Showing posts with label Automotive. Show all posts
Showing posts with label Automotive. Show all posts

20 July 2009

Projek Kunang Kunang stage 1

Betul kata orang tua tua..duit tak penah nak cukup.Bila ada sikit duit,nak banyak.Bila ada banyak duit,nak lagi banyak.Ada sahaja benda yang nak dihabiskan dengan duit.Sebagai seorang aku,sejak berumur 15tahun,hidup aku berubah sepenuhnya.Minat dah mula berputik kearah mesin berenjin.Time tuh,memang remaja sebaya memang sudah berjinak jinak dengan motor kecuali dua tiga kerat yang tidak perlu disebutkan nama masih bermain kereta Dash (berenjin whuutt ???). Lepas PMR,dengan segulung results yang memberangsangkan,parents aku terus beli sebiji skuter VS125 sebagai ganjaran.


Ekceli ni motor 1st aku,pastu kakak aku guna,aku plak pkai vs125 lain play WJT9532.Pastu jual WJT beli 125Z.Skuter RF ni sampai sekarang aku pakai

Bila ada motor,mula la ada sahaja projek yang nak dijalankan.Starting mesti dengan tukar tukar coverset,pastu gatal sikit masuk ekzos,lepas bunyik aja perang blah tak seperang mana,mula la start kacau enjin.Habis kedai sana sini pergi sampai alor star dan Jitra semata mata cari barang motor.Time tuh duit banyak memandangkan aku dapat RM1K dari bapak aku sebagai ganjaran PMR.rm1K umur 15tahun dah rasa Bill Gates habis.Nasib baik takda GRO sebaya,kalau tak mungkin dah lama aku langgan.Lepas habis duit buat enjin,still tak boleh belah belah,minyak ja belah macam superbike,terus tukar citarasa pakai 125Z.Mula la start rukun rukun wajib seperti menukar rim,tukar coverset.Dah cun melecun,pergi rasa tak cukup laju lagik.Mula la hantar masuk kedai pomen sekali lagi.Enjin,head,ekzos semua mahu tune.Kedai kedai motor dah jadi rumah kedua.Dah tak lepak the store2 ni,semua mau Ah lek,Ah Seng,Ah beng motor sahaja.

Sudah dijual..rindu gila motor ni.Banyak suka duka.kalo ada rezeki nak cari balik

Lepas keluar kedai,Hayabusa tuh rasa macam boleh saing saing aja.Dia punya pergi dah macam cukup laju.Ekzos pung prang bunyi.Plat mau taruk minyak rantai bagi gelap.Rasa dah cukup king.Selisih dengan motor motor samseng jalanan lain , muka konfiden sahaja kalau mau sekilo dua.King king pun,setiap corner,mata macam helang,Zoom 16x ,leher mau panjang,hati sentiasa dub dab dub dab,sanggup amik jalan jauh,janji selamat.Nanti kerja dah nak kena bayar kerajaan,waktu muda bagi la anak anak muda menabung buat masa depan.Apa kerajaan pun satu,tak memahami nasib pelajar.Nak beli nasi ayam rm2 pun rasa mahal,apatah lagi nak bayar saman beratus.

Masuk universiti,minat baru mula menerpa.125z,RXZ,Phanter semua dah tak berselera bila aku tengok.Mula la berjinak jinak ambil tahu tentang kereta .Start dengan nama,menda menda alah dan sehingga la yang sedikit sebanyak.Jiwa time tuh masih rebel.Mintak mintak,nego nego,maka bertemulah jodoh aku dengan satria buruk kuning ni.Time tuh rasa janji ada kereta dah cukup,boleh bawak 110km/H dekat highway pun dah Alhamdulillah.Start dapat,seperti rukun rukun modifikasi yang lain,semua perlu bermula dari luaran bagi aku.Start dari rim,sehinggalah bodykit.Nampak mahu resing sahaja tapi bila dah kenal apa itu highway,apa rasa kena highbeam dengan kancil,mula la start cari duit nak buat sana sini bagi ada umph.

Bini baru.Walaupun janda,masih mantap.

Belanjawan jika ditolak tambah , 60% habis untuk kereta sahaja.Kereta dah ibarat bini.Ditatang bagai minyak yang penuh.Kalau apa apa jadi,memang aku rungsing.Perancangan tak penah habis.Ada sahaja benda benda baru yang nak buat dalam erti kata lain tak pernah la aku nak merasa duit ada dalam poket ni buat buat beli baju berjenama antarabangsa mahupun cadbury.Oleh itu,jangan la hairan kalau aku tak berapa gemar nak bagi pinjam sana sini.Kenapa aku keluar post ini,sebenarnya petang tadi aku tersempak dengan sebiji satria kuning tengah parking depan pasaraya terkemuka dengkil.Owner takda,jadi terpaksalah snap senyap senyap gambar.Planning ke depan nak transform jadi macam ni dari segi tinted dan kaler bonet belakang.Apa komen?





Share:

26 May 2009

AKU SEBUAH SATRIA

Nama saya satria.Saya bukan berketurunan jawa.Saya dilahirkan diMalaysia hampir 10tahun lepas.Bapa saya melayu,ibu saya pula berasal dari jepun tetapi 90% darah yang mengalir dalam diri saya ialah darah jepun tetapi kualiti saya kualiti Malaysia.Saya mempunyai 2orang abang.Abang pertama bernama 1.8 GTi,beliau paling kacak dan perkasa antara semua,abang kedua saya pula ialah 1.6,rupanya biasa biasa seperti saya tapi berkemampuan lebih dari saya dan beliau agak sukar dijumpai.Dalam ketiga tiga orang adik beradik,sayalah yang paling lemah tetapi jika dibandingkan dengan abang abang saya,saya mampu pergi lebih jauh daripada mereka walaupun memakan masa.

