sapa kata imposible ..huhuhuhu
Penerjun maut jatuh Menara Alor SetarALOR SETAR 28 Sept. - Seorang wanita warga Australia maut setelah payung terjunnya gagal berfungsi sewaktu menjalani latihan terjunan bebas di Menara Alor Setar, setinggi 165.5 meter di sini hari ini.Dalam insiden pukul 4.15 petang itu, mangsa, Tantikey Lie Marion, 42, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.Menurut saksi, Zaidi Zainol Abidin, 41, mangsa adalah penerjun keempat terjun dari puncak menara itu."Saya lihat payung terjun wanita tersebut gagal berkembang dan dia terus jatuh terhempas."Saya berada kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan saya terkejut kerana tidak menyangka tragedi itu akan berlaku," katanya di sini hari ini.Difahamkan, wanita tersebut serta tiga lagi rakannya membuat latihan terjunan bebas di Menara Alor Setar sebagai persediaan menyertai acara terjunan bebas di Menara Kuala Lumpur tidak lama lagi.Zaidi berkata, sebelum wanita berkenaan terjatuh, tiga lagi rakannya telah terlebih dahulu membuat terjunan namun mereka berjaya mendarat dengan selamat."Penerjun pertama tersasar sedikit dan payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu di kawasan padang berhampiran menara ini."Selepas itu, dua lagi penerjun membuat terjunan lalu diikuti dengan wanita tadi namun nasibnya tidak baik kerana payung terjunnya tidak kembang," ujarnya.Sementara itu, Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud mengesahkan berlaku kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
0 Rangsangan:
Post a Comment