16 December 2010

Eksperimental : GPS kereta didalam kapal terbang


3 minggu lepas aku telah membeli GPS device brand China, OODO dari meysgadget . Yang best mengenai benda benda ciptaan China ni, alat alat elektronik yang dihasilkan mengandungi function yang lebih dari alat elektronik berjenama dan ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah.Namun yang selalu menjadi kesangsian pembeli ialah ketahanan produk itu sendiri namun kalau tidak bernasib baik ,barang berjenama pun boleh rosak dalam masa yang singkat.Malah kebanyakan barang berjenama itu sendiri di kilangkan di ChinaJadi aku membeli dan sekaligus menguji barangan berjenama China yang selalu di khabarkan tidak berkualiti.Buat masa sekarang , alat ini memang tiptop dengan 5 jenis software GPS.Selain menawarkan perisian GPS,alat ini turut menawarkan fungsi fungsi multimedia lain seperti video player,mp3 player,permainan games dan E-book.


Hujung minggu lepas aku telah membawa bersama gajet aku ini sebagai peneman ketika menaiki kapal terbang untuk pulang ke Cyberjaya .Dengan alat ini ,setidak tidaknya aku boleh melayan movie sepanjang 45 minit perjalanan. Sepanjang penerbangan ,aku melayan movie walaupun kekuatan bunyi agak tenggelam dek kerana bunyi enjin pesawat.Dalam melayan movie,tiba tiba aku terfikir bolehkah alat ini berfungsi di dalam pesawat.Maka aku pun mencuba........jawapannya......................................................................................................... Tidak!

Mengapa ??? dari apa yang aku google
  • Kapal terbang terlalu laju untuk sesetengah gajet GPS kereta untuk mengenalpasti lokasi yang tepat
  • Gangguan daripada pesawat itu sendiri
Namun ada sesetangah gajet GPS yang dikatakan mampu digunakan di dalam pesawat seperti TOMTOM.

Share:

0 Rangsangan: