Cerita 1
Pada suatu malam bulan mengambang, aku duduk dianjung rumah sambil memerhatikan bulan yang tampak dekat. Boleh nampak kawah dengan mata kasar. Jadi dengan perasaan ingin tahu, aku pun berlari ke dalam untuk mencapai binocular dan berlari keluar semula untuk meneropong bulan tersebut dengan lebih dekat. Entah macam mana, belum sempat aku nak halakan teropong ke bulan, terdengar suara mak aku yang bertanya apa yang sedang aku lakukan. Dengan tulus aku pun menerangkan nawaitu aku yang hendak menerokai bulan. Cewah..
Lalu mak aku bersuara "jangan..jangan..mai masuk..tak payah duduk main kat luaq teropong bulan tuh..satgi hang nampak muka setan kat bulan tuh..buat laa~~".
Aku yang masih mentah terus melompat masuk dalam rumah dan membatalkan niat sebab takut. Gila apa nak tengok wajah Syaitoonn~. Akhirnya sampai ke sekarang aku tak pernah teropong bulan.
Cerita 2
Waktu kecil dulu, bapa aku kekadang benarkan aku duduk diatas ribanya ketika dia sedang memandu sambil aku turut memegang steering kereta dan ikut aja pusingan steering yang dia lakukan. Seronok waktu tuh sebab terasa macam aku yang memandu. Berdekatan dengan steering terdapat satu tombol yang entah apa kegunaannya. Jadi aku bertanya kepada bapa aku akan apa fungsi tombol tersebut. Lantas bapa aku dengan serius menjawab "haih..jangan tekan..nanti keluaq roket tembak kereta depan". Lepas tuh terus aku jadi takut nak mendekati tombol tersebut. Malah bila lutut bapa aku nak rapat ke tombol tuh pun aku jadi risau. Takut meletup kereta depan.
Berdasarkan dua cerita diatas, aku bukan nak kondem didikan kedua ibubapa aku. Tanpa didikan mereka tak mungkin aku menjadi manusia seperti sekarang. Apa yang aku nak sampaikan adalah situasi dalam masyarakat Melayu kita yang gemar melarang anak melakukan sesuatu tanpa menceritakan perkara sebenar. Contohnya untuk tidak membenarkan anak keluar malam, dikisahkan tentang hantu dan sebagainya sehingga meninggalkan kesan sampai dewasa. Sesetengah kita takut bila nak bergelap sikit dek kerana terbayang pesan orang tua kita sewaktu kita berumur 5-6 tahun.
Kereta James Bond |
Berbeza dengan omputih/Jepun ( hasil tengok dalam tv ), mereka akan sedaya upaya menerangkan kepada anak mereka perkara sebenar kenapa dalam jangan melakukan sesuatu perkara. Mereka menerangkan dengan cara seringkas mungkin. Walaupun kekadang bebudak masih tak capai akal untuk tangkap apa yang diterangkan, sekurang kurangnya suatu hari nanti bila mereka dah mampu berfikir, mereka akan berkata "oooo..ini yang cuba disampaikan oleh makbapak aku dulu..".
Selain dari menakutkan dan meninggalkan trauma, ia juga sedikit sebanyak membantutkan niat anak-anak dalam mempelajari ilmu sains. Macam kes aku diatas. Maklumlah zaman kanak-kanak lah segalanya kita nak tahu kenapa kenapa dan kenapa. Bila dah besar tiada masa lagi nak fikir kenapa, hanya memikirkan apa aku dapat aja....
Selain dari menakutkan dan meninggalkan trauma, ia juga sedikit sebanyak membantutkan niat anak-anak dalam mempelajari ilmu sains. Macam kes aku diatas. Maklumlah zaman kanak-kanak lah segalanya kita nak tahu kenapa kenapa dan kenapa. Bila dah besar tiada masa lagi nak fikir kenapa, hanya memikirkan apa aku dapat aja....
Involving your children in subjects like astronomy will help engage their minds in one of the many fields of science. (parenting tips - howstuffworks.com) |
0 Rangsangan:
Post a Comment