04 August 2012

Peristiwa Satu Malam

Jam menunjukkan pukul 12 malam.Kelihatan sayup sayup kedengaran bunyi sebuah motosikal automatik berkuasa 115cc memecah keheningan malam di bandar Kangar .Pemuda itu bukan mat rempit apatah lagi anggota Rela.Beliau hanyalah pemuda biasa yang bekerja kais pagi makan pagi ,kais malam makan malam. Beliau baru pulang dari perjumpaan sosial pemuda pemuda nasionalis.Deruan angin menerjah muka pemuda tersebut disusuli embun mula tampak membasahi cermin penghadang helmetnya.Pemuda itu menunggang dengan penuh berhemah memandangkan usianya yang sudah hampir mencapai status perlu atau mampu berkahwin.Dilaluinya setiap selekoh dengan tenang , tanpa sedikit goyang kerana beliau pernah merasai pengalaman sebagai mat motor pada zaman kegemilangan Valentino Rossi dahulu.

Namun , taktala mengambil salah satu selekoh , pemuda itu kelihat kaget , lampu biru berkelip kelip menghiasi pemandangan hadapan pemuda tersebut.Kelihatan manusia berkulit vest pantul cahaya memenuhi jalan.Lantas pemuda itu tiada pilihan melainkan menyerah ke sisi jalan.

"lesen dengan IC encik .."
"ni dia tuan"
"ermm..." sambil menyuluh lesen tersebut ke arah lampu motorsikal pemuda tersebut . " tak berapa nampak ,nak kena pakai cermin mata ni.." sengih pak cik Polis itu.
"tidak mengapa..take ur time tuan"
"haaaa..ok..pi kat meja sana sat bagi nama"
"errr...untuk apa tuan...?"
"saja .... survey" balas Pak Cik Polis itu lagi 
"fuhhh.."

Damn! bikin gua kaget sahaja.
Share:

0 Rangsangan: