Redah

Redah 1.0 : Peninsular Overland DAY 3

Thursday, April 25, 2013

Pukul 9am aku pun keluar dari rumah menuju ke Kapitan Ara Damansara untuk bersarapan. Pagi ni tekak terasa nak makan maggi goreng, menu makanan yang sangat-sangat jarang aku nak makan selama ni. Takut jugak masuk muka depan Harian Metro esok tapi layan aja lah. Semua itu Qada dan Qadar.Malam semalam pun sudah tertunai makan McD yang keampunan semasa malam sebelumnya, Thanks to Aj ( partner ke Cambodia/Bangkok tempoh hari).

Iktibar dari perjalanan 2 hari lepas
Kalau diikutkan aku bertolak agak lewat dari plan yang asal berpunca kerana tercari-cari passport yang aku bawak bersama (Nak tau kenapa bawak passport? nantilah cerita) yang akhirnya dijumpai dibawah timbunan barang dalam box motor. Penat aja aku naik turun apartment.

Walaupun bertolak dah agak lewat, aku tak runsing memandangkan semalam aku dah booking katil di sebuah dorm di Jonker Walk, Melaka, so sampai pukul berapa pun ada aja tempat untuk aku nak tidur pada malam ni. Perkara pertama yang hendak aku lakukan pada hari ini adalah ke KLCC untuk snap sedikit gambar buat kenangan sebelum menuju Bukit Ampang.

Laluan untuk hari ini :Ara Damansara-KLCC-Bukit Ampang-Jelebu-Kuala Kelawang-Rembau-Seremban-Tampin-Jonker walk yang (lebih kurang 206km)
Jalan hari ini agak lengang  memandangkan arini ari sabtu, nak ride pun takda la tension sangat. Kat KL aku tak rasa di pandang semacam sangat naik motor dengan bawak barang banyak di belakang memandangkan maybe orang assume aku ni mat despatch berbanding kalau masuk pekan - pekan kecil yang mungkin lihat aku lebih seperti penyamun.Haha..

Kena kerumun dengan 3 orang abang security jugak la untuk dapat gambaq ni...
kes bawak motor naik tempat pejalan kaki..hahaha
Bila berada dihadapan banggunan mercu tanda negara, terasa tidak percaya pun ada yang aku sampai disini dengan menaiki skuter ini. Selalunya datang dengan kereta pun dah rasa jauh. Tapi perjalanan masih jauh untuk excited lebih. Selepas snap sedikit gambar, aku pun meneruskan perjalanan ke Bukit Ampang. Ekceli laluan aku hari ini takda lah unpredictable sangat since aku dah pernah buat daily trip menggunakan laluan yang sama bersama Cik Dee satu ketika dahulu. Bezanya dulu naik kereta dan sampai Somban jooo. So hanya laluan Seremban-Tampin yang aku tak pernah lalu lagi mengikut perjalanan hari ini.

Roadbloack pertama yang kena tahan selepas lolos untuk 3 roadblock sebelumnya
Thanks untuk Pakcik Polis sebab memahami yang roadtax saya susah nak amik bawah seat nuh.
 Sebelum ni aku dah beberapa kali jugak la naik Bukit Ampang tapi menggunakan GPS, pagi ni saja ja aku buat sombong nak test memori dengan try redah dulu. Ended up rugi 30 minit sebab sesat jalan. Dengan segan silu aku pun bertanya arah pada papago. Haha.

Pemandangan Kuala Lumpur dari Bukit Ampang 


Err...Tanah Runtuh...??
On the way  menyusuri laluan Jalan Hulu Langat, aku tiba - tiba tersempak dengan papan tanda besar tertera notis KAWASAN TANAH RUNTUH. Tercengang jugak aku disitu beberapa ketika samada patut meneruskan perjalanan atau tidak. Selepas beberapa minit membuat calculation dan perdebatan dalam otak dan hati, aku pun memulas semula throttle dan melepasi papan tanda tersebut. Tak sanggup aku nak tukar plan last minute disamping aku memang dah nampak yang jalan ni antara jalan yang aku akan dapat enjoy  suasana hutan.

Tanah Runtuh yang dimaksudkan
Good guys Jabatan Perhilitan... doesn't include tiger because don't want to scare you ..haha
Laluan Sungai Tekali ni memang sunyi dan berliku dengan kiri kanan hanyalah hutan. Sesekali  baru akan terjumpa dengan rumah orang asli atau perkampungan kecil. Kalau siang pun dah rasa ngeri, malam lagi lah. Aku pernah sekali buat kerja gila naik bukit ni lebih kurang pukul 1 pagi kononnya nak touge, tapi lepas hampir 10 km terus patah balik sebab jalan sunyi dan gelap nak mampus. Sebenarnya laluan ni memang tempat geng superbike mahupun kereta melayan corner dengan jentera masing-masing selain digunakan para cyclist. Nak berhenti ambil gambar pun ngeri sebab takut rimau keluar dari celah hutan ataupun lagi teruk didatangi penyamun.

Suasana yang sungguh nyaman walaupun dah tengahari

Empangan semenyih
Not a good sight huh ?
Sewaktu melayan laluan berliku ni, aku tersempak dengan sorang brader dengan seluar rabak tengah lepak tepi jalan sambil main ipad. Musykil jugak akudan brader ni pun tengok aku sekilas pandang sahaja sebelum sambung layan main ipad semula. Aku yang malas nak ambil port takut-takut bunian ka hapa (bunian ada ipad?) terus berlalu. Sampai sahaja di selekoh seterusnya, aku nampak sebijik motor dah tertiarap tepi jalan dengan rim yang bengkok. Tak syak lagi ni mesti motor brader ipad tadi, terfikir jugak aku nak patah balik tapi memandangkan brader tadi takda pula menunjukan sign SOS atau menunjukkan reaksi memerlukan bantuan, maka aku rumuskan dia dah roger somebody la kot. Jadi dengan perasaan bercampur baur  aku meneruskan perjalanan.
Sedar tak sedar den sampai sempadan nogori
lopeh jo sempadan nogori ni, jalan dah tak berapo nak hutan, den melalui beberapa pokan kecil sebelum sampai di pokan jelebu.

den dah lupo namo pokan ni..tapi sebelum sampai pokan Jelebu@kuala klawang lah tompek ni
bilo nampak banggunan ni den dah leh tahu kata dah sampai pokan jolobu@Kuala klawang sebab den dah ponah lalu
Sampai jo pokan Jolobu den ghaso lebih afdal lah den makan siap-siap memandangkan jam dah pukul 2 potang dan keberangkalian den nak dapek nasi berlauk pado waktu ini masing tinggi. Sambil melilau dalam pokan yang tak seberapo nak hidup mungkin sobab hari ini hari sabtu, den singgah lah kat sebuah kodai makan yang nampak lebih kurang mini foodcourt ni. Lauk makanan tongahari dia masih banyak cukup la buek musafir kelaparan macam den ni. Sebenarnya den suka bonar bahaso nogori ni sebab waktu den study kek melako dulu den ada sorang member yang cakap nogori pekat dan memang lawak sangat lah mulo2 den dongar. So time nak bayar den tanyo gak kek makcik cashier ni apo ke hei yang den tak dongar sangat orang kek kodai ni cakap nogori sebelum makcik ni jawab yang dia orang Johor sebenarnya...Den pon sonyum aja lah sambil buek2 tanya jarak perjalanan untuk poie somban.

ikutkan taknak den makan nasik sebab takut ngantuk tapi apokan dayo monda dah dopan mato..
Abandoned and rotten!
Humang aih..sayang nyoo!.. nanti den dah kayo den kombali selamatkan ekau..! T.T
Lopeh jo beberapo boleh kilometer den bergerak dari pokan jelebu ni, hujan renyai - renyai mula turun. Den yang dalam mode sentiaso water resistant ni takdo sebarang perubahan mekenikal mahupun teknikal yang perlu dibuek.

Dulu first time lalu jalan ni den tertanyo-tanyo jugak apo mondo banggunan bosar ni,
kali ni baru den tahu ni rumah anak-anak yatim..dah macam istano pon ado
Lepas jo kawasan reakreasi Jeram Toi, laluan dah mula menjadi jalan besar dua lorong mendaki dan menuruni bukit. Den cubo jugak nak berhenti ambil gambar laluan ni tapi setiap kali den berhenti, moto den akan reverse sendiri atau kedepan sendiri dek kerano jalan yang curam. Last-last den yang tak terdayo nak lawan hukum alam pun mengalah dan meneruskan perjalanan. Time jalan makin berselekoh dan mula bertukar jadi selorong ni la hujan mula nak turun makin lebat. Den yang naik motor ditambah pulak macam-macam muatan kek belakang ni tak brani la nak bawak laju-laju. Mako berderet jugak lah kereta beratur follow lead den. Sorry yoo abang kakak makcik pakcik sekalian. Den dah cuba sedayo laju mungkin.Lopeh ja melayan laluan berliku dan apa bagai, maka den pon sampai la kek bandar somban. Den tak masuk pon pokan somban cuma sekadar melalui pinggir bandar jo sebelum mengambil laluan ke Rombau.

