip artis cerai, kena tangkap basah dan sebagai porno yang lain. 

Kalau bab tv, aku dari kecik tak minat bab hiburan sangat. Aku lebih suka program berunsur dokumentari. Tak kira lah Animal Planet, National Geographic mahupun Discovery Channel. Dalam banyak-banyak jenis dokumentari pulak, aku lebih suka genre sejarah, biography mahupun perkara-perkara perihal politik dunia. 

Seingat aku sejak aku naik Sekolah Menegah, perkara pertama bila aku balik sekolah adalah makan nasik sambil belek Utusan bahagian Luar Negara. Berita dalam negara aku tak ambil port langsung. Aku akan baca event yang berlaku diluar sana. Perang dimana, US gaduh dengan sapa dan sebagainya.

Malam ni (2.50am) aku tak ngantuk lagi dan memandangkan esok tak perlu bangun awal, jadi aku layan aja dokumentari tentang bekas Presiden Venezuela,Hugo Chavez diYoutube. Kalau sapa tak kenal Hugo Chavez, google lah sendiri. Dah mati dah pun dia ni. Apa yang membuatkan aku kagum dengan dia adalah sikap beraninya melawan imperialisme US dan solidaritinya pada rakyat Palestin dan negara anti-US yang lain.




Sedikit cerita lah tentang Hugo Chavez, beliau asalnya seorang pegawai Tentera Muda dalam Tentera Vanezuela. Sewaktu berlaku tunjuk perasaan pada tahun 1987 keatas Presiden Venezuela ketika itu yang tidak popular dikalangan rakyat, beliau mengambil keputusan untuk melakukan rampasan kuasa setelah Kerajaaan ketika itu mula menggunakan tentera untuk membunuh penunjuk perasaan. Bersama beberapa pegawai muda yang lain, beliau melancarkan Kundeta yang akhirnya gagal. Walaupun gagal, beliau dianggap wira pada rakyat Venezuela.


Beliau memikul tanggujawab dan dipenjarakan selama 2tahun. Pendek cerita, 6 tahun selepas itu beliau memenangi pilihan raya Presiden secara demokrasi dan memegang tampuk pemerintahan. Tidak seperti Presiden sebelumnya, beliau melaksanakan polisi Anti-US. Memandangkan Vanezuela memiliki rezab minyak yang banyak, US selaku pendokong Demokrasi pun tidak boleh membiarkan ia begitu saja. Pada tahun 2002, US menggerakkan NGO nya bernama National Endowment for Democracy (NED) membantu pihak pembangkang yang ketika itu sedang menjalankan tunjuk perasaan jalanan untuk menjatuhkan Hugo Chavez.


Nak dijadikan cerita, Hugo Chavez hampir digulingkan namun last minute beliau diselamatkan oleh sepasukan tentera yang setia padanya sebelum dibawa pulang ke Istana Presiden yang ketika itu sudah dikerumuni penyokong setia beliau. US yang malu disebabkan usaha menjatuhkan Hugo Chavez tidak berjaya mula lah tidak mengaku segala kegiatan mereka sebelum itu. Disini kita boleh lihat perangai US yang tak peduli pon demokrasi sebenarnya yang penting kepentingan mereka saja.

Pulang ke Istana Presiden setelah pihak pembangkan gagal dalam rampasan kuasa
Demokrasi hanyalah alat untuk menjatuhkan kerajaan anti-US yang tidak mengamalkan sistem demokrasi seperti mana operasi 'IRAQI FREEDOM' yang kononnya nak menjatuhkan diktaktor dan menegakkan demokrasi dibumi Iraq. Macam kes Venezuela yang mana kerajaan telah pun mengamalkan demokrasi, mereka menggunakan pula alasan Kerajaan sedia ada tak cukup demokratik, tak telus dan sebagainya. Semua takkan serba kena pada sesebuah kerajaan itu selagi tak tunduk bawah telunjuk mereka.

So kalau macam di Malaysia, kita sedia maklum adalah sebuah negara demokrasi. Namun ada NGO-NGO di Malaysiayang didokong oleh parti politik mempertikaikan ketelusan demokrasi negara. Maka mereka melakukan tunjuk perasaan. Dalam melakukan tunjuk perasaan tersebut, NGO-NGO ini disokong pula dari segi kewangan oleh pihak NED. Nampak tak persamaan situasi Venezuela dengan situasi di Malaysia? Permainan yang sama, pemain yang sama. Bezanya hanya tempat, masa dan kuda tunggangan.

