Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 5

Saturday, May 09, 2015


Kalau diikutkan aku ada perancangan untuk melawat Istana Maimoon yang beberapa langkah dari Hotel * hotel laaa sangat* yang aku inap dan Rahmat Animal Wildlife namun kerana flight awal dan perlu berkejaran ke Airport, jadi terpaksa lupakan niat tersebut.

Untuk ke Airport, aku menaiki train. Pada mulanya aku bayang train airport ni macam train buruk biasa2 tuh rupanya macam ERL di Kelompo dan Airportnya pun baru setahun dibuka menggantikan Airport lama yang telah dijadikan pangkalan udara TNI-AU. Fasiliti train yang baik siap ada stewardess cun mengalah stewardess Airasia dan airport yang cantik membuatkan aku terasa seolah berada di KLIA versi mini. 

Kat indo makan memana pun sedap, tepi jalan sampai ke airport semua menjilat jari
Time di train station, aku nampak 2 orang perempuan yang bertudung gaya orang Malaysia, kebetulan mereka duduk belakang aku, aku dengan excited terus tanya asali mana, sekali tengok dari daerah Semarang. Minah indo rupanya. Baru aku tahu yang fesyen yuna tudung gulung2 bukan sekadar di Malaysia. Nasib baik aku sempat cover buat-buat tanya proses nak naik flight. Mesti aku nampak jakun dimata mereka.Haha. Waktu ni aku punya teringin nak sembang dalam bahasa Malaysia punya pasal. Walhal baru 3 hari diperantauan.

Terbang meninggalkan Medan terasa seperti meninggalkan kawasan gelap dalam movie thriller. Lega tak terkata. Aku tak tahu kenapa terasa nightmare ja berada di Medan but Grand Citra Hotel should be the blame. Men-yepoilkan mood aku but ini kan satu pengembaraan. Entah apa2 aku ni kan. 

Lega dapat berambus dari Medan
Dalam penerbangan aku duduk sebelah sorang brader indo yang lebih kurang sebaya. Dia orang Medan yang bekerja di Jakarta. Sepanjang perjalanan aku berborak borak dengan dia aja jadi 2 jam perjalanan tak terasa. Kebetulan minah Semarang yang aku tegur di stesen duduk disebelah brader tuh tapi dia diam aja.

Dari Airport Jakarta CGK aku mendapatkan bas DAMRI untuk ke Jakarta Central. Kota Jakarta dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Central, west, east etc. Memula cuak jugak aku sebab tak nak tuju mana. Aku nak ke Tomang tapi berdasarkan list stesen bas takda pun dan aku syak ia berada dalam laluan salah satu stesen tersenarai. Lepas tanya penjual tiket, dia pun suruh naik bas no sekian2. Aku dah lupa. Katanya sejam lagi nak gerak. Dalam menunggu tak sampai sejam tiba-tiba penjual tiket tuh panggil aku dan suruh aku naik satu bas ni katanya pun lalu Tomang.

Dalam bas aku dah suspen macam mana nak tahu tempat nak turun dan aku pun tak tahu system bas mereka samada boleh main tekan nak turun memana atau akan berhenti disetiap stesen ataupun hanya berhenti distesen tersedia kalau direquest. Macam-macam guessing main dalam pala otak last2 aku tanya minah di seat sebelah, senang. Minah tuh pun dengan baik hati panggil konduktor dan cakap aku nak berhenti di Stesen Sipli. Lega. Tapi aku still standy by on GPS google Map.

Di Jakarta aku akan menginap di B&B Tomang. Tempatnya strategik, hanya 4km dari MONAS, pusat kota Jakarta. Jarak stesen Sipli dengan tempat penginapan aku kira – kira 2km. Dekat ja tuh untuk jalan kaki kalau kira dengan mood berbackpacking ni. Walhal kalau kat Malaysia tobat tak sanggup. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke idak ini stesennya tapi aku tengok stesen ni yang paling dekat dalam GPS yang ter-ON tuh maka aku lompat keluar.Ok. Memula aku memang plan nak jalan kaki, tapi baru melangkah 15 tapak aku disapa pemandu ojek ( motosikal ) yang aku syak ada ilmu pukau. Ntah kenapa aku pun mendekatinya yang melepak di stesen ojek bersama temern-temern. Alasan malas nak jalan sebab cuaca panas banget. 

Merempit ke B&B Tomang
Entah kenapa terasa jauh pulak bila naik ojek ni sedangkan dalam GPS tadi tampak dekat. Mungkin brader ni nak cover sebab tadi memula dia cakap B&B Tomang ni jauh dan mintak rp25,000 tapi lepas aku tunjuk GPS tulis 2km saja air muka dia terus berubah. Zaman dah canggih mas. Jadi tambang turun jadi rp15,000.Yang aku panas dengan brader supir ni, dia tahu jalan takat masuk area taman aja (B&B TOmang terletak dalam kawasan kejiranan) tapi tak tahu jalan dalam taman tuh. Dah tak tahu, malu nak bertanya orang setempat pulak tuh. At last lepas aku desak suruh tanya orang baru dia pun berhenti. Tapi kuis aku suruh tanya. Pon boleh. Jumpa jugak lokasi tempat penginapan selepas melilau macam peragut.

B&B Tomang ni merupakan Homestay iaitu sebuah rumah yang disewakan ikut bilik. Tapi decoration rumah ni memang cantik dan bersih. Sedih aku bila ownernya inform yang aku sorang ja akan stay situ selama 2 malam ni sebab sekarang low season katanya. Padahal aku pilih tempat cenggini dengan harapan dapat buat kawan. Dah bosan duduk sesorang. Kang jadi moody macam di Medan pulok. Owner B&B ni tinggal dirumah sebelah yang berkembar dengan rumahnya tapi disambung dari laman belakang.

Jam dah pukul 5 WIB waktu aku check in. Walaupun takda benda sangat aku buat hari ni tapi letih serupa meredah sana sini. Sedar tak sedar aku terlelap diatas katil bilik yang empuk. Pukul 10 WIB aku terjaga. Terus segar bugar. Lapar pun lapar tapi nak keluar aku tengok gaya jalan nak masuk taman ni agak rumit. Macam dalam maze pun ada. Lagipun gate porch berkunci, kena tekan loceng suruh buka, jadi bertambah malas aku nak keluar. In the end aku melepak dalam bilik sambil research untuk aktiviti esok. 

Map tradisional amat berguna bila travel


Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 4

Saturday, May 09, 2015


Bila dapat duduk atas kerusi empuk Sempati Star, aku terus rasa nyaman, aman dan tenang. Empuk sungguh kerusi bas ni. Even lebih empuk dari katil Hotel 61 yang aku tinggal. Hati aku berbisik “ apa lagi yang aku nak, this should be a good night”. Nak melihat pemandangan luar pun gelap gelita, jadi aku pasang mp3 player dan menyandarkan badan cuba untuk tidur.

Ku sangka enak hingga ke malam, rupanya asap ditengah perjalanan. Keenakan aku tidur tiba-tiba terganggu dengan bau asap rokok. Seriously, brader seat belakang aku dengan slumber isap rokok dengan layannya. ( Aku baca dalam blog indo kemudian hari,rupanya merokok dalam bas aircond adalah perkara biasa disini). Aku waktu ni dah pening dan sakit hidung terpaksa menyedut asap berkepul. Bayangkan asap berkumpul dalam bas aircond yang tertutup. Redha aja.

Aku ingatkan tuh the worst case for the night, tak lama kemudian aku dapati bas mula melalui kawasan berbukit. Pernah tengok cerita InitialD atau try search video “touge” di Youtube, macam tuh la sebijik drebar bas ni bawak. Laju ya ampun. Aku waktu ni dah mula loya mana dengan bau asap rokok masih menusuk hidung. Muntah dah naik sampai pangkal leher. Sekarang aku dah paham kenapa diselitkan plastik kecil dalam poket depan seat. Aku tak risau sangat bab muntah, sebab dalam bas ada toilet. Tak lama kemudian terdengar bunyi orang muntah dari seat depan. Aku try bertahan selagi termampu.

Sedar tak sedar aku terlelap lebih kurang dua jam. Bangun dari kelelapan, rasa loya dah hilang. Bas dah tak lalu jalan berbukit tapi melalui jalan kecil seperti jalan-jalan kampung di Malaysia. Kelajuan? Aku dah terasa macam naik ERL waktu ni. Serius. Bersimpang siur bunyi pokok-pokok dan kenderaan dari arah bertentangan. Dalam melalui kampung, ada juga lalu pekan-pekan kecil. Yang aku hairan, pukul 3-4am pekan masih meriah dengan orang ramai. Warung dan kedai makan masih dipenuhi pelanggan dan yang paling pelik kedai Handphone pun masih banyak yang buka.

DAY 4

Lebih kurang pukul 7 pagi WIB, bas pun tiba di Terminal Bas Medan. Sepanjang perjalanan selepas aku bangun dari lelap aku dah tak tidur-tidur sebab risau melihat bas dipandu laju seolah sempat pula aku nak get ready kalau nak accident pun. Walaupun aku seram naik bas ni, tapi aku tetap berdoa agar lewat sampai kerana masa untuk check in hotel lambat lagi.

