Selalunya kalau ke belah Thai ni, aku selalu lepak Hatyai berbanding Songkhla. Kalau pergi Songkhla pun sekadar kejap-kejap aja layan view pantai sebelum balik atau bermalam di Hatyai. Namun kali aku dan Cik Dee nak ubah sikit dengan lepak di Hatyai tapi bermalam di Songkhla. Dah jemu pulak dengan Hatyai ni. Lebih kepada port orang shopping berbanding melepak layan pemandangan.
Proses ke sana macam biasa, perjalanan macam biasa. So skip aja part ni.Setiba di Hatyai kami terus menuju ke port makan biasa iaitu Bung Bow Restaurant (Klik Sini untuk lebih lanjut). Kalau datang ke Hatyai tanpa lunch disini memang tak sah kerana makanannya sedap ditambah pula harga yang murah. Tapi yang leceh sikit nak makan kat sini adalah soal parking. Sejak banggunan parking bertingkat berdekatan telah dirobohkan, kami terpaksa parking ditepi tepi jalan.
Memula aku rasa agak bertuah kerana kebetulan sewaktu kami lalu ada sebuah kereta tengah keluar dari parking spot yang memang strategik. Namun rupanya tak lama tuah aku tuh, sambil menunggu kereta tuh reverse, tiba-tiba terdengar bunyi berdentum dibelakang kereta aku. Bila tengok diside mirror kiri, ternampak sebijik motor berserta dua orang minah dah menyenget ditepi jalan.Aku pun terus masuk parking yang dah dikosongkan tuh sebelum turun melihat kerosakan. Baru saja nak mula adventure dah berlaku perkara yang menye- poil - kan
Nasib baik tak kemik atau pecah bumper aku, sekadar calar yang agak dalam.Isk2. Yang langgar aku tuh pun budak lagi. Rasanya dalam umur 13-14 tahun aja. Kalau kat Malaysia mungkin situasi dia jadi lain, namun memandangkan ditempat orang, ditambah dengan kedua2 budak tuh datang dengan muka takut2 minta maaf sambil tangan dah serupa menyembah tokong, aku pun redhakan aja. Anggap dah takdir. Adess..
Lepas kenyang lunch, kami terus menuju ke Songkhla untuk check in hotel. Disana kami akan menginap di Sabai Ez. Nak cari lokasi Sabai Ez agak mencabar kerana aku tak punya gps dan ia juga bukan berada di jalan utama Songkhla yang aku familiar.
Dengan hanya berbekalkan screenshot google map yang aku print, kami pun meredah mencari lokasi sehingga meredah kawasan perkampungan dan perumahan sebelum tiba didepan hotel (sebenarnya sesat hampir 30min sebelum sedar yang hotel hanya berdekatan dengan taman perumahan yang kami keluar awal2 tadi).
Sabai Ez
Hotel ni aku booking menggunakan agoda.com. Sebenarnya ia bukan hotel sangat pun, lebih kepada chalet. Ratenya murah (RM60/room). Yang bestnya tentang Sabai Ez, setiap bilik mendapat parking lot masing-masing. Ni antara point yang aku bagi bintang kat tempat ni. Bukan apa, rasa mudah nak punggah dan simpan barang dari kereta serta rasa selamat memikirkan kereta didepan pintu.
tulisan sebelah kami lalu memula tuh dalam thai, pusing semula baru perasan |
macam chalet |
entah kenapa aku rasa ni point paling best duduk sini, parking depan pintu |
colourful, channel 17 yang best sekali.AUMM! |
cermin tuh buat rasa kekok sikit..haha |
Selepas berehat seketika, kami cadangnya nak ke Pantai Samila, namun dek kerana ternampak satu jalan ni nama jalan Masjid di dalam google map print, makan aku pun cadang nak lalu ushar2 dahulu manatau ada port makanan halal menarik disana.
Biasalah, bila pakai google map print ni, bukan boleh nak tau pun dah sampai ke destinasi atau belum, akhirnya kami tersesat ke kawasan jalan pesisir dimana disebelah kanan kami ialah tasik Songkhla. (nasib baik aku research dulu sebelum ke sini) Tasik Songkhla merupakan tasik semulajadi terbesar di Thailand. Siap ada pulau ditengah tasik yang bernama Pulau Ko ya. Terdapat jambatan yang menghubungkan Pulau Koya dengan tanah besar dan jambatan tuh boleh dilihat dari lokasi kami berada. By the way, aku perasan di jalan pesisir tuh pun ada beberapa lagi chalet yang berkonsep seperti Sabai Ez tapi versi lebih mewah dan cute. Tak pasti harga sebab aku tak nampak pun chalet2 tuh dalam agoda.com.
rasa macam kat Kuala Perlis pun ada. kanan tuh tasik |
Memandangkan kami sudah terlanjur sesat dan sudah nampak jambatan ke Pulau Ko ya, maka plan pun berubah dari mencari jalan masjid ke misi ke Pulau Ko Ya. Jambatan tuh memang nampak dari kedudukan kami, tetapi aku pun tak tahu mana arah jalan nak ke jambatan tersebut.
Disini aku menggunakan sedikit unsur gamble. Aku gambe aja follow bas persiaran thai yang penuh pelancong. Aku suspek mereka pun nak kesana.
atas jambatan ke pulau ko yo |
Sangkaan aku ternyata tepat, tak lama kemudian kami dah berada diatas jambatan menuju ke pulau. Tak panjang pun jambatannya tuh, lebih kurang 200 meter saja.
Pulau Koyo
Berdasarkan research serba sedikit aku, ada tempat bersejarah di pulau ni namun aku tak berminat nak pergi lagipun dah petang (aku terbaca satu komen siap kata angker). Jadi kami hanya melalui jalan utama pulau yang sekangkang kera (dalam 5km) tuh sebelum u turn semula. Kalau terus lagi kami akan naik satu lagi jambatan yang menghubungkan ke seberang satu lagi tanah besar ke Nakhon SiThamratrat.
Panaroma Tasik Songkla dari Pula Koyo, seberang sana tanah besar Songkhla |
Lepas uturn aku perasan bas persiaran thai tadi berhenti di satu kawasan deretan kedai. Kami pun berhenti siasat apa menarik.
Deretan kedai menjual hasil ikan tasik songkhla serta produk IKS tempatan |
Jam dah menujukkan pukul 6.30 waktu malaysia. Aku terus memandu menuju ke Pantai Samila. Tengok gaya hari dah nak gelap. Tak merasa juga niat nak layan sunset di pantai.
Walaupun dah makin gelap, suasana masih meriah disepanjang 8 km jalan pantai Samila. Ada yang tengah picnic, ada yang tengah berjoging, ada yang tengah mandi dan ada juga yang tengah layan konsert mini. Kami berhenti disatu port ni untuk bergambar.
Pantai Songkhla ni panjangnya aku rasa 5-6km jugak. Tak la secantik Pantai Cenang, namun boleh la buat mandi |
2 Rangsangan:
masukla sket gmbq bini nipppp..kihkih
Insurans Kereta Ke Thailand
Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.
1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.
Layari Link di bawah
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1
Post a Comment