04 November 2014

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 1

Bermula dari sesaja gatal tangan beli tiket sewaktu promosi AirAsia 5 bulan lepas, tak sangka pejam celik akhirnya aku dah dalam perjalanan ke Banda Acheh, Indonesia.

Perancangan pada mulanya adalah untuk ke Jakarta-Bandung-Yogjakarta bersama Cik Dee, namun selepas difikir-fikir, aku rasa baik aku khatamkan sekali Sumatera yang bermaksud aku jelajah 60 % dari negara besar Indonesia.Jadi plan pun diatur dan aku akan kesana awal seminggu travel secara Solo ke Aceh - Medan - Bukit Tinggi - Palembang sebelum bertemu dengan Cik Dee seminggu kemudian untuk perjalanan Jakarta-Bandung-Acheh.

Perancangan Asal
 Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. Last minute Cik Dee dapat bertukar ke Perlis dan tak dapat bercuti kerana perlu belajar dari orang yang akan pencen dalam masa sebulan. Memandangkan dipihak aku, perancangan telah diatur secara rapi dan aku pun dah bukan main menabung selama 4 bulan ni, jadi mahu tak mahu, aku redaaahhhh saja Indonesia secara solo.

DAY 1 : Banda Aceh

Perjalanan flight dari KLIA2 ke Sultan Iskandar Muda International Airport, Banda Aceh memakan masa selama 1 jam 30 minit . Dalam flight ni boleh dikatakan 80% penumpang warga Indonesia dimana selebihnya adalah orang Malaysia dan dua tiga orang mat salleh.

Dalam keadaan percaya tak percaya dah nak gerak ke seberang
Kebetulan aku dapat duduk sebelah awek tak berapa awek yang berasal dari Aceh ni jadi dalam perjalanan sempat berborak seketika tanya-tanya perihal macam mana nak ke town dari airport dan ke tempat tourist attraction atau dalam bahasa Indonesianya dipanggil Wisata. Mereka ni cikgu yang ke Malaysia atas urusan di UPSI. Siap bagi no telefon lagi suruh call kalau apa-apa. Aku cakap kalau aku sesat atau kena culik ja aku call. Hehe..

Baru sampai Airport pun sudah ternampak ke"Islamik"an orang Aceh. Terminal dah rupa Masjid
Sewaktu mengisi arrival form ketika tiba di airport, seorang pak cik Melayu dalam lingkungan 50-an ni datang bertanya pada aku cara nak mengisi form sebelum meminta bantuan aku untuk tolong isikan. Aku pun iyakan saja. Dalam tengah mengisi tuh sempat juga aku bersembang sedikit sebanyak lagipun aku perlu tahu info dia untuk isi dalam borang nih.Tanya punya tanya rupanya dia pun datang dari Perlis. Datang ke Aceh sebab nak tambah "cawangan". Macam2. Lagi nak cover-cover memula tadi cakap nak jumpa kawan. Haha.

Aku ada request untuk airport pickup dari hotel yang akan aku duduki iaitu Hotel 61 namun senyap sunyi. Mungkin salah aku jugak tak follow up. Akhirnya aku naik taxi aja ke bandar atau orang sini panggil kota.

Pada mulanya driver taxi ni minta Rp95,000 namun lepas nego dapatlah Rp80,000. Driver taxi ni tak lah ramah sangat. Dah la tak ramah, lagi tak nak bukak radio maka bertambahlah ke'awkward'an situasinya. Akhirnya aku jugak lah yang nak kena buka bicara. Banyak lah yang aku tanya. Ada sekali tuh aku tanya betul ka kat Aceh ni tak boleh pakai seluar pendek tak tutup aurat ( aku saja ja tanya padahal aku pun tak pakai seluar pendek). Terus dia tanya " kamu Muslim kan ? " Aku pun " Ya" . Lantas dia berkata " jadi pakei aja yang menutup aurat ". Marah gaya. Haha. Ini menunjukkan betapa Islamiknya mereka.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit sebelum tiba di Hotel 61 yang terletak lebih kurang 1km aja dari Masjid Baiturrahman ( Masjid ni merupakan center kota ).