Gembira jugak hati den sebab ado jugak orang yang nak perati den yang tak seberapo ni
Sedar tak sedar den dah sampai pulak di pokan Rombau. Sebenarnya den dah terlopeh dah simpang nak masuk pokan ni sebab kalau ikut laluan pon memang takkan masuk pokan ni tapi memandangkan den tak mahu lah nanti bila orang sebut pokan Rombau nanti den tak leh bayang yang pokan Rombau ni sebesar Seremban kah? Kuala Lumpur kah ? ataupun Kangar kah..? maka den pun berpatah balik dan masuk meninjau tengok pokan ni dengan lebih dekat. Kalau betul lah ni pokan Rombau maka kocik ajo lah rupa nyoo..kihkih.
Rombau most slowest..
Den singgah sobontar di Petronas Rombau untuk isi minyak yang last sekali den isi kek Ampang tadi. Buek maso sekarang den belum guno laie minyak dari bokeh ajaib den tuh. Den takut gak bawak minyak 4liter kek belakang tuh mana tahu kot melotup ka hapo tak ko hangus den yang dah hangus sunburn ni tapi den doa ajo lah mintak simpang. Kek stesen minyak ni sompek jugak den berborak dengan sorang brader CBR250 ni yang den tengok gayo macam ride long distance gak. Nasib baik ilmu permotoran den ado la update sikit-sikit so boleh la den layan sembang.Perjalanan di teruskan dengan melalui pekan Tampin yang tak berapo jauh atau mungkin sebab fikiran den dah melayang yang membuekan den ghaso dekat sebelum memasuki nogori Melako..

Negeri ke-6 yang aku kunjungi,
kat tepi motor aku tuh batu bertulisan cina dengan colok.
Menyusuri jalan Alor Gajah ke Bandar Hilir mengingatkan kembali kepada nostalgia menetap di Melaka pada tahun 2006-2008 sebagai seorang student. Zaman tu aku hairan kenapa aku tiada minat untuk berjalan sehinggakan 2 tahun menetap di Melaka pun banyak jalan dan tempat yang aku tak tahu. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang ketika aku sampai di Bandar Hilir. Malam ini aku akan bermalam di Galvanize Studio Stay, Jonker Walk yang berkonsepkan dorm menempatkan dua katil double decker didalam satu bilik. Aku yang berpandukan GPS terpinga-pinga mencari jalan seketika kerana Jalan Jonker yang ditunjukkan telah ditutup untuk memberi laluan kepada Pasar Malam minggu, jadi GPS memberi laluan alternatif yang lain yang akhirnya aku tanpa sedar dah masuk jalan melawan arus. Layan ajalah panduan GPS aku ni lagipun abang-abang polis yang meronda berjalan kaki pun buat tak endah saja. 

Selepas beberapa ketika aku pun sampai di Galvanize Studio, masalah pertama yang aku hadapi ialah tiada ruang untuk parking motor kerana lorong depan Galvanize Studio ni muat-muat untuk kereta lalu dan bergarisan kuning. Mujurlah betul-betul dihadapan Galvanize Studio ialah Hard Rock Cafe dari sebelah belakang dan ada sedikit ruang meletak motosikal yang sebenarnya dikhususkan untuk pekerja Hard Rock Cafe jadi aku main letak aja situ.

Galvanize Studio, Jonker Walk

Galvanize Studio yang aku menginap ni turut mempunyai cafe dan lebih kepada art studio. Kebetulan semasa aku nak check in, bakal roommates aku malam itu juga turut tengah dalam proses check in iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Segan jugak rasanya nak berkongsi bilik dengan perempuan pada mulanya tapi layan ajalah sebab inilah lumrah menginap di dorm. Aku sempat berbual seketika dengan mereka bertiga sewaktu kami sama-sama masuk ke bilik dorm. Mereka dari Johor dan datang Melaka atas kerana jemputan kenduri dan aku pun turut menceritakan sebab yang membawa aku ke Melaka ni. Selepas berbual sejenak aku pun terus ke toilet untuk mandi. Bilik air di sini satu sahaja tuh pun dibahagian bawah lobi. Bilik air dia kecil aja tapi yang paling penting showernya dilengkapi water heater walaupun air keluar tak berapa bersungguh. 

Lobi. Sebenarnya gambar ini diambil pada waktu lain sebab tuh tiada orang.

Setelah keluar dari toilet kelihatan roomate aku tengah bersembang dengan seseorang yang aku syak mungkin pemilik studio ini barangkali. Aku pun berlalu naik untuk bersiap. Perut aku waktu ini memang dah lapar gila memandangkan last makan adalah pada pukul 2 petang tadi di Jelebu. Nasib baik lah galvanize studio ni turu mempunyai cafe di bawah jadi aku yang lapar ni memang dah malas nak cari makan jauh-jauh. Ketika turun mereka kelihatan masih bersembang mengenai studio ini tanpa mempedulikan aku yang lalu. Sebenarnya tadi waktu mandi aku ada la terdengar sedikit perbualan mereka dan brader yang aku rasa owner itu mengatakan asalnya tempat ini cafe dan art studio sahaja sebelum baru-baru ini mereka mengubahsuai sedikit ruang untuk dibuat tempat penginapan bagi gologan backpackers. 

