19 March 2017

Redah 3.0 : Sri Lanka - Day 4 Sigiriya to Kandy

Bagi aku sungguh berbaloi penginapan kami di Sigiriya iaitu Jaana Guest house dimana dengan harga lebih kurang Rm80 kami dapat bilik yang bersih (tanpa aircond) dan sarapan pagi. Sebenarnya part sarapan pagi tuh kami dah salah faham sikit semalam. 

Anak kepada owner ada tanya semalam waktu check in pagi ni nak sarapan pukul berapa, kami cakap taknak sarapan sebab kami nak keluar awal. Alasan ja tuh sebab terbaca di booking.com mengatakan kena charge extra Rp1000-Rp2000 (RM30-Rm60). Rupanya kami silap info. Yang kena charge tuh kalau request diaorang masak dinner. Jadi aku pun pergi ketuk pintu rumah owner pagi tu acah-acah ubah fikiran cakap kami nak sarapan japgi pukul 10 pagi selepas kami melawat Lion Rock. Haha.. Makanan free kot.

Cadangnya tujuan kami ke Sigiriya begitu lah, nak berkunjung ke tapak bersejarah yang tersenarai dalam UNESCO Heritage Site, Lion Rock. Tapi ntah macam mana pada pagi tuh aku dan AJ bermuzakarah berkenaan fee masuk ke tapak tuh yang berharga Usd30. Aku pada mulanya rasa rasa macam dah alang2, bayar aja lah namun bila difikir balik, RM120 untuk pusing dalam 1 jam macam tak berbaloi pulak. Lagipun aku dah macam boleh bayang tempat suasana tempat tuh disebabkan aku dah ter-over research dlm internet. 

Jadi sebagai ganti, kami memilih untuk berkunjung ke Pidurangala Rock yang terletak bersebelahan Lion Rock. Sebenarnya Pidurangala Rock dan Lion Rock ni lebih kurang aja, bezanya dipuncak Lion Rock merupakan tapak tinggalan Istana kerajaan silam Sri Lanka, manakala atas Pidurangala Rock takda benda melainkan boleh nampak view cantik berserta view Lion Rock.

Pidurangala Rock dan Lion Rock hanya terletak lebih kurang 5km sahaja dari Jaana Guest. Tak sempat nak panas enjin tuktuk pun. Sebelum sampai Pidurangala Rock, kami kena lalui enterance masuk Lion Rock. Boleh nampak pelancong-pelancong tengah beratur nak masuk. Berbeza dengan Pidurangala, tempat enterance nya kelihatan sepi. Yang nampak adalah kelibat penduduk kampung dan sami yang tengah mencuci halaman kuil.

Laluan dalam area UNESCO Heritage Site
Untuk sampai ke trek mendaki Pidurangala Rock, kena lalu masuk melalui satu kuil buddha. Kat kuil ni terdapat satu meja ala-ala kaunter tiket dimana sesiapa yang nak naik perlu bayar rp500@Rm15. Nak dijadikan cerita, ntah macam mana aku tersilap hulur rp5000@RM150. Laju jek pakcik kuil tuh hulur tiket dan simpan duit. Nasib baik AJ perasan dan bagitau aku, aku pun dengan cemas patah balik ke kaunter sebelum bagitau yang aku silap hulur bla bla. Terus orang tua tu tarik muka. Haha. Gila apa. Kalau tak aku bayar mahal lagi dari tiket untuk masuk UNESCO site Lion Rock kat sebelah nun. Thanks AJ.

Selamat duit aku, maka kami pun memulakan pendakian pada jam 7.30 pagi. Oh ya. Di kuil tadi tuh pelawat perlu membuka kasut dan tidak dibenarkan menutup kepala. So kalau untuk muslimah tuh aku rasa masalah sikit la nak masuk. Tapi bila dah lepas dari kuil dan jumpa tangga mendaki pelawat dah boleh pakai semula kasut.

Trek mendaki bermula




Sleeping buddha. Kecik aja.
Pendakian hanya mengambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk sampai ke puncak. Tiba di puncak, hanya aku dan AJ saja yang berada disini. Sunyi, tenang, berangin dan pemandangan yang sangat memukau. Bagi aku "once do not deserve such beautiful view for such an easy hike". Memang berbaloi gila kami ke sini berbanding ke lion rock. Sebab aku suka suasana tenang disini.


Lapang aja puncak ni. Boleh layan 360 view. Belakang tuh tourist guide.

Lion Rock dari kejauhan

Johnny, si penunggu puncak
Tak larat kami memusing snap gambar dari satu hujung ke hujung puncak. Kalau lah tak kejar masa, nak ja aku melepak atas ni lama-lama sambil baca buku ka hapa. Tapi dalam 30 minit kemudian kelihatan beberapa orang pelancong lain mula sampai ke puncak. Time ni dah tak berapa nak tenang sangat dah tapi aku yakin aman banyak dari Lion Rock. 

Selepas puas melepak diatas ni, kami pun terus pulang ke Guesthouse untuk sarapan dan check out. Elok ja kami sampai, makanan dah siap terhidang di meja makan berhadapan rumah owner guesthouse, Mr Jaana. Mr Jaana ni bekerja sebagai chef hotel di Sigiriya. No wonder orang puji kelazatan masakan dia. Dan ternyata memang sedap breakfast kami pagi ni. Sempat la borak-borak kejap dengan Mr Jaana.

Roti prata, tapi sama sekali tak sama rasanya dengan di Malaysia. Sedap gilak. Siap bertambah.

Lebih kurang jam 11.30 am, kami pun menyambung perjalanan ke lokasi seterusnya. Untuk hari ini, kami akan ke Kandy, bandar ke-2 terbesar di Sri Lanka selepas Colombo. Jarak antara Sigiriya ke Kandy mengikut google map adalah lebih kurang 90 Km. Kira trip harini merupakan trip paling pendek berbanding trip kelmarin dan yang akan datang.

Melalui pekan Sigiriya

Apapun Tuktuk Bajaj ni pun perlukan "breakfast"

Hari ni AJ ambil turn untuk memandu. Pertama kali aku merasa sebagai penumpang tuktuk jarak jauh. Baru beberapa Km aku dah mula rasa kejang duduk belakang dengan kerusi menegak. Err.. banyak puluh Km lagi nak ditempuh.

Satu pemandangan yang agak menakutkan bila kena cucuk angin dengan lori tanah

Adik manis balik sekolah 

Belajar memandu menggunakan van... haha

Perjalanan kami hari ini melalui kampung dan pekan-pekan kecil di sepanjang perjalanan. Laluan pun selorong tapi trafik biasa-biasa aja membuatkan perjalanan agak smooth dan menenangkan. Pemandangan di sekitar tak ubah seperti jalan-jalan di Malaysia. Bezanya mungkin sini jalan lagi mulus. Tiada lubang pori pori diatas tar.

Bandar Kandy merupakan sebuah bandar di tanah tinggi jadi perjalanan kami melalui naik turun bukit tapi takdalah curam seperti ke Cameron Highland. Kira-kira 10km sebelum sampai ke Bandar Kandy, kami melalui pekan Akurana. Disini dapat dilihat yang majoriti penduduk adalah Muslim. Jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang, kami ambik keputusan untuk berhenti lunch disini alang2 dah jumpa kedai makan halal.

Pekan Akurana yang kelihatan majoritinya Muslim.

Singgah Lunch di restoran ala- makanan segera sepeti KFC 

Lagi suasana pekan Akurana. Deretan kedai disepanjang jalan utama ke Kandy.
Sewaktu trip Redah 3.0 ni dalam peringkat perbincangan, aku dan AJ ada berbincang bab nak merasa sekurang kurangnya sekali untuk menginap di hotel paling kurang 4 bintang keatas konon untuk merasai keselesaan sebagai pelancong. Oleh kerana harini kami sampai awal ke destinasi, maka agak berbaloi untuk booking hotel 4 bintang memandangkan kami ada masa lama untuk lepak di bilik. Jadi sewaktu lunch tadi Aj dah booked bilik di Galaxy City Hotel yang berharga Rm230 satu malam.

Kami tiba di Kandy tepat jam 4.00 petang, dimana waktu orang ramai pulang bekerja. Jalan memang agak jem. Maklumlah Kandy kan pekan ke-2 terbesar di Sri Lanka dengan jumlah penduduk sekitar 125,000 orang. 

Bagi mengelak membuang masa lama dalam kesesakan jalanraya, aku suruh AJ ambik jalan short cut. Memandai aja orang Kangaq tahu jalan short cut di Sri Lanka. Haha. Thanks kepada google map. 

Short cut
Sampai hotel, AJ terus ke kaunter untuk proses Check In manakala aku pulak ke kedai runcit sebelah hotel nak beli sabun buku. Stok baju bersih aku dah nak habis since sejak sampai sini aku tak pernah basuh lagi. Bilik di Galaxy Hotel ni bersih dan lengkap untuk digelar hotel cuma bagi aku sistem rating bintang hotel di sini agak overrated. Bagi aku Galaxy Hotel ni bertaraf 2 atau 3 bintang aja kalau di Malaysia. 

Sebelum kesini aku ada terbaca tips untuk travel light dan salah satunya adalah guna boxer jenis kain licin yang mudah kering tuh. Jadi hari hari boleh basuh. Aku pun sambar beberapa helai boxer Uniqlo AIRsm. Memang sedap pakai, sejuk dan paling penting mudah nak basuh. 

