Walaupun bukan major di dalam bidang pengurusan tikus dan multimedia ,selaku pelajar MMU yang kretif,kami mampu mempelbagaikan tugas atau istilah umumnya ,multi tasking. Hari ini tuan pengurus mengadu masalah perbauan yang serius telah melanda pejabatnya maka saya selaku anggota Skuad Pemusnah Tikus Pejabat telah dipanggil untuk menangangi situasi getir tersebut.Berbekalkan alatan canggih multi floor adjustment system atau bahasa pasarnya tangga lipat beserta torchlight,saya pun memanjat untuk memantau aktiviti paranormal di atas siling pejabat.
Ternyata tuduhan puan pengurus berasas.Suspek dikesan dalam keadaan tidak bernyawa di satu sudut siling.Berbekalkan plastik yang dibalut ditangan beserta hidung yang disumbat daun pandan,aku mengagahkan diri untuk berdepan dengan musuh.Ternyata ia dapat diselesaikan selepas 5 kali penukaran daun pandan serta menggantung Ambi Pur di lubang hidung.Puan Pengurus nyata berpuas hati dengan kemahiran pelajar MMU menangani segala permasalahan.
Maka itu saja tugasan saya untuk hari ini dan dijangka saya akan diberi cuti bergaji selama seminggu sebagai pampasan trauma.
2 Rangsangan:
macam haram! hahaha
mcm tuh la syudi keja kita ari2
Post a Comment