Hatyai

Hatyai With Mission

Thursday, March 28, 2013

Pagi ini aku bertemankan Cik Dee bertolak seawal 8 pagi ke sempadan Padang Besar memandangkan aku  nak balik awal sikit sebab assignment banyak lagi yang perlu disiapkan. Sejak sambung belajar ni masa aku untuk melepak dan berfoya-foya menjadi makin terhad. Apa kan daya. Kami singgah dahulu di Pejabat Insurans untuk membeli Insurans ke Thailand dan kali ni aku mengambil keputusan untuk membeli insurans bagi setahun terus yang mana memberikan lebih penjimatan untuk jangka masa panjang. Pertukaran mata wang turut dilakukan di Pejabat Insurans ini dengan kadar tukaran 9.3. Aku tanya la tauke ni samada ekonomi kita jatuh ka macam mana yang nilai ringgit jadi rendah daripada bhat sebab zaman dulu rm1 = 12bhat macam tuh dan time tuh memang orang siam semua nak trade dalam ringgit tapi sekarang nilai rm1=9.4bhat sahaja. Menurut tauke tuh bukan ekonomi kita down tapi ekonomi Thai yang makin naik. Sebenarnya aku pun tak mahir sangat bab ekonomi dan kewangan ni so gambaran dia lebih kurang macam tuh la.

Tamat berbicara soal ekonomi, aku dan Cik Dee trus shoot ke sempadan dan selepas selesai segala prosedur imigresen, kami pun menyambung perjalan ke Hatyai. Salah satu sebab aku suka ke Hatyai berbanding Alor Setar yang terletak dalam jarak yang lebih kurang sama adalah kerana keadaaan jalan raya disini yang luas dan tidak sibuk. Sedap ja cruise kereta berenjin v enam berbanding jalan lama Kangar-Alor Setar yang sempit dan sesak.



Kalau di Malaysia dah lama kena hon gila babeng tapi sini perkara biasa.



Memandangkan masing - masing lapar, kami terus mencari restoran untuk brunch sebelum bertemukan restoran chekkar hasil suggestion dari satu blog ni. Waktu kami sampai, ada satu van dinaiki 6-7 orang berhenti di Chekkar ni. Pada ketika itu hanya kami lah yang berada di restoren tersebut sebelum rombongan van tersebut beredar kira-kira 20 minit kemudian tanpa makan dengan air yang sampai pun lebih banyak. Aku pun tak tahu kenapa. 


Bil Rm35 untuk ini ..... !!!?
Sebelum order memang aku dah perasan harga di menu rate dah macam taraf kelompo tapi mungkin kena lah dengan taraf restoren.Ok lah tapi yang aku bengang adalah harga di bil dan resit tidak sama. Tuh pun perasan selepas kami blah. Sebagai maklumat bil kami harituh tomyam putih bhat110, air nenas cordial bhat35, telur bungkus bhat120. Serius aku tak suggest ke sini. Rasa makanan pun tak sedap macam yang digembar gemburkan dalam blog. 


Chekkar with one unsatisfied customer
Selesai makan kami menuju ke tempat tujuan.... 


Siri Racing, kedai alat gantian pretasi motosikal

Haaaa..Niat sebenar aku ke sini adalah nak cari aksesori motosikal dan berdasarkan carian di internet ramai bercakap tentang kedai ni. Namun hampa sebenarnya sebab kedai ni banyak jual barangan pretasi berbanding aksesori. Boleh check laman web mereka untuk maklumat lanjut. << SIRI RACING >> .



Siri Racing ni takda besar sangat pun tapi banyak barang racing

Seorang pekerja yang boleh berbahasa inggeris mengesyorkan aku try tengok di satu kedai berhampiran memandangkan barang yang aku cari sudah sold out.



Kedai kedua yang kami lawati
Kedai yang di beritahu oleh pekerja Siri terletak kira-kira 300 meter jaraknya, berjalan sudah! Berpeluh gak la ketiak berjalan time panas ni tapi berbaloi sebab akhirnya dapat juga barang yang dihajati. 


Suasana dalam kedai

Next stop, Kedai Menjual Helmet, yang juga terletak di Jalan sivunphart iaitu sebelum Diana Shopping Mall. Kedai ni pun aku terperasan time nak cari Siri Racing memula tadi. Siri Racing turut menjual helmet tapi tak sebanyak kedai ni dan harga disini pun lebih murah. Selain helmet, aksesori penunggang juga turut dijual disini. 


Sampai melimpah baq hang...


Pakai time mesin rumput pun style ....
Dari fullface sampai helmet kura semua ada boh.... 
Dalam banyak2, helmet tengah tuh paling style..boleh buat masuk bank tanpa disound brader guard
Selesai sudah membeli segala barang keperluan permotoran, aku pun bawak lah Cik Dee pekena kopi dekat Black Canyon di Tesco Lotus Hatyai. Kat Hatyai ni nak cari kedai makan Halal mudah, even lotus tesco pun menyediakan surau untuk ibadah solat. KFC aku tak pasti Halal atau tidak sebab ada ja orang Islam makan tapi yang pasti Mcd sini haram sebab ada jual burger Pork.


On the way nak balik kami sempat lagi singgah pekena somtam tepi jalan sebelum meneruskan perjalan pulang dan call it a day bak kata omputih.

Kepada mereka yang rasa nak maki aku sebab tak bagitau di mana lokasi kedai motor dan helmet tersebut dengan jelas, keep calm & klik map.Dah buat siap bagi hampa semua tengok .Peace!. << Map >> 

Ubat Kuat Memori Katanya....

Thursday, March 21, 2013

Pagi ni aku bangun dengan perut yang lapar memandangkan semalam makan sebelum maghrib. Sebulan dua ni, aku cuba menjalani gaya pemakanan yang sihat di mana pengambilan makan malam dilakukan sebelum pukul 7 atau 8 malam kalau boleh memandangkan badan kita mengambil masa dalam 2-3 jam untuk mencerna makanan yang kita makan. Dan proses pencernaan ini tidak elok kalau berjalan time kita tidur memandangkan boleh mengakibatkan saluran jantung tersumbat. So bayangkan kalau anda makan malam pada pukul 9pm atau 10pm dan kemudian masuk tidur. Lagipun malam tidak perlu makan - makanan berat memandangkan kita tak akan menggunakan tenaga yang banyak sebab just nak tidur. Kalau nak cerita bab pemakanan memang tak cukup satu post hahaha... Selalunya aku akan makan malam pada waktu petang memandangkan lepas Isyak aku selalu ke gym, maka akan ada masa untuk badan mencerna makanan sebelum senaman dilakukan. Makan kemudian bersenam juga tidak elok ya tuan2 dan puan2.

Orang Melayu ni bagus dari segi agama sebenarnya, kalau dikaitkan sedikit produk dengan agama,
maka mereka mudah berminat.


Berbalik soal sarapan, sebelum ke pejabat aku pun singgah beli bihun goreng sebungkus di warung berhampiran rumah. Memandangkan bihun goreng jenis longgok, makan dapat ajalah lauk secebis fishcake dan seekor ikan bilis tapi Alhamdulillah, dapat juga makan berbanding mereka yang tak bernasib baik di luar sana. So sambil makan sarapan, sempat juga lah aku membaca iklan di pembalut surat khabar bihun tersebut yang bertajuk " Kini penghafazan Al-Quran menjadi mudah dengan M*** Plus Gold" sambil menunjukkan gambar pengguna yang berpuas hati beserta lampiran keputusan SPM mereka. Sebenarnya banyak lagi produk sedemikian di pasaran dan setiap kali meilhat iklan produk-produk tersebut, pelbagai persoalan akan bermain di minda aku.

Persoalannya, bagaimanakah mereka mengukur keberkesanan ubat mereka memandangkan daya ingatan, IQ dan segala macam yang menjerumus kearah kejayaan seseorang adalah satu pemboleh ubah variable yang boleh berlaku atas bermacam faktor.Contoh Kalau makan produk IQ ni tapi study cincai boleh cerdik? dan macam mana kalau pengguna memang jenis IQ tinggi dan dalam masa sama mengambil ubat ini adakah mereka sememangnya berjaya kerana ubat ini ini? Selain itu ada juga ubat yang menjerumus kepada penggunaan ayat Al-Quran kononnya ditulis atas  pinggan menggunakan dakwat tertentu dan dilarutkan dalam air untuk diminum dan menjamin kekuatan minda dan menerangkan hati. Bagaimana kita nak jamin yang setiap botol air yang di jual telah melalui proses seperti di gembar-gemburkan?

Teringat pula aku pada dialog Arwah Din Beramboi dalam rancangan Sawancara Pagi Di ERA satu ketika dahulu, ( Boleh dengar di sini )

" Ayat penerang hati katanya, tulis atas pinggan...tulis atas gayung......gayung tuh taknak pulak dia makan....." 
Hahaha... Seboleh - bolehnya kita nilai dahulu betul - betul setiap produk sebelum kita beli agar tak tertipu. Mungkin penggunaan kismis dan omega segala macam yang telah terbukti oleh kajian sains di samping mengamalkan ayat - ayat Al-Quran adalah lebih baik berbanding produk yang tidak mampu dibuktikan dengan tepat keberkesanannya.


Mission impossible ?!

Wednesday, March 20, 2013

Bukan senang nak menjadi seorang pekerja, dalam masa sama seorang student, seorang kutu lepak, seorang ahli sukan dan seorang blogger. Kalau sehari 48jam pun aku tak sure cukup atau idak.

Namun dalam kesibukan segala perkara diatas sempat lagi aku plan untuk melakukan something yang dah lama aku impikan. Kalau berdasarkan plan inshaAllah akan berjalan pada awal bulan depan namun banyak faktor perlu diambil kira. Aku nak cerita lebih pun sebab masih on paper. Apapun semua list di bawah perlu disempurnakan terlebih dahulu. Dimana ada kemahuan, kesitu gua redaaaahhh...!

Lunch @ Tea Garden Kangar

Saturday, March 16, 2013

Gua pun dah buntu kalau bab pemakanan di Kangar sebab tekak gua asyik merasa menda sama aja hari-hari. Ditambah pula gua jenis memilih sikit jenis pemakanan ni so memang kedai-kedai makan yang sama aja gua rotate.

Tea garden ni memula gua ingat just jual air sebab menunya di dinding semua tulis air, tapi rupanya ada juga 10-11 jenis menu makanan. Dan yang lawaknya gua dan mrs dee dah pernah masuk sekali kedai ni tapi keluar balik sebab tak nampak unsur-unsur Halalan Toiyiban. Baru semalam lah baru aku tau dari kakak aku yang kedai "OK".

Aku order air tg signature coco yang sungguh awesome bagi aku sebab tak manis manakala mrs dee order air coffee pa taktau yang rasa macam coffee kikis kuali nujum pak belalang. Makanan pula aku ended up with chicken burger while mrs dee brown rice with chicken. Sebenarnya tadi memula gua nak pergi makan thosai di mapley aja tapi rupanya mapley sini jual thosai pagi dan petang aja. Terkinja-kinja brader waiter tuh gawang tangan nak bagitau aku diseberang jalan thosai xda sebab dia dah tau tuh favourite aku.

Dalam 40min juga rasanya baru makanan kami sampai, nasib baik tak lapar kronik. Haha. Perangai gua kalau lapar boleh jadi hulk. Bila makanan sampai, kelihatan ayam goreng tepung seketoi diapit dua biji roti dalam pinggan gua dan ayam yang sama dalam pinggan mrs dee. Rasanya tak sedap sangat sebab ayamnya macam terlalu garing dan kering. Kalau tanya gua, gua akan datang lagi untuk air but bukan makanan.The end.