Demonstrasi BERSIH

Sumber WIKIPEDIA NED - http://en.wikipedia.org/wiki/National_Endowment_for_Democracy
Bagi aku, pemimpin politik yang patriotik tidak akan sesekali meminta bantuan atau menerima bantuan dari anasir luar. Sejauh mana pun kesulitan, bantuan patut hanya diterima atau diminta dari sumber dalaman kerana tangan-tangan asing tidak akan membantu dengan percuma. Tidakkah kita belajar dari sejarah datuk nenek moyang kita tak kira sejarah Kesultanan Kedah, Melaka, Selangor, Perak yang telah meminta bantuan luar apabila berlaku pertikaian dalaman dan apa hasilnya ?

Pemimpin pembangkang Vanezuela memohon bantuan luar
Share:

26 June 2014

Rombak Ombak Tombak

Teringat aku ketika zaman universiti dulu, apabila lecturer mengarahkan student membentuk group untuk sesuatu assignment. Semestinya kita para student mula terpinga-pinga mencari wajah yang dikenali untuk membentuk group. Disebabkan rakan-rakan itu kita kenali, sudah tentu kita turut kenal akan perangai mereka. Ada yang jenis datang kelas sebulan sekali, ada jenis muncul sewaktu ada test sahaja, ada yang jenis takkan datang perjumpaan selain kelas, jenis copypaste wikipedia dan bagi pada kita*WTF kalau jenis ni,baik aku buat sendiri*, jenis pemalas *kalau perempuan pandai la guna nada manja i bz la u bla bla sori ekk sambil wink2*dan pelbagai lah. 

Sewaktu dalam keadaan begini, nak reject, dah member-member, kang bermasam muka pulak. Kang tak mahu lagi keluar makan bersama. Kang tak mahu lagi jemput melepak di rumah sewa mereka *kaki lepak seronok buat melepak tapi tak seronok buat group member*. Kang bila kita perlu bantuan diluar tak nak tolong pulak. Dan banyak lagi kang kang kang yang boleh terjadi.

Maka kita pun terpaksa menerima mereka walaupun dalam hati sudah dapat congak yang mana member dalam group yang boleh buat kerja dan yang mana sekadar ada nama sahaja. Begini lah hidup. Perlu banyak bertolak ansur dan berkorban.

Mungkin ini yang dialami abe Najib sewaktu membentuk kabinet. Lihatlah dengan pertambahan Menteri dan Timbalan yang baru dari Parti MCA menjadikan jumlah semua Menteri 35 orang dan Timbalan 27 orang untuk mentadbir negara berpenduduk hampir 28juta orang. Negara India dengan jumlah penduduk 1.2 billion orang pun hanya ada 24 orang Menteri Kabinet. Kalau aku jadi abe Najib, aku tak pentingkan sangat consequence jika tak memilih seseorang tuh dalam "team" aku kerana soal kabinet melibatkan duit orang ramai. Suatu amanah yang berat.

Lagipun dalam Surah Surah: ALI-'IMRAAN - Ayat: 26 dah terang dan jelas mengatakan


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Apa lagi nak takut ! ....


Share:

24 June 2014

Ceroboh Dan Roboh

Apa perasaan anda apabila melihat rumah seseorang di roboh oleh Kerajaan? Tak kira Kerajaan BN mahupun Kerajaan PR. Semestinya anda akan meletakkan gambaran situasi anda di tempat mereka bukan? Rumah yang didiami puluhan tahun mungkin beberapa generasi sudah akhirnya di roboh. Secara tiba-tina tiada tempat tinggal.Sudah tentu anda akan berteriak kerajaan tempatan zalim persis Zionis. 

Gambar hiasan
Namun sedar tak sedar, tak terfikirkah siapa yang menzalimi siapa? Dalam kebanyakan kes yang aku lihat, "penduduk" menyatakan bahawa mereka telah lama mendiami kawasan tersebut, jesteru tanah tersebut adalah tanah mereka. 