Waktu petang kami habiskan masa melepak atas katil..berkongsi... haha. nak jimat punya pasal. Tadi waktu budak hotel tuh tunjukkan kami ke bilik, dia ada tanya "you guys are brother ?" aku jawab "no..friend" sekarang baru aku teringat. Mesti dia dah fikir kami semacam. Kahkah.

Lepas check in tadi, AJ dah pitam atas katil. Penat gamaknya bawak tuktuk. Aku yang masih segar penangan bermandi manda dalam toilet berjam tadi sambil basuh baju plan nak usha pemandangan malam di Kandy. Disebabkan AJ taknak keluar, aku pun menapak keluar sorang-sorang lepas maghrib. 

Aku tak berniat nak naik tuktuk malam ni. Cukup sekadar menapak sebab main area dalam bandar Kandy ni hanya terletak lebih kurang 2km dari hotel. Walaupun tanah tinggi, suhu tak lah sesejuk mana. Lebih kurang sejuk macam bumi Malaysia selepas hujan aja.



Kelihatan kedai-kedai sudah banyak tutup sewaktu aku menyusuri kaki lima jalan sedangkan jam baru pukul 7.00 malam. Jalan pun dah agak lengang. Aku menapak menuju ke Grand Kandy Mosque. Plan aku nak solat Isyak disana.

Aku tak pasti orang lain punya minat macam mana, tapi aku ni kalau travel aku tak suka sangat nak pergi touristic places. Aku lebih suka berjalan memerhati gelagat local, melihat suasana hidup dan selain dari tuh aku suka tengok kehidupan masyarakat Muslim.

Grand Kandy Mosque ni juga sebenarnya dipanggil Malay Military Mosque. Kenapa ada nama Malay disitu? haaa.. satu lagi, aku ni peminat sejarah. Ringkas cerita, masjid ni dibuka oleh orang Melayu yang dibawa ke sini oleh pihak Inggeris dan bekhidmat dalam pasukan tentera British dibawah Rejimen Tentera Melayu ( Malay Regiment) sewaktu zaman kolonial dahulu



Etnik Melayu juga wujud di bumi Sri Lanka iaitu keturunan tentera-tentera Melayu tadi selain ada juga yang datang dari Indonesia dimana mereka ini datang sewaktu penjajahan Belanda di bumi Sri Lanka. Mereka juga digelar Melayu Sri Lanka. Salah satu harapan aku dalam pengembaraan ni adalah nak tengok macam mana rupa Melayu Sri Lanka. Sebenarnya terdapat beberapa Malay Military Mosque di bumi Sri Lanka tetapi kebanyakan dah bertukar nama.

Waktu Isyak belum masuk sewaktu aku sampai ke masjid. Kelihatan ada satu kumpulan jemaah tengah khusyuk bertazkirah disatu sudut masjid. Aku sempat solat sunat 2 rakaat sebelum duduk menanti waktu isyak. Dari pemerhatian aku takda seorang pun rupa Melayu melainkan aku.

Tazkirah
Suasana dalam Kandy Grand Mosque
Solat disini tiada beza ketara pun dengan kita di Malaysia. Mereka juga bermazhab syafie selain tak silap aku ada juga yang mengikut mazhab Hanafi.

Selepas solat, aku menapak melihat suasana sekitar. Kawasan sekitar masjid iaitu kawasan di tengah bandar kelihatan masih hidup. Ramai gak pelancong asing melepak di cafe dan restoran. Aku singgah ke Cargill Food City untuk tapau sedikit jajan.

Kandy Clock Tower
Muslim Hotel, kedai makan Halal yang famous disini
Di Cargill kalau nak jajan yang confirm halal boleh cari beberapa jajan buatan Malaysia seperti Pringles dan Corntos. Tapi disini harga dah mahal hampir sekali ganda. Ada juga produk lain yang halal berlogo Halal Sri Lanka tapi susah gak nak jumpa. Manakala selain dari Halal, ada juga dijual makanan Vegeterian yang ada cop bulatan hijau. Memandangkan sini majority penduduk beragama Buddha, dan aku tak pasti Buddha mazhab apa sebab kebanyakan mereka vegetarian, maka bersepah produk Vegeterian. Kalau yakin, makan aja. Aku yakin. Hehe.

Logo Halal Sri Lanka dan yang kanan Logo Hijau tuh adalah Logo Vegeterian
Lepas puas pihat suasana malam di Kandy, aku pun menapak pulang. Tak susah nak cari jalan pulang ke hotel sebab jalan Bandar Kandy ni tersusun dalam bentuk grid. Macam kat New York. So dah boleh dapat gambaran dalam otak. Jadi aku menapak pulang tanpa guna map.

# bercuti di sri lanka # pengembaraan di sri lanka # cuti cuti sri lanka # tuk tuk sri lanka # tips ke sri lanka

Share:

0 Rangsangan: