Aku Punya Pasal

Beraya Sebagai Dewasa

Monday, July 20, 2015

Pertama kali aku sedar yang aku sudah "remaja" adalah apabila mak aku mula menukar cara amarah dari pukul dengan rotan kepada marah dengan mulut. Lama jugak aku ambil masa untuk sedar yang "eh..dah lama ya tak kena rotan.." . Kemudian, aku sedar yang aku sudah "dewasa" apabila sudah mula diberi ruang memberi pendapat taktala makcik - makcik dan pakcik - pakcik bersidang. Tiada lagi "halau-an" yang diterima. Lagi makin sedar bila dah mula boleh jeling pak cik-pakcik yang jenis buat perangai potong que etc. Haha..

Banyak benda yang seronok bila sudah mula boleh mencorak perjalanan hidup namun dalam banyak-banyak keseronokan, ada nikmat lain yang mula ditarik sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah Hari Raya. Tahun demi tahun, Hari Raya mula terasa hambar. Tiada lagi kegirangan nak pakai baju raya baru, tiada lagi congakan ramalan kutipan hari raya tahun ini, tiada lagi nafsu berbelanja shopping raya dan macam-macam lagi.

Tahun ni merupakan tahun pertama beraya dengan baju melayu beli sendiri dan tahun pertama tak dapat duit raya langsung. (haha..serius ni) Ini menambahkan lagi tahap perasaan kedewasaan aku yang makin melanjut. Raya tahun ni pun harap baju melayu saja yang baru, yang lain aku pakai saja baju harian. Nafsu shopping dah makin hilang. Kalau zaman budak-budak dulu hari raya ke-2 dan ke-3 masih pakai baju baru yang sudah di"set" awal-awal jadual pemakaianannya.


Yang hairan bila zaman budak-budak teringin macam-macam tapi takda duit, bila dewasa dah punya duit, nafsu berbelanja pulak hilang. Itu lah kehidupan.....

Aku Punya Pasal

Ramadhan Ini 2015

Thursday, July 16, 2015

Setiap kali meniti hari-hari terakhir Ramadhan mesti terasa sayu didalam diri. Selain dari sayu memikirkan lambat lagi nak bertembu bulan yang penuh Barakah ni, terasa sayu pula nak meninggalkan suasana kucar kacir dipetang hari mencari juadah berbuka. 

Ramadhan tahun ni menyajikan suasana yang baru bagi aku memandangkan Ramadhan pertama bersama Cik Dee sebagai fulltime husband&wife. Alhamdulillah tahun ni tiada sahur yang ter'miss' memandangkan Cik Dee kejut aku sentiasa dan untuk terawih pula aku rasa tahun ni merupakan rekod attendance paling cemerlang bagi aku setakat ni. Berbeza dengan zaman dulu .....haha 

Ramadhan tahun lepas aku dapat belajar yang jika kita berbuka ala kadar dan terus ke masjid untuk maghrib, balik dari Maghrib kita takkan makan dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana makanan yang ala kadar tadi sebenarnya dah cukup untuk mengeyangkan perut namun yang selalu jadi makan sehingga kenyang sampai tak boleh nak bangun tuh adalah dek kerana nafsu semata. Tapi tahun ni aku tak berkesempatan nak praktikan sebab kesian pulak aku nak tinggal Cik Dee berbuka sorang-sorang kat rumah. Jadi terlajak makan adalah perkara biasa.

Tapi pengajaran yang aku dapat bagi tahun ni pula adalah time sahur tak perlu makan banyak pun sebenarnya. Kalau dulu mindset aku adalah time sahur kena makan kenyang2 sebab esok nak guna tenaga. Namun sebenarnya aku dapati bila lagi banyak makan, lagi lapar aku keesokan hari. So tahun ni aku sahur banyak makan biskut aja. Lagipun tak elok lepas makan kenyang2 pergi sambung tidur. 

Tahun ni tak feeling sangat bila dengar lagu raya sebab "beraya tanpa balik kampung". Itulah sedikit kekurangan bila bekerja pun di kampung. Ni membuatkan aku terkenang kembali zaman balik kampung dari Melaka dan Cyberjaya dulu. Rindu pulak zaman muda mudi naik bas sehari sebelum raya.Time tuh baru syahdu dengar lagu dendang perantau. Tapi sempat la ambik sedikit feeling sewaktu outstation ke Kuantan minggu lepas.

Bazar Ramadhan Bukit Ubi Kuantan, berdekatan Hotel UB Inn tempat aku menginap time REDAH 1.0 lepas.

Jauh beli barang raya tahun ni, Stadium Darul Makmur Kuantan.
 p/s: Bila baca balik post  Catatan Ramadhan 2009 boleh nampak beza penulisan aku dulu dan sekarang. Sekarang semua nak serius2.. hidup pun serius.. makan tidur semua serius... boring jadi orang dewasa. Haha.


Flickr Images