Cuba anda tempatkan diri anda dalam situasi pemilik tanah sebenar pula. Anda mempunyai sebidang tanah namun tidak mempunyai modal atau tidak berminat untuk memajukan tanah tersebut. Jadi anda membiarkan tanah ia terabai. Dalam jangka masa itu, beberapa orang telah mendiami tanah anda. Samada anda tidak sedar mahupun anda sedar tapi memikirkan ada baiknya tanah diduduki mereka dengan harapan sekurang-kurangnya dapat dimanfaat untuk suatu masa atau sekurang-kurangnya tanah anda itu terurus.

Masa berganti masa, anda mempunyai modal atau pembanggunan sekitar membuatkan anda terfikir untuk membangunkan tanah anda sesuai dengan permintaan pasaran sekitar. Namun secara tiba-tiba mereka yang anda benarkan menumpang menuntut hak tanah anda dengan alasan mereka sudah lama menguruskannya. Ada juga yang menuntut pampasan sesuai dengan harga tanah. Sedangkan secara terang - terang geran adalah nama anda. Macam mana tuh? 

Sebagai "penduduk" di tanah orang, perlulah set di minda dari hari pertama yang anda hanya sekadar menumpang. Maka tumpanglah dengan berhemah. Apabila pemilik inginkan semula, janganlah pula nak mempertikai sesuatu yang bukan hak anda. Orang dah bagi menumpang pun sudah besar tuah. Patutnya dengan tempoh masa yang lama anda menumpang tuh, anda sudah boleh menjimatkan banyak wang dari segi kos sewa. Guna lah duit yang dijimatkan tuh untuk kumpul modal beli rumah dan bukannya memperbesarkan rumah di tanah tumpangan.

P/s : teringat pulak aku pada kes ini

Tanah Kedutaan Malaysia di Jakartakena ceroboh
KIRA-KIRA 12 tahun lalu Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia memiliki sebidang tanah di Kemang Raya, Jakarta Selatan.
Di situlah terletak kediaman rasmi duta besar. Bagaimanapun pada 1998 ketika Indonesia dilanda huru-hara akibat tindakan reformasi menjatuhkan Presiden Suharto, tanah berkenaan telah diduduki oleh penduduk tempatan.
Pengawal keselamatan yang menjaga kediaman berkenaan menerima wang suapan sebanyak Rp35 juta atau kira-kira RM12,000 dan terus melarikan diri bersama wang berkenaan dan membiarkan tanah berkenaan diduduki oleh sekumpulan penduduk. Lebih tepat lagi oleh sekumpulan orang Ambon yang cukup dikenali sering terlibat dalam persengketaan tanah di Jakarta.
Tanah berkeluasan 4,950 meter persegi dibeli oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 daripada Rumphus Erwin Sondakh. Selepas itu ia diduduki oleh Frederik Matheus Pietersz. Penceroboh berkenaan telah menjualnya kepada Mulyo Setiawan.
Pada tahun 1999 Mulyo telah memfailkan bantahan di mahkamah berikutan hak milik beliau ke atas tanah berkenaan dibatalkan, tetapi telah ditolak.
Mulyo seterusnya mengajukan rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi dan permohonannya kali ini ditunaikan.
Bagaimanapun pada 2001, Kedutaan Besar Malaysia mengemukakan rayuan ke Mahkamah Agung Indonesia dan akhirnya pada 2004 mahkamah memutuskan bahawa tanah itu adalah milik kerajaan Malaysia.
Namun sepanjang tempoh itu Mulyo terus menduduki tanah berkenaan yang kini mempunyai beberapa buah rumah kediaman, juga digunakan sebagai tempat letak kenderaan.
Sepatutnya pada 21 April lalu operasi mengusir penceroboh tanah milik Malaysia dilakukan, tetapi sehari sebelum tarikh tersebut pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Luar Indonesia memaklumkan ia ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Keputusan itu memang cukup mengecewakan bagi pihak Malaysia, kerana usaha selama 12 tahun ini yang telah menelan belanja jutaan ringgit akhirnya tidak membuahkan hasil.
Sebenarnya dalam setiap kali pertemuan di antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, isu berkenaan akan dibangkitkan. Setiap kali itu juga janji demi janji diberikan bahawa isu tersebut akan diselesaikan. Begitu juga dalam pertemuan para pemimpin mahu di peringkat kementerian atau kedutaan, isu yang sama turut dibangkitkan.
Sedangkan jika mengikut Konvensyen Geneva tanah yang dimiliki oleh sebuah kedutaan adalah dianggap sebagai sebuah negara. Ini bermakna tanah berkenaan adalah sebahagian tanah air Malaysia. Menceroboh dan menduduki tanah berkenaan adalah sama juga dengan menceroboh kedaulatan Malaysia.
Janganlah kerana hanya tanah 'sekangkang kera' itu terus menjadi duri dalam daging kepada hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Bayangkanlah jika rumah kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur dirampas dan diduduki oleh orang seperti Mulyo dan pihak kerajaan termasuk polis serta pihak berkuasa tempatan hanya 'memejamkan mata'. Apakah perasaan rakyat Indonesia?

