Sungguh sedih mengenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi.Bulan ramadhan merupakan bulan yang sungguh aman dan tenang tanpa hasutan setan walaupun fikir fikir balik dizaman ini,setan pun geleng kepala memikirkan manusia yang semakin menjadi jadi sifat mazmumah mereka.Bulan ramadhan sungguh secocok dengan aku memandangkan waktu lewat malam merupakan waktu selera makan aku berada dipuncak.Oleh itu dibulan ramadhan boleh sahaja aku makan berat berat dipukul 3-4 pagi dan terus tidur.Namun dibulan lain,itu dapat menaikkan meter penimbang.
Kalau diikutkan planning ,aku akan bertolak pulang ke Kangar menaiki kereta pada 17hb September,namun bertukar last minit kerana mak aku suruh balik dengan flight pulak.Katanya polis banyak,had laju pun dah turun 100Km/H aja.Gila hapa ngantuk nak drive 100km/h memanjang.Lagipun jem aja highway tuh.Memandangkan ada logika nya kata kata orang tua aku tuh,maka aku pun terpaksalah melupakan niat memasang lagu balik kampung sambil memandu.Hilang spirit.Flight anginasia aku berlepas pada 17hb pukul 4.30pm,namun biasalah,kena sampai awal untuk proses check in.
Pada pagi 17hb,8.30am,mak aku dah kal untuk suruh aku siap cepat bersedia ke Lapangan Terbang.Setelah penuh ugutan diterima,aku pun terpaksalah tolak mengantuk tepi.Ekceli airport LCCT dengan Cyberjaya hanya memakan masa lebih kurang 30-40minit sahaja,namun aku memilih untuk menempuh jalan sukar.
Kronologi Perjalanan Aku
10.30PM
Perjalanan aku dan adik aku bermula pada pukul 10.30am dari Cyberjaya ke Kelana Jaya memandangkan aku hendak parking kereta aku dirumah sana.Tak harap pulak aku nak parking dirumah sewa.Cukuplah 2kali kereta aku kena pecah.PErjalanan agak lancar walaupun trafik perlahan.
11.30PM
Kami menahan teksi untuk ke stesen LRT Kelana Jaya.Nasib sungguh baik memandangkan tak sampai 5minit teksi muncul
12.00PM
Menaiki LRT ke Stesen KL sentral.LRT tak ramai sangat orang memandangkan orang kolumpo sibuk bekerja.
12.30PM
Bertolak menaiki Bas AeroBus ke lapangan terbang LCCT dari KL sentral.AKu memulu musykil jugak menggunakan bas ni daripada bas rasmi AnginAsia memandangkan penjual tiket mereka ala ala ulat tiket,namun ramai ja aku tengok naik.Lagipun tambang mereka murah rm1 daripada bas AnginAsia.Servis ok sahaja.Lagipun bas baru.
2.00PM
Tiba di LCCT,manusia ramai sungguh.Dah semacam diPuduraya sahaja rasanya sehinggakan nak cari tempat bertenggek pun susah.Proses check in dan nak imbas beg pun memakan masa.Manusia ramai sangat.Ada yang nak pulang surabaya,bandung dan hongkong pun ada .Tuh yang bertambah sesak.
4.45PM
Kapal Terbang berlepas dengan jayanya.Aku dah memang mengantuk sangat time ni memandangkan tak cukup tidur semalam.AKu tidur terhanguk hanguk kes tak jumpa cari butang tolak seat kebelakang.Aku suspek macam tak ada sahaja.
5.20PM
Kapal terbang landing dalam keadaan angin kuat.Alhamdulillah,selamat sahaja mendarat.Tunggu pulak Taxi Pink amik.Perjalanan masih berbaki 40KM dari Kangar
7.20PM
Tiba di rumah.
Kalau dihitung hitung,lebih kurang 9Jam masa aku bergerak untuk perjalanan yang hanya memakan masa 40Minit dari Sepang ke Alor Star.Kalau naik kereta dari Kuala Lumpur ke Kangar pun makan 6jam sahaja.So siapa cakap naik kapal terbang laju?
2 Rangsangan:
bajet naik flight tu macam belajaq kat obersi? aku kat arau
kes takmau bagi au tumpang la tuh. kedekut tuih~
Post a Comment