09 January 2011

Hari Penentuan



Gue dah cakap.Nasib kurang menyebelahi gue dalam bab bab draw ni.Memula gue dah happy dengan group gue.Kira ada nampak la sedikit sinar.Namun macam gue cakap,nasib memang jeles sejeles jelesnya dengan gue.Group terpaksa diatur semula kerana ada peserta yang tidak hadir.Maka macam biasa,gue dicampak didalam lubuk buaya.Perlawanan pertama,gue bertemu classmate gue merangkap coach part time kelas tenis gue.Gue dah agak.Gue pastiiiiiiiiiiiiiii !!!!!! ...........tewas.Gue terima seadanya.Next game,gue akan bertemu mambo,seorang pemain antarabangsa dari Bostawana rasanya.Namun kelewatan mambo membuatkan gue diisytiharkan mara dengan kurang bergaya ke suku akhir.Namun gue gentleman.Gue taknak kemenangan percuma,maka gue minta kepada penganjur untuk membenarkan perlawanan kami berdua diaturkan semula.Maka,gue terus bungkus.


Takpa,gue kecewa bukan kerana gue tewas.Gue kecewa kerana banyak pukulan gue kureng menjadi.Gue berjanji akan berusaha keras.

---------------------------------------

Dalam kekecewaan , gue pun pulanglah ke hostel. Court Tennis dengan hostel dalam 30 Meter sahaja tapi laluannya one way dan tak logiklah di hari sabtu yang lenggang gue nak pusing separuh kampus ,maka gue pun redah sahaja 30Meter dengan pantas.Namun dalam meredah 30 meter ,boleh pulak kebetulan pak guard MMU berbaju biru ( tukang saman ) lalu menaiki kancil.Beliau memberi isyarat lampu tinggi dalam keadaan sedia merapatkan kepala ditingkap yang terbuka untuk sound gue.Gue pun lalu dengan perlahan lahan disebelah kereta pak guard MMU yang berhenti menanti gue,bila tingkap kami selari sahaja,gue terus pecut.Macam mat rempit dalam 999.Kehkehkeh....

PS: Guard MMU boleh saman ekor ????
Share:

2 Rangsangan:

ezne_ezee said...

agak2 ang jadi mcm yg kat bawah tuh dak? hahahahha

Anep said...

nyarissss...ahahaha