Cafe Warung Seni@Galvanize Studio
Variety makanan yang disediakan tak banyak, yang aku perasan ada roti hotdog, selain beberapa jenis nasi lemak dan juga spagetti. Aku yang berhajat nak terus masuk tidur hanya order hotdog dan cappuccino sebagai makan malam. Tiada apa yang aku nak komen bab makan selain bagi aku air cappuccino itu agak overpriced, RM 7 kalau tak silap untuk air rasa macam hasil bancuhan 3in1 tuh. 

Lobi dari sudut lain
Gambar yang tergantung ni semuanya adalah untuk dijual.
Harga RM1k ke atas. Huhu. Nak duduk dekat pun takut.
Selepas sudah makan aku pun naik semula ke bilik dengan niat nak tidur. Roomate aku yang tiga orang tadi dah keluar entah kemana. Tapi badan aku yang seketika tadi lesu tetiba pulak rasa fresh. Tengok jam pulak baru nak masuk pukul 9 malam. Jadi dari buang masa paksa diri tidur lebih baiklah aku keluar berjalan ke Jonker Walk yang terletak di hujung lorong aja. Ketika turun hendak keluar, kelihatan brader owner itu tengah berbincang serius dengan staf tempat ni tentang projek mereka. Mungkin kerana muka aku bukan muka orang seni maka takda langsung brader or mana-mana staff  nak tegur atau sapa aku. Tak kisah lah sebab kalau dibukak topik seni nanti jenuh aku nak ingat balik term-term dari kelas pendidikan seni berkurun dahulu. Aku pun berlalu pergi menuju ke Jonker Walk.

Sumpah ni first time aku kesini walaupun pernah menetap 2 tahun di Melaka
Sesak dengan pelancong local terutamanya
Antara kedai - kedai jualan
Teringat aku pada Pub Street di Siem Reap, Cambodia

Jonker walk bagi aku tiada apa istimewa melainkan sekadar pasar malam minggu yang menjual barangan cenderamata selain di selit dengan barangan -  barangan ala-uptown. Terdapat juga makanan di jual di gerai - gerai tersebut namun boleh dikatakan semuanya adalah makanan yang dijual peniaga Cina. Apa yang menarik perhatian aku bagaimanapun adalah seni bina banggunan di kawasan ini yang klasik. See, masih ada nilai artistik ok dalam diri gue.

Sempat layan lagi Pussy Cat Doll versi Jonker Walk.
Seni bina klasik yang sungguh awesome!
Selepas puas meninjau kawasan Jonker Walk, aku pun pulang ke dorm untuk tidur walaupun suasana makin meriah di luar sana. Roomates aku tak balik lagi waktu tuh maka boleh lah aku tidur dengan senang hati.


Bersambung.......

Redah 1.0

Redah 1.0 : Peninsular Overland Day 2

Monday, April 15, 2013


Aku bangun pada pukul 6.30am pada pagi ini setelah di kejutkan oleh alarm clock. Kalau ikut hati nak aja aku sambung tidur balik tapi memandangkan pada sebelah pagi sejuk sikit nak bawak motor, maka aku pun bangun menuju ke toilet untuk mandi. Toilet untuk para camper terletak dibanggunan yang sama dengan kaunter check in dan ofis chalet,jadi setiap kali berkemban nak ke toilet kena lah lalu depan kaunter. Dari sudut kebersihan, nak kata bersih macam toilet highway PLUS pon tak juga cuma facilities awam, faham-faham lah. Nasib baik aku ni jenis masih boleh bertimbang rasa soal fear factor nih, kalau tak memang  kena jadi tourist aja.

Setelah selesai bersiap, aku pun mengemas khemah dan packing segala barang keatas skuter semula. Ekceli aku masih lagi dalam mode kurang percaya skuter yang dibuat ulang alik ke masjid ni mampu survive untuk hari pertama, tapi nak teruja sangat pun tak berani jugak sebab perjalanan masih jauh. Pada hari ini aku dah ambil pengajaran dari hari lepas dan mula mengenakan sweater dan mask muka untuk lebih protection pada kulit. Mask muka juga penting untuk menapis segala macam debu serta kotoran dijalan raya dari masuk dalam paru-paru aku yang suci ni.

Kesan sunburn hari pertama
Sepatutnya perjalanan untuk hari ke-2 ini adalah dari Lumut ke Melaka melalui Negeri Sembilan, namun semalam bila dalam keadaan tak boleh nak tidur, otak aku mula replanning semula plan untuk trip ni. Perkara menarik tentang menjadi traveler tanpa tourist guide atau secara solo ini adalah ke-flexibility schedule mengikut keadaan atau mood kita. Jadi plan aku hari ini adalah untuk ke Kelana Jaya dan bermalam di rumah kedua family aku disana. Tujuan aku kesana juga ialah untuk nak drop khemah yang aku bawa  memandangkan aku rasa berkhemah agak tidak praktikal untuk trip aku ni kerana aku perlu tergesa gesa sampai ke tapak perkhemahan sebelum hari gelap seperti kelmarin. So bila terpaksa bawak motor secara rempit maka tidak akan tercapailah tujuan utama trip overland ini iaitu untuk menikmati suasana sekitar secara jitu. Selain itu juga, soal keselamatan barang ketika khemah ditinggalkan dan juga ketika aku tidur turut menjadi faktor penyebab.

Ok, jangan bayang rupa orang bersaiz aku bawak motor ni.
Bersarapan di taman reakrasi bersebelahan sebelum bertolak

Ni lah jalan ke Chalet  yang aku cakap horror pada sebelah malam tuh. Dapat bayang ?
Menyusuri jalan Setiawan-Teluk Intan amat menyenangkan mata kerana dapat melihat suasana desa dan kehijaun sawah padi yang terbentang diselang seli dengan ladang kelapa sawit. Aku rasa agak bersyukur tinggal di utara Malaysia kerana di sana selain kawasan yang dibangunkan dan bukit bukau, sawah padi adalah landskap utama disana berbeza dengan kawasan tengah dan selatan Malaysia yang majoritinya adalah ladang Kelapa sawit yang sungguh tak panoramic dan awesome di mata aku.

Laluan Setiawan - Teluk Intan
Teringat pulak suasana sewaktu berbasikal di area Angkor wat, Cambodia tempoh hari.
Green energy - Solar power plant
Matahari dah mula meninggi ketika aku masuk ke Jalan Teluk Intan-Kuala Selangor dan bahang matahari kian terasa. Sebenarnya matahari tak terik sangat memandangkan cuaca berawan tapi tetap panas. Selain factor cuaca, factor jalan yang berdebu ditambah lori besar yang banyak lalu lalang turut menganggu perjalanan aku.  

Terkejut jugak nampak sawah padi wujud di bumi Selangor sebab sumpah aku memang tak tahu. 

Sampai aja area pekan Sekinchan, perut aku mula berkeroncong. Mungkin dek kerana ternampak banyak sangat iklan kedai ikan bakar sekinchan yang pemes tuh. Lagipun kalau hari-hari biasa waktu tengahari macam ni memang aku dah lunch pun. Banyak sebenarnya kedai makan di tepi-tepi jalan namun setiap kali nak berhenti ada aja alasan yang otak aku bagi untuk reject dan cakap jangan berhenti disitu. Orang terlalu ramai lah, terlalu sedikitlah, tiada parking elok lah dan macam macam lagi. See, bila solo kita akan banyak berkomunikasi dengan diri sendiri.Hahaha. Tapi akhirnya aku singgah juga di sebuah restoren yang agak moderate pelangganya memandangkan perut aku dah sound berkali-kali. Lucky tak lucky, dalam banyak-banyak kedai makan, aku berhenti di sebuah kedai makan bernama Warung Ibu (sila google untuk baca reviews) yang pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan cari makan. Tuh pun aku tau kes nampak gambar-gambar yang dilekatkan di dinding kedai.  Kedai makan ni menyediakan nasi berlauk dan beberapa jenis makanan berkuah tapi menu yang menarik perhatian aku tengah hari ini adalah nasi Ambeng. Sebenarnya aku pun tak tahu sangat apa tuh nasi ambeng melainkan ia berasal dari Indonesia maka terpinga-pinga lah aku kat tempat ambil lauk tuh sebelum di-guidekan oleh seorang brader waiter dengan lesson “How to eat nasi ambeng for dummies”.

Nasi Ambeng memang ada letak Mee goreng ek?
Perjalanan di teruskan dengan hati yang riang setelah perut ini kenyang. Sebenarnya aku tak prefer nak makan tengahari sepanjang trip ni memandangkan dengan makan tengahari boleh membuatkan kita mengantuk dan rasa nak hibernate aja. Tapi oleh kerana baki perjalanan aku pada hari ini tinggal hanya kira -kira 70km aja lagi maka aku balun aja makan. Tak sampai 15minit aku memulakan perjalanan dari Warung Ibu, hujan mula turun sebelum para penunggang motor mula berkecamuk mencari perlindungan selain ada yang berhenti untuk mengenakan baju hujan. Aku pula mencari tempat berteduh untuk setup kain canvas bagi menutup beg pakaian dibelakang. 

Aku berhenti berteduh di sebuah carwash tinggal di tepi jalan. Di car wash tuh dah ada sorang penunggang motor yang sudah awal-awal lagi berhenti berteduh disitu. Sempat juga aku borak dengan brader yang dalam usia lewat 30-an tuh sambil membalut beg aku. Dia dari perak dan dalam perjalanan ke rumah kakaknya di mana tempat ntah di Selangor. Dalam raga dia ada beg pakaian yang besar so aku assume maybe dia nak pergi cari kerja di KL la kot. Dalam berborak tuh terdetik juga rasa insaf dalam hati memandangkan aku travel long distance dengan motor atas pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan tetapi bagi ramai diluar sana mereka travel long distance dengan motor kerana tiada pilihan. Selesai membalut beg aku pun meredah hujan menuju ke destinasi.

Setup mode water resistant . Nampak tak betapa susah nak bawak khemah di kaki.
Melayang motor ni beb bila kena potong dengan lori. Nasib baik aku berat.
Sedikit cerita, sewaktu aku berhenti di perhentian bas untuk ambil gambar di atas, sebuah perodua kembara tiba-tiba dengan laju berhenti disitu sebelum kelihatan dua orang lelaki cina didalamnya. Lelaki yang di kerusi penumpang kelihatan dalam keadaan cemas dengan darah mengalir di kepala. Kami masing-masing bertentang mata sebelum lelaki yang injured tuh menyuruh rakannya beredar.Apa ke he? Aku pun tak tahu.

Pukul 2 petang aku pun sampai di rumah dengan niat nak cepat-cepat baring sebab mata ni dah memang berat sangat dah lepas pekena nasi ambeng tadi tapi entah macam mana boleh pulak abang ipar aku yang tinggal di situ lupa nak tinggalkan kunci grill walhal kunci pintu dia dah tinggalkan. Boleh bayang tak perasaan mengantuk tapi ada grill berkunci yang menjadi penghalang anda dan katil.Adakah begini perasaan apabila cinta dihalang oleh orang tua? Haha..

(Laluan Day 2 - Setiawan-Teluk Intan-Kuala Selangor-Ijok-Subang-Kelana Jaya)

p/s: handphone nokia yang aku bawak untuk trip ni baru berbunyik mintak dicharge sewaktu artikel ini ditulis.

Redah 1.0

Redah 1.0 : Peninsular Overland DAY 1

Thursday, April 11, 2013

Day 1, perasaan aku agak bercampur baur ketika ini. Masa terasa berlalu begitu pantas bermula dari saat menanam impian untuk perjalanan ini sehinggalah saat menunggu masa untuk bertolak. Rasa percaya tak percaya pun ada nak pusing semenanjung dengan skuter 115cc ni memandangkan kali terakhir aku ride jarak jauh adalah pada tahun 2006 lalu itu pun takt berulang Melaka - KL sahaja.

Perkara pertama yang aku sedar, setiap kali nak isi minyak, aku kena pack
 dan unpack barang-barang atas seat ..duh!
Berbekalkan semangat travel yang membara, aku pun menepikan segala jenis perasaan dan bertolak. Destinasi yang dituju pada hari ini ialah Lumut, Perak yang terletak kira-kira 320km dari Bandar Kangar, Perlis. Ekceli aku takda idea samada mampu atau tak nak capai jarak sejauh itu namun aku dah buat plan B untuk singgah aja Bandar Kulim kalau tak mampu.

Bacaan odometer dan doa sebelum berlepas

Perjalanan dari Perlis ke Kedah agak membosankan kerana baru kelmarin aku menggunakan laluan ini untuk membeli casing waterproof GPS di Tesco Mergong tapi disebabkan kali ini naik motor maka ada la feeling sedikit berbeza. Aku berhenti untuk isian minyak pertama di Petronas Mergong selain nak isi bekas minyak yang aku bawak tuh. Sebenarnya aku juga tak tahu berapa jauh skuter ni boleh pergi dengan sekali isian dan dari research laluan yang akan aku lalui di hari-hari mendatang, maka lebih afdal lah untuk membawa minyak spare. Bencana pertama nyaris berlaku selepas berhenti mengisi minyak sebentar dimana entah macam mana aku boleh careless lupa nak kunci balik givi box belakang tuh. Jauh jugak aku bergerak sebelum aku sedar box belakang terbuka tapi Alhamdulillah tiada barang yang missing.

Masuk laluan gurun, keadaan menjadi agak menarik kerana laluan berlatar belakangkan gunung Jerai yang nampak dingin nun diatas sana tapi kat bawah ni panas terik sebenarnya walaupun cuaca berawan. Sepanjang laluan ni banyak menda menarik yang aku nampak tapi mood nak berhenti ambil gambar masih belum datang sebab rasa baru sangat bertolak. Waktu ni aku dah spot masalah kedua. Dalam journey ni aku bawak kamera DSLR dan disimpan didalam givi box di belakang. Ini bermakna setiap kali nak ambil gambar terpaksalah aku turun dan bukak box belakang. Leceh wooo tengah-tengah panas nak buat menda tuh. Akhirnya aku hanya menggunakan alternatiff kamera hp sahaja untuk gambar on ride, tuh pun kena bukak glove dulu baru boleh touch screen...Aiseh!

An abandoned bridge...Dont i told you that i love to see an abandoned object?

Selepas melalui Sungai Petani, tak lama kemudian aku mula memasuki pekan Bukit Mertajam. Jalan dalam pekan ni kecik dan sesak ditambah pula dengan lori - lori besar yang banyak. Selain itu pembinaan beberapa flyover baru membuatkan aku beberapa kali tersilap jalan memandangkan map dalam GPS ni belum di update kepada map terkini. Disini juga aku singgah sebentar mengisi minyak di Shell Alma dan pekena sebungkus roti serta setin Redbull. Sebut bab air tin Redbull, teringat zaman training di TNB tempoh hari. Pak Cik yang duduk meja sebelah aku waktu itu mesti sound kalau nampak aku minum depan dia dengan berkali kali mengulang cerita sama mengenai rakannya yang meninggal dunia akibat terlampau selalu minum Redbull untuk berjaga. Sebenarnya member dia tuh campur ubat batuk. Tuh yang....err...Perjalanan di teruskan semula selepas beberapa ketika.

Sedar tak sedar dah sampai Perak.
Laluan Parit Buntar -  Taiping agak luas dan selesa untuk penunggangan dengan sesetengah KM disediakan lorong bagi penunggang motosikal. Antara perkara yang aku sedar tentang laluan ini adalah banyak kawasan bernama parit.

100 meter di depan dah nama parit lain pulak
Great Wall of Perak  huh?
Sampai Shell Simpang, aku berhenti seketika untuk periksa mata aku yang terasa pedih semacam. Rasa macam masuk batu pun ada sebab aku hanya mengenakan cermin mata hitam tanpa visor. Waktu ni bila tengok cermin muka aku dah sebijik macam pekerja lombong arang batu. Habuk, minyak, jelaga semua ada..huhuhu. Masa ni aku terasa pelik la pulak sebab GPS menunjukkan perjalanan masih berbaki 220km  lagi sedangkan menurut googlemap dalam 320km sahaja jumlah total perjalanan dan takkan la pulak aku baru lalu 100km walhal dah berjam aku ride. Set punya set GPS ni rupanya baki perjalanan hanya tinggal 90km aja lagi. Lega tak terkata.

Lekuk mengiurkan mengalah Kilafairy 
Selepas melalui pekan Simpang, laluan mula bertukar kepada perkampung diselang selikan dengan hutan. Jalan pulak berselekoh dimana amat layan kalau nak layan corner rapat. Ada satu corner di laluan berhutan ni dimana terdapat lekuk corner "S" yang menarik, maka aku pun berhenti dengan tujuan nak mengambil gambar. Namun dalam beberapa saat aku mengubah fikiran memandangkan disebelah aku betul - betul tanah perkuburan. Bayangkan tanah perkuburan betul - betul di lekuk corner tersebut. Memang horror kalau tersuluh lampu kenderaan time malam. Haha.

Stesen Petronas Pantai Remis menyediakan jamuan
pada setiap hari Khamis...
Aku kemudian berhenti di Stesen minyak Petronas Pantai Remis untuk isian minyak kali ke-3 bagi hari ini. Maklumlah full tank takat RM6 aja boleh isi. Sempat juga pekena kopi free dan kalau diikutkan nak ja aku tibai bihun goreng kenduri ni tapi terasa nak layan makanan di pantai Teluk Batik nanti.

Pukul 5.30 petang, aku pun tiba di perkarangan Chalet Impian Teluk Batik sebelum berurusan di kaunter bagi urusan menyewa tapak perkhemahan. Terkejut jugak aku sebab harga semasa adalah Rm25 berbanding harga di internet yang mungkin tak update iaitu Rm10 sahaja. Nak tak nak aku terpaksalah bayar Rm25 berbanding nak sewa chalet yang berharga Rm80-Rm120 satu malam. Dalam perkiraan aku terdapat 8-10 buah Chalet di sini yang terletak dibawah seliaan Majlis Perbandaran Manjung. Dah nama under Majlis Perbandaran maka paham-paham la kondisi macam mana. Beza banyak dari gambar di internet.Haha.

Receptionist cakap aku boleh pacak khemah di mana-mana asalkan dalam kawasan pagar,
so sinilah port paling strategik aku rasa
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat, aku pun cepat-cepat bersiap untuk makan di gerai berdekatan pantai memandangkan last sekali aku makan makanan berat adalah pada waktu pagi tadi sebelum bertolak,Thanks to Cik Dee yang bawak koteaw, di samping dua biji bun roti semasa perjalanan. Di sebelah pantai tersebut memang terdapat deretan gerai - gerai makan namun alangkah kecewanya apabila diamati rupanya takda satu pun yang buka pada petang itu dan aku pula memang tak bawak sebarang bekalan makanan. Tapi nasib baik ada juga penjual aiskrim yang berniaga di kawasan tersebut.

Roti Aiskrim penyelamat..!

Ini lah Teluk Batik.................. Acah aja..haha

Pantai Teluk Batik
Ekceli aku ingat aku sorang aja solo & lonely tapi sebenarnya brader dalam gambar diatas pun datang mandi sorang-sorang... Hahaha.. #ForeverAlone

Bila malam berlabuh, aku pun keluar untuk memburu makan malam dalam keadaan perut yang dah tenat. Kali ni aku hanya tuju kedai makanan segera Mcdonalds sebab perut aku memang sangat memerlukan makanan dalam kadar segera.

Mcdonalds Setiawan

Bila sampai Mcdonalds, tak sangka manusia begitu ramai so mahu tak mahu aku terus masuk line paling kiri sambil cuba mengakses wifi. Area Teluk Batik internet Maxis memang slow mungkin kerana sedikit hulu. Hampir 20minit jugaklah masa berlalu sebelum aku sedar yang laluan aku beratur tuh sebenarnya adalah tempat untuk mengambil pesanan yang telah dibayar. Shit! Yang akak beratur depan aku tadi boleh pulak blah macam tuh aja tanpa sedarkan kami yang beratur macam nak rak kat belakang dia ni. Aku pun terus toleh belakang menerangkan keadaan kepada beberapa lagi mangsa di belakang sebelum aku sendiri start motor dan blah cari makanan di tempat lain.

Akhirnya Mcmacha jugak yang terbaik
Seperti sedia maklum, Lumut mempunyai pangkalan TLDM yang terbesar di Malaysia ala2 Pearl Harbor gitu, maka pada sebelah malamnya bersepah laaa abang-abang askar bersidai sana sini. On the way nak balik Teluk Batik, entah macam mana aku boleh ter"miss" satu simpang sebelum terus terlajak menuju ke pintu masuk Pangkalan TLDM. Aku yang baru sebentar tadinya dengan laju memotong motor seorang brader TLDM ni terus menggunakan taktik lama buat-buat berhenti angkat call HP untuk tidak menanggung azab malu. Hahaha.

Untuk pulang, aku perlu meredah laluan jalan dikelilingi hutan dalam jarak 200 meter sebelum sampai di Teluk Batik. Kalau siang ok aja jalan ni tapi bila malam nampak horror lah pulak. Ntah kenapa aku terus menggunakan google mata yang dari awal tersedia di atas helmet aku dengan harapan kalau ada menda pelik melintas maka sekurang-kurangnya ada la jugak feel macam menononton cerita seram di tv dari rasa betul-betul depan mata. Nasib baik, tiada apa berlaku. Hehe.

Jam menunjukkan baru pukul 10 malam namun dengan badan yang letih dan lesu aku pun terus masuk ke khemah untuk tidur. Malam itu, angin memang tak ada langsung. Dalam 30 minit jugak aku berguling dalam khemah namun tetap tak boleh tidur kerana panas, sebelum aku ambil keputusan untuk tidur di surau open bersebelahan. Di surau lain pula ceritanya, aku turut tak boleh tidur kerana nyamuk mula menghurungi aku di tambah perasaan semacam tidur memalam di tempat open. Mahu tak mahu aku masuk ke khemah semula tapi kali ini dengan membiarkan sebelah pintu khemah terbuka agar sedikit saki baki udara dingin masuk. Sedar tak sedar aku pun dah terlelap.

Dalam dibuai mimpi, sekali lagi aku terjaga pada lewat malam. Suasana yang sedikit bising oleh chalet sebelah sebelum tidur tadi kini sunyi. Yang ada hanyalah bunyi unggas dan sekali sekala bunyi daun gugur diatas khemah kanopi. Ingatkan dah lama aku lelap tapi rupa-rupanya baru sejam aja dimana jam menunjukkan baru pukul 12 malam. Aku pun terus tutup pintu khemah dan sambung tidur. Baru aja terlelelap sekali lagi aku terjaga pada lebih kurang pukul 1pagi kali ini akibat terdengar bunyi menda berjalan berhampiran khemah. Kat sini memang ada guard dan monyet juga turut bekeliaran maka untuk menyedapkan hati aku pun buat-buatlah bergerak sedikit di dalam khemah sebelum bunyi itu hilang. Memang tak nyenyak tidur aku malam tuh oleh pelbagai faktor.

Bersambung.....

Flickr Images