Sebenarnya terminal ni bukan terminal bus Bandar Medan tapi terminal bas milik syarikat Sempati. Ala-ala Terminal Sani Ekspress di Klang.

Oleh kerana masih ada 6 jam sebelum waktu check in, aku ambil keputusan untuk menapak aja ke hotel bagi membuang masa. Jarak hotel dari terminal adalah 8 KM. Kalau kat Malaysia kompom aku tak buat macam ni, tapi aku jadikan ini sebagai latihan untuk Viper Challenge nanti.

Orang Medan pun tak bangun tidur lagi

Pada mulanya aku ingat papan tanda bunga-bunga ni sebagai ucapan takziah tapi rupanya ucapan Tahniah kepada pengantin baru. Hampir sepanjang 1km terdapat papan tanda mengucapkan tahniah pada mempelai sehingga ke Hotel tempat upacara.


Berehat sebentar lepas 5km menapak, waktu ni pingggang aku dah mula sakit galas beg berat.

Pukul 1 pm aku pun dah berada di Hotel Garuda Citra Medan. Pada mulanya terdapat sedikit masalah kerana pihak hotel tak boleh mengesahkan tempahan aku kerana internet down namun akhirnya brader service desk ni benarkan aja aku check in.

Waktu ni aku dah memang letih dek kerana hanya tidur 2jam semalam, dah 24 jam tak baring betul-betul dan dengan menapak 8km mengusung backpack 12 kg. Masuk saja bilik, aku terus down. Sebagai backpacker aku tak kisah sangat bab tempat-tempat nak berlabuh ni, tapi hotel 2 bintang yang aku tinggal ni memang teruk. Tak patut dapat bintang. Segala macam usang. Bilik pun berbau perabot lama. Tahu kan bau perabot lama? Cadar bertompok dengan kesan apa aku pun tak tahu, aircond season dan shower pun barai. Mungkin dek kerana tak cukup tidur, aku rasa down dengan suasana begini. Kalau diikutkan hati aku nak terus check out, tapi memandangkan aku dah betul-betul penat, jadi baring dan lelap dulu. Aku tidur berlapikkan towel.

Bau hapak perabot lama menusuk kalbu

Bangun dari tidur aku terasa ok sikit walaupun hanya dapat memejamkan mata selama 2 jam. Lepas bangun aku terus bersiap dan keluar untuk makan. Hujan renyai membasahi bumi medan. Jadi aku mengambil becak untuk ke Sun Plaza, mall terbesar di Medan.

Sebenarnya aku pilih mall besar kerana selepas 4 hari travel sendirian, kesunyian mula terasa. Tapi menyesal juga pilih mall ni sebab orang ramai banget. Restoran dan café semua dipenuhi pelanggan. Kalau ada meja kosong pun, kena duduk rapat dengan meja sebelah. Pusing dan pusing, aku terjumpa hanya satu restoran yang tak ramai orang iaitu Ayam Penyet Ria. Alaa.. Ayam Penyet Ria yang bersepah di KL tuh.



Lepas makan, aku try cari café untuk melepak minum sambil nak research perjalanan aku lepas ni. Oleh kerana tak surut-surut juga pengungung di café-café dalam mall ni, aku ambil keputusan untuk menapak ke mall berdekatan.

Aku lepak di Coffee Bean pekena ice blended RM 22. Erk. AKu rasa macam kat Malaysia tak semahal ni. But apa yang aku rasa kelakornya, dek kerana nak berjimat ambil hotel murah, aku terpaksa melabur separuh dari harga bilik untuk melepak di Café sebab tak tahan nak duduk bilik.

Untuk halatuju selepas ni, aku ambil keputusan untuk skip Bukit Tinggi kerana untuk kesana dari Medan, aku perlu menaiki bas dengan melalui laluan berbukit yang memakan masa selama 22 jam. Ouch! Aku dah serik nak naik bas waktu ni. Kalau nak naik flight ke sana, kos pula meningkat dan macam tak berbaloi bila baca yang Bukit Tinggi ni ala-ala Cameron aja. Takkan aku nak menung tengok view sorang-sorang disana kan. Dan oleh kerana time ni aku dah betul-betul rasa “benci” dengan kota Medan, maka aku terus beli tiket flight ke Jakarta keesokan pagi. Sebenarnya bukan MEDAN tak best, tapi mungkin dek kerana letih, tak cukup tidur,frust dengan hotel, rindu bini, rasa sunyi dan ditambah cuaca medan yang suram (kerja hujan/mendung memanjang), maka aku ter-“period” sorang-sorang kat sini…haha.

Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 3

Saturday, May 09, 2015

Jam dah menunjukkan pukul 8 WIB waktu aku tersedar. Jadi rasa malas pula nak keluar breakfast diluar. Bagi aku breakfast yang feeling adalah makan sewaktu oang lain bertebaran keluar kerja atau mencari makanan macam aku. Akhirnya aku breakfast percuma yang hotel sediakan. Breakfast yang disediakan oleh pihak Hotel memadai lah. Yang penting ada kopi atau teh panas dah cukup bagi aku.

Plan pada hari ini adalah hanya nak melawat Muzium Tsunami. Kalau diikutkan ada lagi tempat yang dikatakan wisata, tapi bagi aku setakat taman atau rumah lama macam tuh tak rasa rajin la nak pergi. Cuma agak teruja bila dapat tahu ada taman bernama Taman Putroe Phang yang dinamakan sempena permaisuri Sultan Aceh yang berasal dari Kesultanan Pahang.

Oleh kerana aku perlu check out pada pukul 12 WIB, maka lebih afdal aku sambung guling atas katil sebab selepas dah check out, aku ada 9 jam tanpa tempat berteduh sementara menanti bas ke Medan. Padahal hanya Muzium Tsunami yang aku nak pergi dalam jangka masa tuh.

Pukul 12 WIB aku pun check out. Nasib baik backpack aku yang 7kg tuh boleh ditinggalkan di lobi hotel. Jadi aku pun keluar lenggang. Nasib tak baik, kat luar hujan. Kalau ikutkan dekat aja Muzium tuh, disebabkan tiada pilihan, aku terpaksa naik becak dengan tambang rp20,000. Waktu ni aku masih tak tahu rate sebenar. Maka naik saja.

Muzium Tsunami yang dibina hasil sumbangan masyarakat Antarabangsa
Agak terkejut bila dapat tahu dari petugas kaunter yang masuk adalah percuma. Aku siap tanya sekali lagi betul kah percuma sampai staff disitu cakap ” iya.. kok kamu suka yang percuma atau bayar ?” dengan nada jenaka. Beg tidak dibenarkan masuk, tetapi disediakan bilik penyimpanan beg dimana kadar bayaran adalah seikhlas hati. Serius aku tak tahu nak cakap betapa mereka tak mendesak bab duit dari pelancong. Yang mendesak adalah penjual cenderamata diluar perkarangan muzium. Tapi ngak papa, hanya bagi isyarat tak nak mereka takkan ganggu.

Masuk – masuk dah terdengar layunan ayat-ayat suci Al-Quran sewaktu melalui lorong gelap enterance dimana pada bahagian dinding terdapat air mengalir turun.Syahdu. Baru 20minit aku mutar di ruang pameran yang paling awal, pengumuman pun dibuat yang muzium akan ditutup selama 2jam sebagai menghormati solat Zuhur. Adeh.


Nasib baik cafe tak tutup, dapat lah jugak melepak makan minum sambil baca buku tentang Indonesia yang aku beli di MPH


Melepak pula dikolam sambil rakam video underwater guna kamera SJ4000. Waktu ni dapat kawan baru, saudara Aidil yang datang tegur aku tanya2 pasal kamera SJ ni.


Selepas muzium dibuka, aku pun cepat- cepat explore. Takut kang masuk waktu Asar tutup pula sekali lagi. ( yang ni aku tak pasti).

Gambaran Tsunami


Gambaran kesan tsunami di Masjid Baiturrahman



Gambaran keadaan diatas kapal Apung atas bumbung


Komposisi bahan pameran di Muzium Tsunami lebih kurang gini kayaknya, 50 % terdiri dari foto-foto bencana, 25% adalah barang asli kesan tsunami manakala lagi 25% adalah objek berunsur interaktif. Objek berumsur interaktifnya memang nampak menarik namun sayangnya tidak diselenggara dengan baik jadi banyak yang sepatutnya interaktif menjadi statik. Rosak gitu. Bagi aku mereka sepatutnya charge sedikit harga tiket yang boleh digunakan bagi tujuan maintenance.

Oleh kerana cuaca pun dah tak hujan, aku menapak sahaja ke Masjid Baiturrahman untuk solat sebelum meronda di Pasar Atjeh yang terletak bersebelahan masjid. Sewaktu aku solat, aku perasan yang ada seorang remaja lelaki ni solat berdekatan aku. Yang mana agak pelik sebab dalam masjid yang luas dan besar tuh dekat-dekat aku jugak dia nak solat. Selesai bagi salam, dia pun bagi salam sebelum bangun mendekati aku sebelum meminta sedikit uang nak makan bla… bla... Patut la. Apa yang aku nampak di Aceh ni tak ramai pengemis yang berkeliaran, boleh dikira dengan jari. Yang ramai pun ketika sembahyang Jumaat. Tapi mereka tak ganggu orang. Jadi tak la rasa rimas macam di Cambodia sana nuh.