Suatu hari saya menyusuri lebuhraya dengan kelajuan biasa biasa sahaja memandangkan jantung saya tidak mampu mengepam darah seperti abang sulung saya.Ketika saya berada dilorong kanan,saya dapat mendegar deruan bunyi yang kuat dari belakang,merdu sungguh bunyinya. Makin lama makin dekat.Tak lama kemudian,kelihatan silauan cahaya,saya ke tepi,Wow,abang ferrari,beliau amat populor berasal dari Itali.Sungguh pantas.Kalau lah saya abg ferrari."Ahhh,tak mungkin"kataku dalam hati sambil mengambil semula lorong kanan.Dalam fikiran tak sabar nak sampai destinasi.Lamunan saya terhenti apabila satu cahaya lagi kelihatan,oh,abg golf gti,beliau orang Jerman,patut la kencang sungguh larinya dan saya kekiri.Selepas itu,saya ke kanan semula.Tak sampai seminit,lampu bersinar lagi dari belakang,oh!,abang skyline rupanya,beliau orang jepun asli,pantas dan garang,saya ke tepi memberi laluan tanda hormat.Tak lama kemudian saya mengambil posisi asal,terkejut saya belum sempat panas tar,satu lagi kilauan cahaya,ahh,abg sulungku rupanya,1.8 GTi,beliau kebanggan keluarga.Saya memberi laluan tanda bersaudara.Sungguh mantap dan kacak,bila besar saya mahu jadi seperti dia lah getus hati saya.

Sambil tersengih sengih memikirkan masa depan,saya masuk semula ke lorong asal.Tenang menikmati pemandangan,angin sepoi sepoi bahasa,burung berkicaun.saya termengelamun sejenak dibuai angan angan.Bayangan bermain lari lari dengan abang ferrari melayang dalam fikiran"ahh,mustahil,setakat adik adik kecil boleh la aku buat buli..hihihi," ketawa saya membayangkan adik adik kecil menangis ditinggalkan saya jauh jauh.Tanpa disedari satu kilauan putih yang menyilaukan mata saya ,apa jenis makhluk yang menyilaukan ni.Saya cuba memerhatikan ke belakang dalam keadaan pening pening,tak berapa nampak,saya pun memberi laluan,mungkin ini Mercedes,orang kaya Jarman. Brruu..Brruu..bruu..sayup sayup hilang dari pandangan.Errk..adik kancil ?

Share:

07 May 2009

Gumball Rally:Coast To Coast 2009


Gumball rally adalah perjalanan tahunan sejauh 3000miles=5000km yang memakan masa lebih kurang 8 hari dan setiap tahun laluan perjalanan berubah ubah.Diasaskan Maximillion Cooper pada tahun 1999,gumball rally dah terkenal diserata dunia.Dan untuk pengetahuan anda,untuk sesi 2009,ia sedang berlangsung sekarang sejak 1hb lalu dan akan tamat pada 8hb May ini.Yuran untuk menyertai gumball ialah lebih kurang rm145,000 dan yang join bukan la orang orang biasa dan kereta kereta biasa.

Kenapa di Malaysia tiada aktiviti sebegini atau mungkin aku sahaja yang tidak tahu??
Share:

13 April 2009

Malaysian Rally Championship :Round 1 - Cyberjaya, Selangor

On the way pulang ke rumah selepas seharian ke kelas,aku terpandang kawasan lapang berlumpur yang dipenuhi pita pita keselamatan dihadapan Neo cyber.Aku memula ingat mungkin itu adalah test vanue untuk test drive kereta offroad BMW ke hapa memandangkan lokasi office BMW yang berdekatan.Namun,tanggapan aku meleset sama sekali kerana itu merupakan leg 2 untuk kejohanan malaysian rally championshio pusingan 1 bagi tahun 2009.Selama ni jika mahu menonton pertandingan rally memang memerlukan luck yang tinggi untuk menemukan cuti semester aku dengan pusingan di Kangar ,Perlis serentak namun sekarang sudah boleh ditonton di cyberjaya sahaja.Namun luck aku dengan rally masih belum agak baik kerana aku telah membuat temujanji dengan member2 lama di MMU melaka memandangkan hampir setahun aku telah meninggalkan mereka.Oleh itu aku hanya mampu menonton sepintas lalu sesi menyesuaikan diri pemandu dengan laluan .Sangap memang sangap,tapi member2 punya pasal ,tak kisah la.




Final Results Top 5 AAM Malaysian Rally Championship:Cyberjaya

Driver

Car

Total Time

1.Mike Ariokiasamy Ratnam

Wayne Cheah

Proton Wira

00:54:15

2.Jamaluddin Tukimin

Rozita Tukimin

Proton Satria

00:54:20

3.Amir Ahmad

Azhan Arshad

Proton Satria

00:55:43

4.Muhammad Rafiq Udhaya

Sean F. Gregory

Proton Satria Neo

0:56:44

5.Faidzal Alang

Hazwan Fauzi

Proton Satria

00:58:01



Apa cer evo kena cicir dengan satria ??

Share: