04 April 2010

Ada Apa Dengan Bunga

Ntah apa buang tebiat,kakak aku boleh ajak ke kedai pokok pokok bunga di persiaran Sungai Buloh.Aku pernah ke sini pun teman parents aku yang memang gilakan pokok hiasan.Takut jugak aku dengan perubahan drastik sikapnya.Tak ready lagi nak menggepalai tugas sebagai anak sulung nanti.Selalunya ajak ke kedai aksesori kereta, tetiba harini ajak ke kedai pokok bunga.Terasa seperti setan ajak ke masjid.

Namun apapun,entah macam mana aku pun terasa best pulak lepak pilih pilih bunga untuk buat hiasan di beranda rumah.Macam satu feeling sahaja apabila bermain dan melepak dengan bunga bungaan ni.Mungkinkah perasaan ini yang bapak aku rasa bila membelai pokok misai kucingnya.Aku rasa macam nak buat hobi baru lah.

Mungkin beginilah suasana di dalam hati Rusyidi sekarang
Share:

2 Rangsangan:

Unknown said...

cantik bunga...

Anep said...

mmg byk beb bunga cantik2..
(rasa janggal dgn statement ni)