Hari ini aku shopping sorang - sorang di Tesco memberi barangan keperluan dapur. Sejak kembali duduk Kelompo ( bagi aku KL tuh termasuk selangor..sebab jarang aku dengar orang cakap pergi selangor..haha..) semua benda kena buat sendiri dan memandangkan banyak masa terluang, boleh dikatakan hari - hari aku masak sendiri aja. Lepas seminggu asyik dengan menu roti tortilla dan maggi, aku pun mula membelek ruangan beras.
Hasilnya, aku membawa pulang sekiloram beras perang bungkus. Kenapa beras perang? Tahukah anda beras perang mempunyai lebih banyak zat dari beras putih. Beras perang juga kurang kalori dan tinggi fiber bermakna perut akan kenyang lebih lama. Tapi kenapa orang jarang makan? Kerana beras perang kurang enak dan juga kurang wangi berbanding beras putih. Biasalah, makanan sihat mana ada yang sedap. Masalah pertama yang aku hadapi adalah cara menanak nasi. Bab ni yang aku masih ragu-ragu dengan diri sendiri kerana aku memang dah lupa cara menanak nasi. Walhal satu ketika dulu aku pernah menanak nasi satu periuk nasi besar untuk beratus orang makan. Tuh cerita zaman kerja catering dulu lepas SPM.
Mengenai kerja catering di kantin tuh, teringat aku satu peristiwa. Kerja aku didapur kantin waktu itu hanya melibatkan memotong sayur, menanak nasik, menyusun dulang, kemas dan cuci pinggan. Bab masak dan bancuh air dipertanggungjawabkan kepada orang lain kerana ia memerlukan sedikit skill yang khusus. Tapi bancuh untuk diri sendiri memang selalu lah. Nak di jadikan cerita, satu hari ni selepas waktu makan tengah hari, suasana kantin lengang melainkan ada 3-4 orang pensyarah yang tengah duduk melepak dimeja khas untuk pensyarah. Semua tengah menjamu kuih muih sambil berborak. Waktu ni pulak, kami staff kantin tengah berehat selepas puas melayan pelatih-pelatih turun lunch tadi. Oleh kerana member berborak aku MC hari ni, maka aku melepak sorang - sorang di tempah bancuh air sambil makan kerepek.
Dalam melayan perasaan, tiba-tiba datang sorang pensyarah lelaki yang kalau tengok gaya macam senior jugak dalam institusi perguruan tesebut. Beliau dengan suara tegas bak cikgu HEM pun mengorder teh tarik dari aku memandangkan aku yang melepak disitu. Teh tarik ni nak buat takda la susah sangat. Masukan air teh yang dah tersedia direndam dan tambahkan sedikit air panas dan susu aja sebelum ditarik setinggi mungkin. Janji berbuih. Waktu tuh kak siti, pemangku tukang bancuh air yang memangku tugas member aku yang MC tuh tengah sedap menjamah nasi sambil berbual dengan mak cik-makcik kantin yang lain di belakang. Untuk tidak menganggu tempo mereka berborak, aku pun terus bangun menuju ke arah bahan-bahan membuat teh tarik sambil bercakap dalam hati "alahh...susah mana sangat nak bancuh teh tarik.." dan tanpa sedar tengah menarik air teh tersebut setinggi mungkin. Buih kelihatan boleh tahan jugak dalam gelas tuh dan aku pun rasa dah lengkap dah spesifikasi air yang aku bancuh ni untuk digelar teh tarik. Maka tanpa membuang masa aku pun membawa teh tarik pertama bancuhan aku sejak hampir sebulan bekerja disitu kepada pensyarah tersebut yang tengah rancak bersembang dengan pensyarah yang sudah lama melepak tadi.Lepas setel menghantar, aku pun sambung duduk berehat. Time rehat ni tak payah buat rajin mengemas, sebab sebentar lagi masuk waktu minum petang pulak dan time tuh nak sibuk balik. Lepas minum petang nak kena kemas cuci pinggan yang beratus tuh. So takda lagi istilah rehat selepas waktu ni so aku cuba memanfaatkan waktu rehat ini dengan baik. Apa yang best sini time rehat boleh melantak apa saja yang kita nak.