Bilik yang ok untuk traveler solo ataupun mereka yang sekadar nak buat tidur
Selepas berehat dan solat, aku pun menapak 1km menuju ke Masjid Baiturrahman. Saja nak tengok masjid dan kawasan sekitar. Macam tak percaya pun ada bila Masjid Baiturrahman yang merupakan salah satu simbol kota Aceh ini akhirnya berada didepan mata. Suasana diperkarangan masjid sungguh meriah ( gambar dibawah diambil sewaktu kunjungan keesokan pagi ) dengan orang ramai bersantai bersama keluarga. Siap ada photographer menawarkan perkhidmatan gambar segera disini bagi mereka yang nak bergambar dengan latar belakang masjid.

Reka bentuk yang unik. 2 kali tengok macam Masjid Zahir Alor Setar pun ada.
Kolam besar depan masjid. Dalam ni ada ikan kap yang jinak-jinak
Dipokok sebelah kanan tuh terdapat tugu batu yang menandakan tempat tewasnya seorang pegawai Belanda sewaktu kebangkitan menentang penjajahan Belanda.
Menara Masjid yang tak bersambung dengan Masjid.

Upin Ipin Albino, Only In Aceh
Misi seterusnya adalah untuk mencari simcard local. Kebetulan berdekatan masjid terdapat sebuah kedai telefon yang juga merupakan sesebuahnya kedai telefon dikawasan tersebut. Berdasarkan pertanyaan pada supir taxi dan Cikgu Mala tadi, mereka suggestkan aku untuk guna simcard TELKOMSEL namun member aku dan beberapa sumber komen di Internet mengatakan simcard XL bagus. Akhirnya aku lebih percaya suggestion internet berbanding cakap orang local. Haha. Aku pun pilih XL yang rupa-rupanya dibawah payung AXIATA group sekali CELCOM.

Pada mulanya suspen jugak sebab simcard dah diaktifkan tapi line tak muncul-muncul. Budak kedai telefon tuh dah panik sebelum panggil tauke kedai untuk tengok. Tauke kedai belek-belek pun tak jalan. Line tak nak muncul. Aku pulak ambil turn periksa. Ntah macam mana lepas saja aku pegang beberapa saat line XL pun muncul. Yang tauke tuh dah kagum macam aku terror padahal aku rasa lepas register kena tunggu 5-10 minit baru line diaktifkan.

Selepas setel bab simcard, aku pun mula misi seterus mencari kedai makan memandangkan dah lewat petang. Last makan di KLIA2 pagi tadi. Tak susah pun nak cari kedai makan, bersepah, cuma tunggu nak pilih aja. Aku main masuk kedai yang ada orang sikit untuk pekena mee sup ayam. Ok la mee sup ayam dia, nak kata special or pelik sangat lebih kurang ja mee sup Malaysia atau Thai cuma ada bahan-bahan lebih atau kurang.

Pada sebelah malam, aku keluar mencari port untuk mengopi sambil nak research2 sikit untuk aktiviti esok. Disimpang lima yang tak berapa langkah dari Hotel 61 terdapat 4 cafe yang terletak bersebelahan. Dua daripadanya tampak lebih kepada restoren dimana ramai budak muda melepak, yang satu tuh dah lenggang macam nak tutup jadi aku pilih yang paling grand antara semua iaitu Galeri5.

Simpang 5 disiang hari
Suspen jugak nak masuk pada mulanya sebab kat pintu pun dah tertempek logo VISA/MASTERCARD but then aku teringat yang Whatdaheck! aku ni Jutawan kot.....

Nachos yang sedap gilak dan Flat White Coffee baru Rp77,000
Share:

2 Rangsangan:

Unknown said...

PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

Contact person :

1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




fauzimnoor said...

design masjid Zahir di Aloq Staq tu asai dari Acheh juga. tu pasai ada kemiripan dengan masjid ni