2016 DAN MASIH BLOGGING

Friday, January 15, 2016

Sungguh pantas masa berlalu, pejam celik dah masuk 2016 *ayat common blogger ditahun baru* dan seiring masa berlalu, aku masih disini cuba mengerah setiap kudrat kerajinan untuk berblogging. Berblogku bukanlah untuk femes, untuk buat duit guna ads, namun cukup la sekadar boleh dijadikan diari aku sendiri dan sedikit sebanyak mana2 pengalaman yang boleh dimanfaaat bersama.

Tahun 2015 membawa pelbagai suka duka seperti mana-mana kehidupan. Agak sedih bila dikenang impian aku nak me-Redah setiap tahun terbantut pada tahun 2015 kerana tanggungjawab makin bertambah. Catatan Redah 2.0 tahun 2014 pun belum selesai. Selagi tak selesai selagi tuh aku tak tenang bila fikir tentang blog. Tapi nak dapat mood menulis tuh susah sungguh.

Disini aku nak review serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang 2015 berdasarkan gambar-gambar instagram.

#1

Alhamdulillah tahun 2015 dibuka dengan berita gembira dimana bini aku dapat bertukar tempat kerja di kampung halaman. Tiada lagi kehidupan sebagai weekendhusband yang selalunya hari isnin pukul 5 pagi dah bergerak ke KLIA2 untuk pulang dan masuk kerja pukul 9 pagi tuh jugak di Perlis.

#2


2015 juga menyaksikan aku akhirnya meninggalkan sarang yang dihuni bersama induk a.k.a makbapak dan menetap di rumah lain yang masih milik makbapak .. haha. Tiada lagi dapur yang sentiasa ada isi. Sekarang sendiri beli apapun. 

#3


Walaupun aku tak berpeluang nak REDAH 3.0 tahun ni, tapi aku banyak meredah dalam semenanjung ni menguruskan urusan pejabat. Nak cecah beratus jugak sekolah di Penang, Perak dan Pahang yang aku pergi atas urusan lawatan tapak. Mencabar, penuh ranjau.

#4
  
Sepanjang hidup aku, hanya satu pingat yang aku pernah peroleh tuh pun sewaktu darjah 5 ketika masuk kejohanan Tenis MSSM. Selepas tuh memang tak pernah lagi pegang pingat sebab aku bukan sportman mahupun pedebat unggul. Bila dah besar baru la ada minat nak bersukan atau beraktiviti maka tahun 2015 aku menambah lagi 2 koleksi pingat acara favourite aku iaitu Viper Challenge. Satu di Stadium Shah Alam manakala satu lagi event di Genting Highland. 

#5  

Sejak aku tinggal bersama isteri di rumah baru tuh, aku dah jarang dapat melepak di port meditasi aku kat belakang rumah parents. Rindu nak layan sunrise dan sunset sini. 

#6

Tahun 2015 juga menyaksikan aktiviti ber-gym aku dah makin suam-suam kuku. Adeh... Nak berhenti sayang, nak main takda masa. 

#7

Bila dah duduk sendiri-sendiri bersama isteri maka merasa la berpuasa bersama-sama sepanjang Ramadhan yang lalu. Walaupun memula bini aku acah-acah rajin masak namun lama kelamaan bila dikira-kira rasa macam beli di Bazar Ramadhan lagi murah. So dekat-dekat penghujung Ramadhan masing-masing dah berbuka cara bujang.

#8

Mungkin pencapaian paling membanggakan bagi aku dan seluruh umat manusia pada tahun 2015 adalah  aku berjaya menjejakkan kaki di Planet Marikh Kuantan... huhuhu..

#9

Kalau ditanya mana gambar favourite aku sepanjang tahun 2015, gambar ni lah yang akan aku pilih. Di ambil di Pulau Tuba Langkawi, suasana sungguh tenang kena pulak dengan cuaca redup-redup. Syahdu. Terasa macam nak pacak khemah dan nikmati suasana alam.

#10

Tahun ini juga aku sempat memegang semula status OKU untuk beberapa bulan dek kerana sibuk melaksakan operasi membasmi pekerja malas sampai aku tak perasan ada longkang kat depan.

#11

Pencapaian sebenar pada tahun 2015 bagi aku adalah mendapat zuriat.Thanks Allah.. Tak sangka dah jadi bapak.

Flickr Images