Dalam beberapa minit mengelamun memikirkan memacam menda, tiba-tiba terdengar suara pitching tinggi dari pintu kantin yang direct ditujukan pada aku." sapa bancuh ayaq niiiiiii !!!!!! " aku yang masih terkejut kerana di sapa tanpa salam bingkas bangun dari duduk dan dengan laju menjawab "errr.... orang belakang" sambil menunjukkan jari telunjuk kearah belakang kantin. Konon kononnya tukang bancuh air tersebut ada di belakang. Dalam situasi macam ni konsep kejujuran yang bertahun diterap oleh cikgu sekolah dah aku campak jauh-jauh. Gila hapa nak mengaku kat pensyarah bermuka garang ni. Tak sanggup aku nak kena maki. Terus pensyarah tersebut berkata " panggil dia mai sini sat !!! " . Sudahhhh.. time ni aku dah panik. Sapa yang aku nak panggil ? Sapa yang nak di escape goat kan ? Takkan Mak Cik Ani pulak. Silap haribulan mau kena serangan jantung orang tua tuh yang aku pasti tak memegang mana-mana polisi insurans. Kak Nab? Jangan.. aku sanggup dia maki aku dari pensyarah garang ni sebab dia punya makian lagi ganas. Tauke kantin? fuhhh... jangan main gila. Tanpa berfikir panjang aku terus meluru ke belakang mendapatkan kak siti. Kak Siti tua 2 tahun aja dari aku. Memandangkan jarak usia kami tak jauh, memang boleh buat sembang tambah pulak dia punya humor memang mantap.Tanpa banyak cakap, aku denga muka cemas hanya bagitau Kak Siti yang ada pensyarah panggil, dan iya kan aja apa yang dia cakap. Kak Siti yang masih blur - blur terus pergi ke pintu kantin mengadap pensyarah tersebut. "Haaa...hang kalau taktau bancuh ayaq, hang tak payah bancuh..! la suruh orang lain bancuh and make sure sedap!". Time ni Kak Siti masih blur tapi nasib baik dia mengangguk saja tanpa banyak bicara. Pensyarah yang bengang tuh pun beredar ke meja. Aku yang nak tergelak dengan sedikit simpati cepat-cepat explain dan mintak maap pada Kak Siti. Hahahahaha. Nasib baik Kak Siti ni jenis happy go lucky. So dia pun bancuh Teh Tarik baru sambil sedikit mengomel dan aku la tukang hantar seolah olah aku lah tukang bancuhnya. Nasib baik kali ni tiada lagi kompelin. Moral of the story, ada masa kita kena menipu. Hahaha
Berbalik kepada beras perang aku tadi, dah masak pun jadi nasik. Semuanya berjalan lancar hasil tips dari Cik Dee. Kalau la aku tahu, dah lama aku masak nasik dari makan maggi.
Cuci beras sehingga suci |
Hasilnya |
Nasi beras perang + sardin + telur + kacang panggang dan tauhu. (nak masak sayur tak reti) Nampak jijik ? well... Masuk perut sama ja jijiknya. Janji berkhasiat. Haha. |
3 Rangsangan:
Oh brown rice la tu kan.. sama jer macam nk msak nasi biasa.. huhuhuuu..
Mungkin orang yang tak pernah duduk rumah sewa bujang atau hostel akan kata jijik.. tapi bgi aku itu dah kira mewah la..
Sebab dulu kat hostel sama ada nasi telur tau nasi nasi ngan sardin.. nak campur dua2 mahal hahaaa..
haha..sadis sungguh cerita ang bro.. mentang2 berjalan pusing afrika, gaya makan pon nk jadi sama sadis dh ni..hehe
assalamualaikum.. lama sangat senyap ni nape bro? update la.. kata nak jumpa bila aku sampai Perlis hari tu.. tapi ang senyap lak..
well aku dah sampai malaysia ni.. inbox phone number.. boleh lepak2 cit cat travel sket :D
cerita memang sadis kat afrika.. xde sape tahu susah hidup kat sana.. :P hehehe
Post a Comment