Analisis saya

Pandu uju Proton Iriz

Monday, June 29, 2015

Dah lama aku kata nak tulis sikit review tentang kereta Proton Iriz1.6 Premium yang sudah dimiliki lebih kurang 1bulan lebih ni. Kalau ikutkan dah banyak review komprehensif dilaman web permotoran tapi paham2 lah, mereka tuh pandu uji selama beberapa jam aja pon + kang kritik teruk2 terus tak dijemput untuk pandu uji model seterusnya pulak kan. So disini aku nak bagi review dari sudut pemilik. 

Tak payah lah aku nak cerita satu persatu bab spesifikasi dan features yang ada pada kereta ni, yang tuh boleh tengok dilaman web permotoran seperti paultan. Aku akan simplekan aja review berdasarkan The good & The Bad

THE GOOD

1. Rekabentuk
Soal rekabentuk merupakan satu soal subjektif sebenanrnya bak kata pepatah yang hampir ada kena mengena 'rambut sama hitam, hati lain' kan. Bagi aku rekabentuk Proton Iriz ni memang cun. Setanding rekabentuk jenama besar yang lain. Lagi satu Proton Iriz ni kalau tengok nampak kecil tapi bila parking sebelah kereta sedan baru nampak saiznya yang sebenarnya agak lebar. 

2. Features
Bagi spec Premium, features yang ditawarkan memang banyak setaraf kereta Honda CRV full spec orang tua aku. Apa yang aku suka dan nampak berguna adalah lampu DRL, auto flip side mirror, reverse camera, keyless entry, kerusi kulit, charger USB dan GPS. Berbanding GPS kereta myvi 1.5 SE adik aku, GPS Proton lebih banyak fungsi dan nama2 tempat. Masih kureng berbanding Garmin atau Papago tapi memuaskan. Selain dari itu adalah 6 airbags, Abs, ESP sekian2 yang aku rasa orang tak amik kisah sangat pun.

3.Harga
Dengan pelbagai features bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan. Cuba compare tengok kenderaan yang ada features sebegitu berapa harga dipasaran berbanding Proton Iriz ni.

The Bad

1. Kualiti pemasangan
Sebelum aku nak komen bab ni, anggap lah saja yang mungkin aku tak bernasib baik gamaknya. Apabila pandu keluar sahaja kereta dari showroom, aku dah perasan yang dashboard kereta ni mengeluarkan bunyi akibat vibration. Dibahagian belakang ruang tayar kiri pun turut mengeluarkan bunyi berdecit seolah bunyi batu dari jalan yang baru ditar. Pada mulanya aku ingat plastik balut seat puncanya, namun selepas siasat bunyi tuh berpunca dari ruang yang aku cakap tadi. Aku salahkan department pemasangan Proton yang bagi punca masalah diatas. Mungkin unit kereta aku ni dipasang sejam sebelum waktu rehat tuh yang pasang skru longgar sana sini.

Sewaktu servis 1000km yang pertama aku hantar kereta ni ke Pusat Servis Proton (agen) Kangar dan melaporkan masalah-masalah tersebut. Tindakan mereka adalah ketatkan skru dashboard manakala bunyi dibahagian belakang mereka tak tahu punca dan suruh hantar ke Proton Edar Alor Setar. Walaupun dah ketat skru, tiada beza langsung. Beberapa minggu kemudian aku bawa pulak ke Proton Edar Alor Setar. Memula ok kejap. Tiada lagi bunyi didashboard dan belakang tapi hampir nak sampai rumah terus bunyi tersebut datang balik. Adoi.. Tunggu masa nak bawak pulak. (Update 18/10/2015 - Problem setel rujuk Kesimpulan dibawah)

2. Power Engine
Walaupun didatangkan dengan enjin 1.6, terasa Kelisa 1.0 lagi power in term of pick up. Aku rasa semuanya berpunca dari gearbox CVT yang kurang memberangsangkan. Lagi satu bila nak memotong kena pepandai main minyak, bukan apa, pernah waktu memula beli tuh bila nak memotong kenderaan aku tekan minyak kuat sikit macam selalu bila drive lain2 kereta, tapi dekat IRIZ ni, hanya RPM aja naik mencanak tapi kereta tak pick up pun. Bahaya betul. Lama-lama baru faham nak potong kena bajet tekan minyak slow2. Bagi aku leceh gila. Lagi best bawak kereta auto 4speed biasa macam di MYVI.

3. Bunyi gearbox CVT
Bunyi gearbox merupakan masalah awal yang diperkatakan sewaktu pelancaran model ini. Bagi aku memang tak dapat dinafikan. Memula aku fikir ok la kot, bunyi tera mana lah sangat. Kuatkan aja volume speaker dan setel. Tapi sebenarnya tak semudah tu. Lelama rasa annoying sebab bunyi gearbox sama naik dengan bunyi radio. 

Kesimpulan (update 18/10/2015 - selepas 5 bulan memandu)

Bagi aku kereta Proton Iriz merupakan kereta yang berbaloi untuk dimiliki. Cuma kalau kena masalah pemasangan yang kurang kemas macam aku, kena bersabar sikit la turun Pusat Servis. Alhamdulillah berkat kesabaran dan selepas aku suruh pomen sendiri bawak kereta aku sambil duduk ditepi dan point satu per satu bunyi, diaorang dah solvekan apa yang patut.

Bab features yang datang untuk premium specs ni, dari sehari ke sehari aku dapat rasa mudahnya kerja bila ada kemudahan ni terutama keyless entry dan reverse camera. Headunit aku kekadang tuh jadi hang@sangkut tapi selepas 5 bulan aku drive baru 3-4 kali jadi, so pejam mata dulu.

Dari segi kuasa enjin atau lebih spesifik gearbox, aku rasa menyesal tak angkat variasi manual seperti kebanyakan suggestion/review dari internet. Sebenarnya enjin 1.6 ni ada potensi, cuma tersangkut di gearbox. Kalau aku beli manual, kompom tiap bulan aku bayar installment dengan senyuman.

Bagi mereka yang ada plan nak angkat Proton Iriz, aku cadangkan angkat varian Manual. Kalau nak auto, cuba sabar kejap dengar kata Proton tengah nak tukar supplier gearbox baru. Apapun pandu uji lah sendiri dan alaminya. Lain orang lain toleransinya.

(update 17/9/2016 - selepas 1tahun 5 bulan memandu)

Seperti aku pernah sebut sebelum ni, kereta ni bini aku yang bawak aku kekadang ja bawak so kali ni aku nak tambah review sikit bab pendapat aku setelah memilikinya selama 1 tahun 6 bulan. Bunyi di dashboard muncul balik cuma yang hairan dia kekejap ada kekejap tiada. Time aku bawak servis terus hilang lepas servis kekadang muncul..maka disebabkan jarang2 muncul maka aku pon malas nak layan.

Lain-lain masih mantap. Bab gearbox CVT yang aku komen dulu aku rasa sejak aku ada anak kecik ni aku dah tak kisah dah bab ni. Sebab aku dah jarang merembat. Bawak pon slow2 ja. Haha. Maka bukan isu besar dah sekarang kecuali sekali sekala nak memotong ja aku rasa 'annoyed'. Bab bunyi gearbox kuat tuh aku rasa mungkin dah sebati dalam telinga aku. Tak rasa apa dah.

Baru-baru ni aku bawak kereta ni dari Perlis ke Kuala Lumpur. Kali ke -3 bawak kereta ni jalan jauh. Perjalanan rasa selesa dan baru aku sedar NVH kereta ni (tolak bunyi CVT) agak mantap. Kesimpulannya kereta PROTON yang terkini ni memang sedap bawak cuma sayang bab kualiti pemasangan PROTON tak tekankan. Tapi aku malas nak komen lebih sebab mungkin unit aku aja kot yang kena kes begini. Allahualam.

