Analisis saya

Cara aku membeli barang

Wednesday, November 05, 2014

Duduk tak duduk terasa pulak aku nak dedahkan sedikit sisi diri aku ni. Ya lah, mana boleh cerita semua kan. Lainlah kalau makan tidur sebantal dengan aku maka boleh la nampak bersisi sisi. Pada aku, untuk soal pembelian sesuatu barang contohnya seperti gajet, barang elektrik, supplement gym dan yang penting bertambah mahal harga barang maka akan bertambah cerewet lah lagi aku dari segi pemilihan.

First, kalau barang tuh diberi secara online, aku akan pastikan dulu ke"reliable"an sesuatu laman web tuh. Atau kalau dalam forum pula aku akan baca dulu reviews orang yang pernah beli. Untuk memastikan reviews pembeli itu pula geniune, aku akan check dulu samada account user pembeli tuh memang genuine atau newly registered member. Bukan apa, aku dok nampak gak sesetengah penjual di forum ni jenis create new account untuk berlakon jadi pembeli yang berpuas hati. Tak guna kalau harga murah tapi berisiko. Maklumlah zaman sekarang banyak penipuan berlaku dalam jual beli atas talian ni.

Selesai bab penjual, aku akan cari pulak bab reviews barang tersebut. Zaman sekarang banyak sangat jenama dan model. Kekadang pening nak pilih mana satu. Rules no 1 aku selalu guna, lagi mahal sesuatu produk, kebarangkalian ia lebih baik adalah tinggi tapi tak semua. Sesetengah produk tuh mahal kes jenama aja. Jadi kena pandai-pandai pilih.

Bab jenama, aku tak choosy sangat cuma bila pakai produk berjenama selalunya kualiti terjamin namun macam aku cakap tadi, selalunya mahal kes nak cover balik kos iklan mereka selama ni.  Zaman sekarang brand Made In China pun dah makin "UP" bersaing dengan jenama global yang lain. Sesetengah dari mereka kalau tak setanding pun, hampir setanding dengan jenama terkenal dengan separuh harga produk. Baru-baru ni aku ada beli TV LED made in Chine jenama HISENSE. Sumpah tak pernah dengar brand ni sebelum ni. Tapi aku google habis sampai ke gambar kilang aku cari. Haha. So dari tengok gaya kilang yang canggih tuh, aku berani gamble beli produk buatan China ni. Hasilnya memang berbaloi untuk setiap sen. 

Lepas ni mahal dah kot nak cover kos iklan
Selain dari jenama, bab paling penting yang aku ambil berat adalah spesifikasi sesuatu produk. Aku akan research dulu apa itu dual core, apa itu android, apa itu kelebihan sesuatu jenis tuh dan segalannya lah. Aku ni bukan jenis tahu sangat tetambah barangan elektronik yang cepat berubah. Jadi sebelum beli sesuatu barang aku akan pastikan aku faham dulu tentang jenis produk dah pilihan yang ada dipasaran. Maka tak perlu aku telan bulat-bulat apa yang dicerita salesman. Aku ni kalau salesman cakap memang tak percaya sangat. Dah nama pun salesmankan. Tetambah kalau yang jenis dapat komisen dari hasil jualan.

Waktu membeli tuh lah aku selalu akan buat-buat tanya salesman perkara sekian-sekian yang padahal aku dah tahu. Saja sekadar nak tengok kejujuran atau tahap pemahaman salesman itu sendiri. Aku paling tak suka berdepan salesman tanpa aku faham tentang sesuatu produk dan terpaksa mendengar penerangan seperti dengar tazkirah dalam bahasa Jawa. Mungkin aku ni ada masalah nak percaya orang jugak barangkali. haha.

Apapun aku bercerita sekadar perkongsian cara aku berbelanja. Nak kata semua pilihan pembelian aku berbaloi tak juga. Ada juga kekadang terlepas pandang. Cuma atleast aku membeli sesuatu tuh atas pilihan sendiri bukan suggestion salesman. 

P/s : Sesetengah orang kalau nak beli kereta contohnya, kalau nak pilih antara Proton Saga atau Perodua Myvi, jangan lah pulak pergi tanya salesman Perodua " Saga dengan Myvi mana lagi ok yee ~ "





Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 1

Tuesday, November 04, 2014

Bermula dari sesaja gatal tangan beli tiket sewaktu promosi AirAsia 5 bulan lepas, tak sangka pejam celik akhirnya aku dah dalam perjalanan ke Banda Acheh, Indonesia.

Perancangan pada mulanya adalah untuk ke Jakarta-Bandung-Yogjakarta bersama Cik Dee, namun selepas difikir-fikir, aku rasa baik aku khatamkan sekali Sumatera yang bermaksud aku jelajah 60 % dari negara besar Indonesia.Jadi plan pun diatur dan aku akan kesana awal seminggu travel secara Solo ke Aceh - Medan - Bukit Tinggi - Palembang sebelum bertemu dengan Cik Dee seminggu kemudian untuk perjalanan Jakarta-Bandung-Acheh.

Perancangan Asal
 Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. Last minute Cik Dee dapat bertukar ke Perlis dan tak dapat bercuti kerana perlu belajar dari orang yang akan pencen dalam masa sebulan. Memandangkan dipihak aku, perancangan telah diatur secara rapi dan aku pun dah bukan main menabung selama 4 bulan ni, jadi mahu tak mahu, aku redaaahhhh saja Indonesia secara solo.

DAY 1 : Banda Aceh

Perjalanan flight dari KLIA2 ke Sultan Iskandar Muda International Airport, Banda Aceh memakan masa selama 1 jam 30 minit . Dalam flight ni boleh dikatakan 80% penumpang warga Indonesia dimana selebihnya adalah orang Malaysia dan dua tiga orang mat salleh.

Dalam keadaan percaya tak percaya dah nak gerak ke seberang
Kebetulan aku dapat duduk sebelah awek tak berapa awek yang berasal dari Aceh ni jadi dalam perjalanan sempat berborak seketika tanya-tanya perihal macam mana nak ke town dari airport dan ke tempat tourist attraction atau dalam bahasa Indonesianya dipanggil Wisata. Mereka ni cikgu yang ke Malaysia atas urusan di UPSI. Siap bagi no telefon lagi suruh call kalau apa-apa. Aku cakap kalau aku sesat atau kena culik ja aku call. Hehe..

Baru sampai Airport pun sudah ternampak ke"Islamik"an orang Aceh. Terminal dah rupa Masjid
Sewaktu mengisi arrival form ketika tiba di airport, seorang pak cik Melayu dalam lingkungan 50-an ni datang bertanya pada aku cara nak mengisi form sebelum meminta bantuan aku untuk tolong isikan. Aku pun iyakan saja. Dalam tengah mengisi tuh sempat juga aku bersembang sedikit sebanyak lagipun aku perlu tahu info dia untuk isi dalam borang nih.Tanya punya tanya rupanya dia pun datang dari Perlis. Datang ke Aceh sebab nak tambah "cawangan". Macam2. Lagi nak cover-cover memula tadi cakap nak jumpa kawan. Haha.

Aku ada request untuk airport pickup dari hotel yang akan aku duduki iaitu Hotel 61 namun senyap sunyi. Mungkin salah aku jugak tak follow up. Akhirnya aku naik taxi aja ke bandar atau orang sini panggil kota.

Pada mulanya driver taxi ni minta Rp95,000 namun lepas nego dapatlah Rp80,000. Driver taxi ni tak lah ramah sangat. Dah la tak ramah, lagi tak nak bukak radio maka bertambahlah ke'awkward'an situasinya. Akhirnya aku jugak lah yang nak kena buka bicara. Banyak lah yang aku tanya. Ada sekali tuh aku tanya betul ka kat Aceh ni tak boleh pakai seluar pendek tak tutup aurat ( aku saja ja tanya padahal aku pun tak pakai seluar pendek). Terus dia tanya " kamu Muslim kan ? " Aku pun " Ya" . Lantas dia berkata " jadi pakei aja yang menutup aurat ". Marah gaya. Haha. Ini menunjukkan betapa Islamiknya mereka.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit sebelum tiba di Hotel 61 yang terletak lebih kurang 1km aja dari Masjid Baiturrahman ( Masjid ni merupakan center kota ).

Bilik yang ok untuk traveler solo ataupun mereka yang sekadar nak buat tidur
Selepas berehat dan solat, aku pun menapak 1km menuju ke Masjid Baiturrahman. Saja nak tengok masjid dan kawasan sekitar. Macam tak percaya pun ada bila Masjid Baiturrahman yang merupakan salah satu simbol kota Aceh ini akhirnya berada didepan mata. Suasana diperkarangan masjid sungguh meriah ( gambar dibawah diambil sewaktu kunjungan keesokan pagi ) dengan orang ramai bersantai bersama keluarga. Siap ada photographer menawarkan perkhidmatan gambar segera disini bagi mereka yang nak bergambar dengan latar belakang masjid.

Reka bentuk yang unik. 2 kali tengok macam Masjid Zahir Alor Setar pun ada.
Kolam besar depan masjid. Dalam ni ada ikan kap yang jinak-jinak
Dipokok sebelah kanan tuh terdapat tugu batu yang menandakan tempat tewasnya seorang pegawai Belanda sewaktu kebangkitan menentang penjajahan Belanda.
Menara Masjid yang tak bersambung dengan Masjid.

Upin Ipin Albino, Only In Aceh
Misi seterusnya adalah untuk mencari simcard local. Kebetulan berdekatan masjid terdapat sebuah kedai telefon yang juga merupakan sesebuahnya kedai telefon dikawasan tersebut. Berdasarkan pertanyaan pada supir taxi dan Cikgu Mala tadi, mereka suggestkan aku untuk guna simcard TELKOMSEL namun member aku dan beberapa sumber komen di Internet mengatakan simcard XL bagus. Akhirnya aku lebih percaya suggestion internet berbanding cakap orang local. Haha. Aku pun pilih XL yang rupa-rupanya dibawah payung AXIATA group sekali CELCOM.

Pada mulanya suspen jugak sebab simcard dah diaktifkan tapi line tak muncul-muncul. Budak kedai telefon tuh dah panik sebelum panggil tauke kedai untuk tengok. Tauke kedai belek-belek pun tak jalan. Line tak nak muncul. Aku pulak ambil turn periksa. Ntah macam mana lepas saja aku pegang beberapa saat line XL pun muncul. Yang tauke tuh dah kagum macam aku terror padahal aku rasa lepas register kena tunggu 5-10 minit baru line diaktifkan.

Selepas setel bab simcard, aku pun mula misi seterus mencari kedai makan memandangkan dah lewat petang. Last makan di KLIA2 pagi tadi. Tak susah pun nak cari kedai makan, bersepah, cuma tunggu nak pilih aja. Aku main masuk kedai yang ada orang sikit untuk pekena mee sup ayam. Ok la mee sup ayam dia, nak kata special or pelik sangat lebih kurang ja mee sup Malaysia atau Thai cuma ada bahan-bahan lebih atau kurang.

Pada sebelah malam, aku keluar mencari port untuk mengopi sambil nak research2 sikit untuk aktiviti esok. Disimpang lima yang tak berapa langkah dari Hotel 61 terdapat 4 cafe yang terletak bersebelahan. Dua daripadanya tampak lebih kepada restoren dimana ramai budak muda melepak, yang satu tuh dah lenggang macam nak tutup jadi aku pilih yang paling grand antara semua iaitu Galeri5.

Simpang 5 disiang hari
Suspen jugak nak masuk pada mulanya sebab kat pintu pun dah tertempek logo VISA/MASTERCARD but then aku teringat yang Whatdaheck! aku ni Jutawan kot.....

Nachos yang sedap gilak dan Flat White Coffee baru Rp77,000

Aku Punya Pasal

Viper Challenge 2014

Sunday, November 02, 2014

Kalau disebut Viper Challenge, mesti tak ramai yang sedar akan kewujudan event cabaran berhalangan yang diadakan di Litar Sepang (SIC) ini. Sebab tu kalau ditanya kemana aku pergi pada suatu sabtu, aku akan jawab pergi marathon jek. Viper Challenge atau dalam bahasa Melayunya Cabaran Viper menyajikan 20km perjalanan yang perlu ditempuhi peserta dan dalam perjalanan itu pula terdapat 20 halangan yang perlu ditempuhi. Acara ini diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad dan peserta dilepaskan secara berkala. Jadi boleh pilih nak pergi hari apa dan starting time pukul berapa.

Dianjurkan kali pertama pada tahun lepas, aku yang terjumpa tentang acara ni di internet pun terus sesaja cabar rakan sindiket aktiviti lasak aku, Syazana a.k.a Tokta. Gaya aku sebut serupa dia ni power kan, padahal lembik aja orangnya. Cuma yang powernya dia ni, kalau ajak ke mana-mana aktiviti lasak dia on aja. Itu yang aku respek.

Pada edisi pertama Viper tahun lepas, kami memula agak cuak jugak bila terjumpa page-page FB, twitter, instagram bakal-bakal peserta lain yang tampak prepare serupa nak pergi perang. Siap ada yang join boot camp semata-mata nak redah Viper. Kami punya preparation sekadar panjat Broga ja.Huhu. Tapi Alhamdulillah lepas dengan selamat juga semua cabaran. Cuma dalam acara 2013 aku lebih terasa seperti tahanan perang instead of peserta cabaran berbayar sebab semua peserta dehydrated kerana penganjur menyediakan lebih kurang 4 water station sahaja yang bermakna peserta terpaksa menapak 5 km dalam panas terik untuk jumpa next water station. Memang aku pasti ramai yang maki tahun lepas.

Pada tahun ni, aku join bersama partner yang sama meredah Viper Challenge 2014. Beberapa minggu awal aku dah terima email dari penganjur yang setiap peserta perlu tiba 2jam lebih awal sebelum masa pendaftaran bermakna dalam kes kami yang start pukul 8.20 ni, pukul 6.20 dah kena terpacak sana. Jadi agak2 pukul berapa nak keluar? Nasib baik juga Tokta bukan main kata kat aku suruh rileks aja, yang ternyata benar, takda masalah pun register 30 minit sebelum acara bermula. Aku rasa mungkin semakin dimamah usia aku jadi makin takut nak langgar bab2 rules and regulations ni..huhu

Tapi bak nasihat cikgu-cikgu disekolah, datang lah awal untuk elak masalah dan ternyata sewaktu kami baru sibuk nak check in bag kat tempat penyimpanan, MC diimport dari afrika dah start countdown untuk melepaskan peserta sesi 8.20am. Walaupun bukan kami sahaja yang jenis perangai last minute macam ni, namun tahun ni terlepaslah untuk dilepaskan beramai-ramai, so kami start 5 minit lewat dimana semasa lalu entrance start pun tak meriah. Adeh.

Aku perasan untuk acara tahun ni pengajur telah belajar dari kesilapan lampau dimana water booth telah diwujudkan untuk setiap 2km dan kali ni mereka menyediakan air mineral serta siap kasi 7up revive dengan cukup. Tak macam tahun lepas, minum dari tangki air SYABAS aja. Hampeh. Halangan - halangan tahun ini juga 70 % adalah baru dan sesetengah tuh diubahsuai dari halangan lama jadi untuk next Viper tak boleh nak expect halangan yang sama lagi. 

Bagi aku semua halangan aku boleh buat dengan sendiri walaupun dalam event-event sebegini lebih menerapkan teamwork. Ya lah, macam mana nak teamwork sebab aku team pun berdua, dan banyak juga halangan yang partner aku Tokta skip. Jadi selagi boleh redah sendiri, aku buat aja halangan secara sendiri. 

Dalam kesemua halangan, terdapat satu halangan bernama "define gravity" yang memang tak logik nak buat sendiri. Dah nama halangan pun dah macam nak suruh lawan hukum logik kan? Yang Tokta dah awal-awal macam biasa duduk tenggek di tepi untuk skip aktiviti tersebut. Halangan define gravity ni adalah halangan dinding tegak setinggi 4m. Kalau boleh ambil lajak mungkin aku boleh cuba sendiri tapi ni tak, saja ja diwujudkan longkang sebelum dinding tuh. Jadi memang tiada pilihan lain melainkan kena memasing bekerjasama bantu tolak ka, angkat ka, pijak bahu ka, untuk sesorang lepas dinding tuh. Jadi nak tak nak aku terpaksa minta tolong orang. 

Dalam 5-6 group yang berkumpul tengah bekerjasama nak hadapi dinding tegak setinggi 4 meter ni, aku spot satu group 2 indian dan 2 chinese ni yang tengah bekerjasama hadapi halangan tersebut. Jadi dengan slumber aku pun approach mereka dan cakap aku nak join sebab takda partner dan impossible untuk buat sorang. Aku tengok diaorang pun macam layan tak layan aja aku.

Untuk halangan ni bukan sekadar kena pijak bahu 2 orang yang tengah menyandar, tetapi perlu juga ada pertolongan dari atas untuk tolong tarik naik. Memang perlu kerjasama.Aku sebagai penumpang dalam group diaorang tuh pun takkanlah nak mintak turn awal2 kan, jadi aku tolonglah dulu orang lain naik bagi lepas termasuk sorang india gedabak besar ni. Akhir sekali tinggal aku dengan sorang India dari group mereka ni aja dibawah. India kat bawah ni pun berbadan besar, so kalau aku pijak bahu dia sorang pun dah boleh lepas, lagipun awal2 tadi dia dah cakap dia macam mustahil nak lepas cabaran ni. Belum sempat aku nak cakap apa-apa, India ni terus blah skip cabaran tuh tinggal aku sesorang terkontang kanting. WTF! Selepas aku tolong group mereka siap bagi india bapak besar pijak bahu aku, diaorang blah macam tuh aja. Aku memang speechless.

Lebih kurang macam ni cabarannya. - http://www.townofcary.org/
Aku taknak judge dalam point racism cuma the first thing yang buat aku target group mereka adalah kerana aku nampak group diaorang ni 2 chinese 2 indian so mereka mesti lebih ok bab toleransi kaum dari group purely chinese lagi 4 disebelah tuh. Aku taknak mengalah dan skip cabaran ni jadi aku tunggu aja lah depan dinding besar tuh sambil usha kiri kanan. 

Dalam mencari target seterusnya datang sorang brader ni sapa aku yang rupanya dia pun solo takda partner nak lepasi halangan ni. Tapi sekadar kami berdua pun mustahil nak lepas. Kalau lepas pun mungkin aku sorang dan takkan aku nak blah tinggal dia pulak kan. Haha. Nasib baik lah tak lama kemudian datang satu group bebudak lelaki melayu 4-5 orang yang datang nak buat cabaran. Jadi mereka pun dengan ok-nya tolong kami berdua melepasi halangan tersebut. Aku pun tak lah blah terus, lepas dah sampai atas aku tarik lah mereka naik pulak. 

Cuma apa yang aku nampak dalam acara sebegini yang mengumpulkan pelbagai bangsa dan warna kulit, masing-masing hanya bergaul sesama bangsa sendiri, berjalan serta buat hal pun sesama bangsa sendiri dan hadapi halangan pun sesama bangsa sendiri. Ada juga yang groupnya multiracial tapi boleh kira dengan jari dan aku tak nafikan aku nampak ada juga yang berlainan bangsa bantu sesama rakyat Malaysia tapi itu semua tak se'obvious' jurang antara kaum yang kelihatan dalam acara ini dan dalam masyarakat kita secara am-nya. 

In the end kami berdua berjaya hadapi cabaran selepas 6 jam menempuh halangan. Dan pada edisi tahun ini juga aku nampak halangan terbesar selain fizikal dan mental adalah cabaran kepada kasut peserta kerana untuk edisi tahun ini peserta lebih banyak bergelumang dengan lumpur dan tanah merah berbanding tahun lepas yang lebih banyak atas main tar. Jadi banyaklah tapak-tapak kasut yang kelihatan disepanjang perjalanan disamping pemandangan peserta terpaksa berjalan dengan stokin sahaja. Aku takleh bayang macam mana nak tamatkan dengan stokin aja. Dan akhirnya aku spot brader yang bailed on me tadi dah terduduk sebelah Ambulans. Haha. Tahniah pada mereka yang berjaya. Apapun, See u next year Viper.

see you this March!


TIPS FOR VIPER CHALLENGE 
  • More focus on your legs training since 80% of overall challenges come from grueling 20 KM walk. Do a lot of jogging/ walking/ climbing / squat etc
  • Train your arm because mostly the obstacles need you have a strong arm to pull yourself up. Do a lot of chin up / pull up etc 
  • Even though Organizer's website has stated not to wear your favorite shoes since it gonna rip off bla bla, that doesn't mean you need to wear your nearly torn out shoes. I've used the same shoes for both Viper and it still survive till now. I'm sure walking barefoot in the day of the event is not fun. So wear a good sport shoes! 
  • Help each other even though they're not from your group. That's all this event about. If you just want to have fun with your teammate, perhaps private boot camp is a better choice.

Flickr Images