24 April 2025

Demi Masa


Hari ini, aku berpeluang menonton persembahan yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Malaysia di Dataran. Pengalaman ini mengigatkan aku kepada persembahan yang lebih kurang sama , di lokasi yang sama, 'to be exact' di 'spot' yang sama pada 25 tahun lepas barang kali. Sewaktu itu aku masih di sekolah rendah. 

Masa berlalu membuatkan aku cuba mengenangkan semula perjalanan hidup aku dari spot tersebut 25 tahun lepas sehinggalah mebawa kepada 25 tahun kemudian di lokasi yang sama. Kali ini aku berdiri di sini bersama anak-anak.

Fuh. Suatu perjalanan yang panjang.

Malam ni, aku buka semula lama blog aku yang dah lama bersawang ni. Dengan niat ingin mencatatkan journal tentang kehidupan semasa. Itu pun selepas aku mendengar sesuatu di Youtube tentang kebaikan menulis journal. Mengeluarkan apa yang bermain di minda. 

Ntah la. Aku berbelah bahagi samada nak menulis di blog atau mencari medium lain. Yang pasti aku tak rajin menulis atas kertas. 





 

Share:

2 Rangsangan:

Time Traveller said...

Menulis juga dpt membantu kita dalam byk perkara.. termasuk mengurangkan beban di bahu.. kita samalah atas kertas mmg tak rajin pun hahaha.. 🤣

Anep said...

Yup. Kekadang menaip tanpa posting di mana mana pun dah dapat release kan sikit segala beban.