Jalan Jalan Cari Makan Perlis

Restoran Al Aqsa, Beseri

Thursday, June 11, 2015

Sejak kewujudan Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ), banyak perubahan dari segi demografi dapat aku perhatikan. Sebelum ni nak berjumpa rupa arab atau omputih pun hanya di sekitar Jeti Kuala Perlis (untuk ke Langkawi) namun sekarang dah ramai pun diantara mereka yang menjadi 'penduduk sementara' dimana ada yang sebagai pelajar ada yang sebagai pengajar.

Bila mula masuk warga arab, timur tengah dan sebagainya maka munculah beberapa Restoran Arab dan seangkatan bagi menampung selera makan mereka-mereka ini. Selain untuk mereka, restoran - restoran ini juga turut membolehkan orang Perlis sekali sekala mengubah selera tekak masing-masing yang asyik dengan nasi lemak, nasi ganja, mee goreng dan seangkatan.

Setahun dua lepas ada muncul satu restoran yang diusahakan orang Uzbek/Kazakh namun mungkin dek kurang sambutan dah pun ditutup. Sempat la aku merasa makan beberapa kali. Selepas itu muncul satu gerai Arab siap dengan shisha di medan selera berhadapan Stesen Bas Ekspress Kangar. Aku respek jugak kedai ni sebab boleh nampak dalam masa beberapa bulan menu makin bertambah dan dapur pun makin besar namun tak lama kemudian dengar kata kena 'rush' dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Baru tak baru aku ada perasan satu Restoran Arab bernama Al-Aqsa dibuka di Beseri. Banyak kali aku plan nak pergi namun setiap kali lalu mesti tutup dan lama kelamaan lupa macam tuh saja. Kelmarin nak jadi cerita entah macam mana aku teringat akan restoran ni dan terus mengajak Cik Dee kesana untuk proses menge-test.

Pada mulanya aku sangka kedai ini milik sepenuhnya orang Arab namun dari pemerhatian aku tengok dari rupa pelayan semua dah macam restoran Thai kecuali Chef atau sorang brader ni saja yang aku perasan orang Arab. So aku agak Chef ni berkahwin dengan orang Thai dan membuka perniagaan Restoran Makanan Arab ni.

Aku agak hairan kenapa dalam banyak - banyak lokasi Restoran ini dibuka disini ( Beseri) sedangkan ia
agak jauh dari tempat tumpuan pelajar warga Arab atau Timur Tengah.

Aku order Chicken Akdah
....didatangkan dengan Roti Nan
Mandy Chicken Rice


 Aku bukanlah pengkritik makanan yang hebat ditambah pulak masakan Arab jadi bagi lidah aku yang biasa-biasa ni. Jadi disini aku nak compare dengan pengalaman aku makan di restoran Arab 'pure' seperti Saba Cyberjaya atau Marakesh Kg. Baru aja lah. Dari segi rasa, agak kurang sedikit dari restoran-restoran arab 'pure' mungkin kerana kekangan mendapat bahan-bahan masakan tersebut namun rasa tuh ada.

 Selain tuh, setahu aku Chicken Akdah ni ayam dia carik-carik seperti rendang dan bukannya besar seperti nak taruk dalam Tom Yam. Hehe. Dan untuk ayam mandy tuh pulak agak kering mungkin kerana terlebih masak. Dari segi harga aku betul-betul lupa harga tepat kalau tak silap Chicken Mandy berharga RM10~12 manakalah Chicken Akdah RM8~RM10.

Overall, restoran ni bolehlah menjadi tempat mengubah citarasa lidah melayu atau sebagai melepas rindu kepada masakan Arab seperti di Ibu kota dan sebenarnya aku sendiri dah terliuar nak pekena Chiken akdah sedas lagi bila menaip post ni.

Lenggang, semoga restoran ini mampu bertahan


Flickr Images