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz35Ws3IwXR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Share:

27 April 2014

Lawatan Obama

  1. Siapa tak kenal Obama kan ? Presiden sebuah negara paling berkuasa di dunia ini, yang boleh dikatakan juga sebagai Presiden bumi in case ada lawatan dari makhluk asing satu masa kelak.
  2. Hari ni merupakan satu detik bersejarah bagi hubungan dua hala antara negara kita, Malaysia dan juga Amerika di mana selepas 50 tahun akhirnya seorang lagi Presiden paling berkuasa di dunia tiba menjejakkan kaki dibumi bertuah ini.
  3. Sebagai Presiden negara paling berkuasa di dunia, sambutan gilang gemilang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam menyambut ketibaan "orang kuat" bumi ini. 
  4. Sambutan kepada seseorang Presiden dari negara luar bukanlah perkara luar biasa namun untuk Amerika, layanan adalah extra sedikit sesuai dengan darjat negara tersebut.
  5. Media Malaysia pun sejak beberapa hari ini telah mula mencanangkan betapa bagus dan hebatnya Presiden Amerika ini. Boleh dikatakan separuh dari kata-kata pujian yang wujud dari Kamus Dewan Bahasa dan Pusaka telah diguna pakai dalam menyediakan artikel-artikel mereka (fakta songsang).
  6. Namun, lupakah kita, yang manusia ini juga sebenarnya telah melutut menagih restu dari The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), pelobi Yahudi yang berpengaruh dalam memastikan kemenangannya dalam Pilihan raya Presiden lepas.Tanpa restu yahudi AIPAC, adalah agak mustahil bagi seseorang itu untuk menjadi "Presiden Bumi" ini.



  7. Dan yang tidak munasabahnya, Presiden ini juga yang telah menjadi "pengadil" dalam konflik Israel-Palestin. Jadi adakah kita harap pengadilan yang adil dari pengadil ini yang ditaja oleh Israel ini ? 
  8. Dan bukankah mereka juga yang telah membekalkan senjata dan peluru kepada pihak Israel bagi membunuh saudara-saudara kita di Gaza ?
    Gaza, Palestin
  9. Dan bukankah mereka juga yang turut tidak menyokong penubuhan negara Palestin bagi menjaga kepentingan Israel ?
  10. Gaza bukan lah satu-satunya tempah di bumi ini dimana saudara kita telah ditindas, lupakah kita akan saudara kita di Afghanistan, Iraq, Mesir, Syria, Libya, Somalia dan banyak lagi yang dibunuh oleh tentera-tentera Presiden yang melawat negara kita ini ?

    Abu Graib, Iraq
  11. Dan bukankah mereka juga yang sedang mengintip negara kita mengunakan proksi mereka di rantau ini ?
  12. Tidak salah untuk menerima kunjungan beliau sebagai tetamu namun jangan sesekali kita lupa akan dosa-dosa yang telah dilakukan Presiden tersebut keatas saudara kita di serata dunia. 
  13. Bagi aku tak perlulah kita terlalu over mencanang - canang kebaikan beliau sehingga terlupa sisi buruknya yang lebih menyerlah.
  14. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 28 yang bermaksud: 
     Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
  15. Dan juga surah dalam surah Ali-Imran ayat 118 yang bermaksud:
    Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.  
  16. Itu semua adalah pesan Tuhan, bukan pesan Hang Tuah, yang ternyata tak dapat disangkal lagi maka tidakkah kita mahu mendengar ?
  17. Semoga pemimpin kita berani dalam menegakkan kebenaran demi kepentingan agama Islam dan tidak tunduk pada mana-mana desakan puak kafir ini yang sudah terang-terang tidak akan senang jika kita berjaya.Dan ingatlah, kalau seseorang itu jarang contact kita dan tetiba contact setelah sekian lama, mesti ada lah tu agenda tersirat yang dibawa bersama.
     

Share: