Songkla dan Hatyai terletak kira kira 2jam perjalanan dari Kangar,Perlis.Memandangkan telah lama tidak kesana dan jarak yang tidak seberapa jauh,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan trip pergi balik ke songkla/hatyai pada hujung minggu .Berikut adalah kronologinya:
Van beserta tourist guide mengambil kami di sempadan Padang Besar Thai
Tanpa melengahkan masa yang ada,van bertolak menuju ke hatyai
kira kira sejam setengah kemudian,kami tiba di pantai songkla
Ikan duyung topless ini dikatakan merupakan sumpahan seorang anak yang tidak suka memakan ikan yang merupakan sumber protein utama
Kepala naga juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Songkla selain ikan duyung topless , walaupun ternyata ikan duyung topless lebih digemari pelancong lelaki khasnya ;)
Disini juga terdapat banyak gerai gerai makan yang menjual pelbagai hidangan yang menyelerakan,seperti....
Ketam goreng tepung yang hanya beharga rm3 untuk kira kira 2-3 ekor ketam
Beliau makan sehingga berpeluh peluh
Setelah emak kenyang ,kami ke Tang Kuan Hill Lift Station
Dari atas Bukit Tang Kuan ini , kita boleh melihat panorama bandar Songkla yang mengasyikkan
Di bawah Bukit Tang Kuan juga,terdapat banyak monyet monyet jinak yang diberi makan oleh para pelawat
Kata emak 'kera dihutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan' ,maka dari memberi monyet makan.....
baik emak sendiri yang makan.
Ais Krim yang emak makan amat menyelerakan
Emak telah memesan roti canai beserta Neskape,neskape memang diberi dalam kuantiti setengah gelas beserta seteko air panas.Unik.
Sesudah sesi minum separa pagi , kami pun menuju ke pekan Hatyai
Jam menunjukkan telah masuk waktu makan tengahari bagi kawasan hatyai dan yang sewaktu dengannya.
Maka emak pun makan lagi
Selepas makan tengahari ,kami ke Nora Plaza,ekceli kat Nora Plaza ni takda menda menarik sangat pon,kecuali......
Sup Sarang Burung.Harganya 200bhat@rm20 semangkuk.
Emak kata 'Nice!'
Sesudah emak puas , kami ke 'Floating Market' ataupun melayunya Pasar Terapung
Terdapat pelbagai aneka makanan yang di jual,ada yang halal Al Toyibah dan ada juga yang Haram hukumnya
Emak berasa suka hati dengan jagung putih yang dibelinya
Selain pasar terapung, pasar di darat turut ada disekitar kawasan ini
Maka kami pun bertolak pulang
Kesimpulannya trip ni memang menyeronokkan kerana kita dapat melihat dan merasa benda benda unik yang terdapat di negara orang. Kepada mereka yang nak ke hatyai ,pantai songkla dan floating market merupakan tempat yang wajib anda kunjungi.Dan emak pula mempunyai 4000 Kalori yang perlu dibakar.
2 Rangsangan:
wey jahat makcik salmah jadi mangsa.. ahahhahaha best!!!
ni ceriter pasal "Pengalaman Mak saya di Songkla/Hatyai" ek?
Post a Comment