Aku malas nak sentuh soal soal halal dengan lebih mendalam.Namun mengapakah kita masih berkunjung ke Kopitiam kopitiam yang terbukti tidak mendapat sijil halal ? aku akui sebelum ni aku juga selalu melepak disana memandangkan suasana dan perkhidmatan wifi .Namun jika difikir kan semula, makanan yang disediakan tanpa sijil halal JAKIM dan harganya yang tidak setimpal dengan apa yang diberi .Secebis ayam,sedikit fishball,segenggam mee = rm7.90 tak termasuk cukai . Berbeza sekali harganya jikalau makan di warung Mak limah dan restoran Daud.
Sesetengah orang kita pula tidak kisah dengan keekslusifan sesebuah kedai makan dan memilih kedai yang mempunyai pelbagai pilhan makanan,turut mempunyai wifi dan happening di malam hari iaitu kedai Mamak.Dan sekali lagi,pendedahan media massa baru baru ni menunjukkan banyak kedai berstatus mamak ini bukan 100% di miliki mahupun diusahakan oleh pekerja Islam malah ada kes ia tidak mempunyai pekerja Islam langsung.Mereka hanya menggantungkan ayat ayat suci Al-Quran dan dengan sedikit lebai,mereka bertukar menjadi kedai Mamak Muslim.bagaimana pula dengan sumber bahan mentah mereka ?Sekali lagi orang kita terkena.
Tetapi kenapa masih ramai orang kita ke sana ? Semuanya kerana Wifi ,persekitaran yang tampak ekslusif,kepelbagaian makanan dan keceriaan sesebuah kedai.kepada Mak Limah dan pakcik daud.Tolong lah tingkatkan kedai makan anda supaya mampu bersaing.
Aku pun tak perasan aku dah terpesong jauh,berbalik kepada mengapa aku mengeluarkan post kali ni ialah kerana semalam aku baru lepas tinted kereta selapis lagi .Tuh pun aku tertinted secara tidak sengaja sebab memulam aku nak pergi jogging,entah macam mana aku terlajak dari tempat joging .Memandangkan jam pun dan 6.30 petang, maka aku teruskan aja ke kedai aksesori kereta.Lepas tanya serba sedikit,pekerja kedai aksesori tersebut suggest aku buat sekarang,maka aku pun setuju. Entah macam mana pagi ni baru aku sedar yang ada satu part tinted belakang ni ada garis gelembung udara terperangkap yang kelihatan jelas dibelakang.Maka aku pun mengambil keputusan untuk ke kedai aksesori itu semula selepas kelas.
Berikut perbualan aku dengan pekerja tinted :-
aku : tolong tengok tinted cermin belakang ,ada nampak garis gelembung .
pekerja kedai A : mana ?
pekerja kedai A tuh pun cuba hilangkan kesan udara namun gagal .
pekerja kedai A: boss ,itu memang macam tuh ,nanti u jemur panas,dia hilang lol..
aku : tuh nampak besar aja,cemana nak hilang,kalau kecik kecik kot la boleh hilang.u tak boleh bukak pastu lekat balik?
pekerja kedai A : tak boleh maaa...itu sudah bukak terus tak boleh pakai.
aku : tuh nak buat cemana , semalam u pasang malam lewat2 nak cepat tutup kedai ,sekarang dah nampak buruk tinted i . U tukar lain la,bukan u nak rugi pon ada banyak lagi.
pekerja kedai A:kami rugi maaa, lagipun tinted hitam,murah memang takda waranti wooo,kita tak jamin kalau rosak
aku : kalau aku dah pakai sebulan ka hapa ka aku tak kisah la kalau jadi,ni baru semalam pasang,tak sampai 24jam lagik dah nampak gelembung kenapa ? sekarang kalau u tak rugi i yang rugi.
pekerja kedai A cuba nak putar belit lagi memanggil rakannya yang memasang tinted belakang aku dan bersembang dalam bhasa cini.
pekerja kedai B: itu memang sudah ada wooo..u punya tinted lama sudah tarak elok
aku : tinted lama ni pun i baru pasang tak sampai 3bulan ,takkan dah rosak (aku pulak kencing )
at last taukeh kedai pun masuk campur
Taukeh : boss..itu jadi sebab u punya tinted lama maaa..
aku : manada,tinted i elok lagi , ni semua sebab pasang malam,u orang tak nampak,jadi tak elok
Taukeh : macam ni la boss, kita orang bukak tukar ,kalau betul salah pasang ,i kasi u free..kalau salah tinted lama u,u bayar harga tinted belakang baru rm40 .
aku : kalau betul u salah pasang,i still rugi masa kena datang balik ni.I bayar rm20 saja kalau betul salah tinted lama i.
Taukeh : Ok lol..
maka pekerja kedai pun bukak,cuci,lekat baru tinted belakang aku.
Aku : cemana taukeh ? meh la check .. cemana dengan masa lunch i yang rugi ni ?
Taukeh muka tersengih macam kerang busuk ... Macam nak penyepak aja .
3 Rangsangan:
pastu macam mana ngan masa lunch ang yg rugi tu???hahahhaa..tokei tuh bayar ka??
hahaha! dusyum!!
memang smart ah bro.
patut masa taukeh tu sengih, bagi je 2 3 das lagi....
kena ajar sikit makhluk nak cekik darah ni...
@atiqah @kersani
time aku hingaq tuh ada brader2 AADK tengah tinted van depa skali,time aku dah sudah depa smua dah blah.Sapa nak backup aku nanti .. pekerja dia rmai kot.hehehe
Post a Comment