Pasar Atjeh
Yang aku perasan banyak jual kain tudung, baju kurung, telekung etc. Memang port makcik-makcik shopping. Nasib baik gue tak bawak orang pompuan.





Lepas ke Pasar Atjeh aku dah tak tahu nak kemana, jadi terus ke hotel ambil backpack aku dan melepak di King O Donut sambil menanti nak ke Terminal Penumpang Banda Aceh. Bas aku malam ni pukul 9.30 WIB. Sekarang baru pukul 7.00 WIB.



Di kota Aceh setiap kawasan parking kenderaan dijaga lelaki memakai vest seperti brader ni.


Pukul 7.30 WIB aku yang dah letih dan bosan menganga di King O Donut pun mendapatkan becak untuk ke Terminal Penumpang Aceh.


Cuak juga memula tuh sebab GPS tunjuk arah lain tapi drebar becak bawak arah berlawanan. Banyak kali aku tanya supir dan abang supir pun dah penin mana sebenarnya aku nak pergi. Atlast aku cakap bawak aja ke stesen bas yang boleh ke Medan. Rupanya dia pusing jalan jauh sikit tak lalu jalan dalam kota. Mungkin nak elak trafik.
Sebenarnya dari hasil bacaan aku, aku bayangkan yang terminal bas Aceh ni baru dan moden. Rupanya macam stesen bas Shahab Perdana selepas dibadai Tsunami. Serius. Aku difahamkan banggunan tuh dah lama tapi rupanya macam banggunan tak siap. Gerun tengok. Dah la aku sampai waktu Maghrib. Nyamuk pun tengah sedap hurung aku yang menenggek tepi Musollah. Waktu ni aku dah memang letih dengan badan rasa tak selesa sebab peluh menapak siang tadi. Tak sabar nak naik bas dan tidur.

Disebabkan banyak lagi masa selepas selesai jamak, maka aku pun ke toilet untuk mandi-mandi ayam. Rasa tak sanggup aku nak tidur masam-masam gini. Agak pelik penjaga toilet sebab aku bayar dulu sebelum masuk tanda aka kamar kecil. Orang lain masuk dulu baru bayar. Masuk aja toiletnya, aku macam nak lari keluar dan samak.

Aku ni bukan jenis orang yang hygiene sangat. Kiranya takat jumpa “bendaasing” dalam makanan aku boleh jek keluarkan dan sambung makan. Even anak lipas sekalipun. Lagipun kecik-kecik dulu, dah jadi tugas aku kutip tahi fresh adik kecil aku yang tak reti berak dimangkuk jamban dan terpaksa berak dilantai. Jadi aku ni dilahirkan boleh tolerate kotor2 ni. Tapi tidak dengan tandas Aceh.

Bayangkan dengan lantia basah, dinding berlumut, berdaki dan segala bagai, siling penuh sawang dan segala macam. Kebetulan aku masuk toilet ada kolah mandi, dalam kolah jangan cakap. Sehinggakan tempat paling bersih untuk aku letak backpak adalah atas tong sampah yang penuh sampah. So disini aku nobatkan tandas stesen bas Aceh sebagai tandas ke 2 paling jijik aku pernah masuk. Tempat pertama masih pada tandas stesen bas Padang Besar Thai. Dek kerana nak segar punya pasal, aku mandi jugak laju guna air paip. Berus gigi kumur air mineral.

Bahagian terminal yang paling selesa
Sewaktu menanti bas Sempati Star aku jalan, aku sempat berborak dengan staff syarikat Sempati yang kebetulan pernah bekerja sebagai buruh di KL. Bukan main brader tuh cakap KL dengan aku. Dengan nada Eeee…Eeee… Tapi paham la bila lidah indon nak buat cakap KL. Yang member sorang lagi pun buat mengajuk. Haha. Gamaknya gitu la kot orang Indon dengar bila aku buat-buat cakap Indo.

Bas sini besar-besar macam double decker tapi hanya setingkat. Aku ada terbaca yang orang Aceh memilih sikit bab bas. Jadi kalau servis tak baik memang tak boleh survive sesuatu kompeni tuh.

Bas Aceh merupakan bas terbaik aku pernah naik. Dengan dalaman yang luas, dapat selimut, dapat mineral, dapat roti. Dah macam seat business class Boeing. Bagasi yang diletakkan dibawah bas ditagkan sama macam time check in bagasi kapalterbang. Selain tuh ada toilet. Tapi nasib la sapa yang dapat kerusi sebelah toilet.



Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 2

Saturday, May 09, 2015

Memandangkan hari ini hari jumaat, maka tak banyak masa untuk aku berjalan sebelum sembahyang jumaat. Plannya nak ke muzium Tsunami tetapi khabarnya tutup hari Jumaat (baca sampai akhir). Kalau diikutkan penginapan di Hotel 61 turut berserta sarapan percuma, namun paham2 la hotel 2bintang, apa la sangat yang dijamunya pun. Jadi aku menapak menyusuri lorong-lorong dikawasan seberang hotel.

Jam menunjukkan sudah pukul 6am waktu Indonesia barat (WIB) atau 7pm waktu Malaysia namun jalanraya masih lengang. Dalam meredah lorong-lorong, aku ternampak dihujung satu lorong ni kelihatan agak meriah. Jadi aku menuju kesana. Ada beberapa gerai dah dibuka namun aku pilih gerai sebuah ni sebab ramai orang. So aku assume sedap gamaknya. Ternyata pilihan aku tepat. 

Sarapan Nasi Gurih. Nasi lemak tapi rasa nasi dia lain. Sedap baq hang.. { KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Sudah makan aku menapak meronda kawasan sekitar …… 

Kalau kat rumah tak rajin pun nak ke pasar tapi bila mood travel semua benda nampak menarik. Haha. Pasar pagi berhadapan kedai aku bf.{ KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Salah satu matapencarian penduduk Acheh. { KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Jalan masih lengang
Boleh tahan jauh aku menapak sehingga sampai ke blang padang. Blang padang ni kiranya tempat reakrasi disini. 

Mural disalah satu tembok di Blang Padang. { KLIK PADA GAMBAR UTK LOKASI}
Arca tsunami
Replika kapal terbang yang dibeli kerajaan Indonesia hasil kutipan dana oleh penduduk Acheh sewaktu perjuangan peperangan menuntut kemerdekaan dari Belanda

Disekeliling trek joging di Blang Padang terdapat tugu-tugu mewakili negara yang menyumbang untuk pembanggunan semula Acheh pasca Tsunami. Bangga baq hang.
Aku menapak awal sejam ke masjid bagi mengelak dari terpaksa bersesak. Lagipun duduk bilik pun rasa sesak jugak. Maklum lah tiada tingkap. Ternyata bila aku sampai dah ramai orang melepak diluar masjid menanti masuk waktu.

Bukan aku tak percaya pada orang Aceh, tapi takut pulak nak tinggal kasut kat luar jadi aku simpan dlm beg dan bawak masuk.

Khutbah sembahyang Jumaat di Masjid Baiturahman singkat banget. Dalam 15-20minit dah ready nak solat. Sekadar baca beberapa hadis dan sedikit penerangan dan masuk khutbah part kedua imam terus baca doa beramai2. Bagus jugak buat begini. Takda la mengantuk kes khutbah panjang macam kat Malaysia. 

Suasana dalam masjid selepas waktu solat Jumaat
Lepas solat aku menapak untuk lunch di restoran depan roundbout simpang lima. Aku dah lupa apa nama kedai, tapi atas kedai ada hotel. Tak jumpa lagi ayam tangkap makanan icon di Aceh ni. Tapi nasi lauk pauk Aceh biasa2 ni pun dah sedap belaka.

Plan pada sebelah petang nak melawat masjid Rahmatullah, Kapal Apung Lampulo dan kapal PLTD apung. Untuk kesana tak susah kerana sebelah Hotel61 ada port becak yang sentiasa bersidai disitu. Kadar tambang aku tak tahu tapi kelmarin teksi toyota Avanza yang aku naik quotekan Rp400,000 untuk sewa sehari. Jadi dalam situasi begini aku estimate aja menggunakan IKDK iaitu Indeks Kesanggupan DiriKu iaitu berapa agaknya aku sanggup dibayar untuk tujuan itu. Haha. Aku letak limit pada rp200,000.

Brader-brader drebar becak ni tiap kali aku keluar selalu menggamit offer naik becak tapi tiap kali aku senyum ajalah sebab aku banyak menapak. Jadi kali ni lah rezeki diaorang. Kalau ikutkan memula aku ada terfikir nak sewa motor aja dari Aceh Adventure. Tapi lepas difikirkan hanya 3 tempat ni ajapun aku nak pergi yang kalau naik becak dalam 3 jam dan boleh setel jadi aku guna khidmat becak aja. Memula bila aku cakap nak ke Masjid Rahmatullah diaorang cakap jauh. Padahal aku dah research dalam 15-20 minit aja dari town. Selebihnya bot atas bumbung dan kapal PLTD yang tersadai tuh dekat area2 kota ni aja. Aku suspek saja ja diaorang nak up tambang. Memula supir ni offer rp200,000, lega jugak sebab tak lari banyak dari apa yang aku sanggup bayar tapi lepas nego dapat lah rp180,000.

Layan naik becak ni, berangin sampai buat aku nak terlelap.
Kira – kira 20 minit perjalanan kami pun tiba di Masjid Rahmatullah yang terletak di Pantai Lampu’uk. Kawasan masjid ni agak pinggir sebab aku tak perasan sangat penempatan disekitar sini. Namun terdapat sebuah resort beserta padang golf sedang dalam pembinaan berdekatan Pantai lampu’uk. Aku juga lalu depan Joe Bungalow, tempat penginapan yang agak top bagi pengunjung yang inginkaan kedamaian. 

Sekali lagi rasa macam tak percaya Masjid Rahmatullah yang salah satu menjadi tanda kekuasaan Maha Pencipta sewaktu peristiwa tsunami sekarang berada depan mata. Tiada tanda-tanda ada pelancong lain.
Suatu ketika


Pada mulanya aku bayangkan masjid ni terus terbiar untuk dijadikan wisata selepas peristiwa tsunami namun rupanya telah dibaik pulih sepenuhnya hasil sumbangan kerajaan Turki.
Hanya satu sudut masjid dibiarkan dalam keadaan asal selepas bencana tsunami untuk memberi gambaran kepada pengunjung.
Sewaktu on the way ke masjid Rahmatullah tadi, abang supir ni ada mention tentang satu lagi masjid yang turut menjadi icon kerana satu-satunya banggunan yang kukuh berdiri ketika banggunan disekitarnya ranap dibadai tsunami. Jadi tanpa banyak bicara aku request untuk kesana sekali. Masjid tersebut adalah masjid Baiturrahim yang terletak di Ulee Lheue. 


Pada 1873 ketika Masjid Raya Baiturrahman dibakar Belanda, semua jamaah masjid terpaksa melakukan salat Jumaat di Ulee Lheue. Dan sejak saat itu namanya menjadi Masjid Baiturrahim. Walaupun menjadi icon, tiada lagi kesan tsunami kerana masjid ini telah dibaik pulih sepenuhnya. Terdapat sudut pameran bergambar dibelakang masjid sekadar menunjukkan gambar kesan tsunami dikawasan ulee Lheue.



Selain terkenal dengan Masjid Baiturrahim, Ulee Lheue turut menjadi tumpuan kerana terdapat jeti yang digunakan pelancong untuk ke Pulau Sabang, pulau/wilayah paling utara di Indonesia. Selain tuh, kawasan ni meriah dipetang hari untuk pekena jagung bakar atau makanan laut sambil layan pemandangan laut yang terbentang. Kalau sewa motor sedap lah nak lepak sini petang-petang. Kami kemudian pulang menuju ke kota untuk destinasi seterusnya, kapal PLTD apung.

PLTD Apung 1 adalah kapal generator listrik milik PLN di Banda Aceh, Indonesia, yang saat ini dijadikan tempat wisata. Kapal ebrbobot 2.600 ton ini sebelumnya berada di laut dan terseret 2 sampai 3 km ke daratan akibat gempa bumi dan tsunami Samudra Hindia 2004. Kapal ini menabrak dua rumah ketika mendarat dan menewaskan semua orang di dalamnya. Para pengunjung bisa naik ke atas kapal.- Wikipedia



Untuk sampai ke PLTD Apung ni perlu lalu kawasan penempatan penduduk yang kalau tak tahu jalan sukar juga nak jumpa. Tapi dah dekat-dekat area kota. Malangnya ( macam tak kena ja ayat malang..huhu) ketika aku sampai azan Asar pun berkumandang dan penjaga gate wisata tidak membenarkan aku masuk sebab ia akan ditutup bagi menghormati waktu asar. Namun aku cakap nak ambil gambar laju2. Jadi dia pun lepaskan aku masuk. Tak lama lepas tuh pengumuman pun dibuat agar pengunjung keluar dan boleh masuk semula nanti. Jadi tak sempat aku nak naik explore dalam badan kapal ni. Tiada bayaran masuk dikenakan. Sekadar diletak kotak tabung untuk derma ikhlas dari pengunjung.

Kami pun bergerak ke lokasi seterusnya sebab malas nak menunggu. Lokasi seterusnya dan yang terakhir adalah Kapal Apung Lampulo yang terletak 10 minit dari lokasi Kapal PLTD.

Ketika tsunami menerjang, kapal Lampulo ini sempat menyelamatkan warga setempat dari keganasan tsunami. Kala itu kapal Lampulo terlihat terombang-ambing akibat tsunami. Kemudian warga berinisiatif segera masuk ke dalam kapal tersebut untuk mendapatkan perlindungan, kala tsunami menerjang. Setelah genangan air surut, mereka baru menyadari kalau kapal yang ditumpangi berada di atas atap rumah. Rumah tersebut ternyata milik salah satu penumpang kapal tersebut. Sehingga hingga kini keberadaan kapal tersebut tetap dipertahankan. Karena merasa kapal tersebut telah berjasa menyelamatkan keluarganya termasuk sejumlah warga lainnya.-http://www.yukpegi.com/



Proses renovasi untuk membaiki badan kapal yang telah reput.



Ketika sampai di tapak wisata, tidak kelihatan pengunjung lain melainkan beberapa orang tante yang tengah melepak dikawasan tersebut. Mungkin pemilik tapak barang kali. Lagipun tapak wisata ni betul-betul diarea penempatan penduduk. Tiada bayaran dikenakan, sama seperti di Kapal PLTD Apung tadi, hanya disediakan tabung untuk derma ikhlas dari pengunjung. Bagus orang Acheh ni.

Alang – alang dah ada supir, aku suruh sekali abang supir ni bawa aku ke ajen tiket bus untuk membeli tiket ke Medan esok. Terdapat banyak pilihan bas untuk ke Medan namun dari sumber bacaan ramai yang suggest naik bus Sempati Star yang turut dikatakan paling grand antara semua. By the way, stesen bus Acheh terletak agak jauh dari kota iaitu kira-kira 12 km dari sini tapi jangan risau kerana terdapat agen jualan tiket bas dikawasan kota. Untuk bas Sempati, tiket boleh didapati di Jl. M. Jam Ujung ( no tel : 0651 25616).

Sewaktu melalui kota, kebetulan becak melalui Muzium Tsunami. Tak sangka rupanya muzium beroperasi pada hai Jumaat. Hampeh betul laman web yang cakap tutup tuh. Kalau tahu aku dah sampai pagi tadi. Apapun aku plan nak pergi esok pagi saja.

Walaupun aku hanya sekadar penumpang dan bukan pemandu becak, tapi letihnya bukan main. Mungkin kerana tubuh badan aku sama-sama menyerap hentakan ketika tunggngan bersama absorber kot. Atlast bila sampai hotel aku bagi aja brader tuh rp200,000. Lebih kurang rm5 extra dari harga asal. Alah, tak kaya pun aku kalau takat simpan rm5 tuh. Lagipun brader ni bagus jugak sebab banyak bersembang dengan aku sepanjang perjalanan. Masuk bilik aku solat dan terus baring kepenatan.

Selepas Isyak, aku langsung keluar hotel untuk dinner. Agak kelakar bila fikir aku terpaksa redah meja makan pengunjung A&W untuk keluar hotel. Aku pun redah dengan macho sekali keluar dari hotel dengan niat nak makan kebab berdektan yang aku nampak semalama tanpa sedar hujan lebat diluar sana. Nak cover macho, malu pulak nak masuk balik berteduh, jadi aku pun terus berlari ke kanan dengan machonya sebelum sedar tak semua banggunan dideret ni yang berbumbung. Nak cover macho lagi aku berlari dan terus berlari ke bumbung terdekat iaitu sebuah kedai runcit kaki lima. Aku berhenti betul-betul rapat kaunter kedai runcit sebab bumbungnya yang kecik, terus buat2 cover beli mineral padahal sebenarnya berhenti nak atur langkah. Jauh lagi nak jumpa bumbung seterusnya. Nak macho lagi aku terus berlari ke warung bersebelahan pula dan terus berlabuh disitu. Aku ingat warung ni jual soto/bakso rupanya hanya menjual nasi beserta lauk. Duduk dah duduk, aku pun pasrah aja menanti orang amik order. Selepas 10 minit brader warung buat tak kisah tak ambil order padahal ada 6 meja aja pun, aku pun malas lagi nak cover macho terus ke kedai donut bersebelahan yang ternyata lebih awesome.


Larian ku semacho brader dalam gambar.



King O Donut, berkonsep seperti Dunkin Donut tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.

Flickr Images