Cambodia-Thai

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog; Part 7

Thursday, March 07, 2013

Kami bangun tak berapa nak awal pagi tuh memandangkan sedap betul aircond Asok Montri Hostel ni. Memula terasa sungguh tak beraspirasi traveler bila bangun lewat time melancong begini, tapi rupa-rupanya roomate kami yang lagi 5 orang pun semua masih enak diulit mimpi tetambah budak Jepun di bawah katil AJ yang tidur dengan senyum lebar. Mimpi Maria ozawa barangkali. Asok Montri turut menyediakan sarapan simple iaitu roti jem dan kopi 3in1. Memandangkan roti aku ada sikit lagi, maka aku bersarapan aja roti yang ada. Boleh tahan jugak roti Malaysia ni berjalan. Setelah siap wangi-wangi, kami pun bergerak ke BTS stesen untuk menaiki train ke stesen BTS Chit Lom memandangkan aku bercadang nak usha-usha baju ka seluar sehelai dua di Platinium Mall. Lagipun tengahari nanti AJ dah nak balik ke Malaysia sebab esok Jumaat dia kerja.   So bagi la dia peluang shopping jugak sebelum balik. Aku pun tak pernah lagi sampai Platinium mall ni tapi berdasarkan bacaan di internet orang cakap sini kedai pakaian ibarat Jatujak Market tapi versi Mall.


Sebelum pergi Platinium Mall, kami singgah dulu ke Pratnum Market. Pratnum market ni adalah market macam pekan rabu cuma satu tingkat sahaja. Tak besar sangat dan sungguh tak awesome untuk anak-anak muda macam kami. Fesyen pakaian di sini pun nampak tak uptodate tapi mungkin heaven bagi makcik-makcik. 


Fesyen anak muda yang paling uptodate pun barangkali hanyalah tshirt  gangnam style.
Selepas 15 minit pusing dalam Pratnum Mall, aku pun ajak AJ chow pergi Platinium Fashion Mall yang terletak kira-kira 100 meter di seberang jalan. 

Aku tak tahu samada isu ini telah dibangkitkan atau belum di Parlimen Thailand, cuma ternyata Platinium Fashion Mall mengamalkan diskirimasi gender secara terang - terangan. Cuba tengok sendiri direktori area pakaian lelaki dan wanita di dalam Platinium Fashion Mall ni. Dalam banyak-banyak tingkat, bahagian lelaki separuh level 4 ja beb dari Mall yang besar gedabak ni. Tak patut ....
Kalau aku adalah perempuan, mesti aku akan berlari - lari dengan ketawa riang sambil medepakan tangan di lorong ini. Kepada kaum lelaki pula,Aku nasihatkan, sila drop sahaja bini anda di sini dan blah balik sambung tidur di hotel. Sehari pun belum tentu habis mereka tawaf. Tapi disini banyak kedai berkonsep borong macam GM Klang. Sehelai pun jual cuma lagi banyak kuantiti yang di beli lebih murah harga per pakaian. See, aku tak pandai bab nak menerang macam cikgu ni. Muka-muka Malaysia pun ramai di sini. Aku cam pun sebab cara pemakaian tudung wanita Thailand, Malaysia dan Indonesia menampakkan perbezaan yang agak ketara.
In the end aku dan AJ hanya masing-masing membeli sehelai t shirt seorang sebelum kami naik lunch di foodcourt level 6 yang ada satu kedai makanan Halal. Aku tau pun sebab tanya seorang akak penjaga kedai bertudung litup ni.  Aku order nasik beriani ayam yang beharga 110bhat untuk mendapatkan tenaga yang jitu manakala AJ hanya cukup dengan 2biji Tika dan puree yang berharga 180bhat.
Selepas makan merupakan detik sedikit menyedihkan sebab AJ dah nak blah dan tinggal lah aku sorang - sorang meneruskan adventure ini. Apakan daya, dia kena kerja hari Jumaat yang tak berapa jam aja tuh. Selepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, AJ pun blah pulang mengambil barang perkakasnya di Asok Montri sebelum ke Airport manakala aku pula bercadang nak ke next mall pula memandangkan jam baru pukul 1.00 tengah hari.

Aku pun berjalan sorang- sorang ke Central World yang terletak tak jauh dari Platinium Mall. Area ni shopping mall memang dekat antara satu sama lain. Nak tau sila tengok google map. Jam di Bangkok tak jauh beza dari Kuala Lumpur.
Sampai di Central world, kelihatan ada satu event yang meriah di luar sebab aku tengok ada pentas dan muzik dah macam konsert sure heboh. Orang pun ramai situ. Maka aku dengan segak bergaya bawak kamera DSLR pun buat-buat gaya wartawan terjah tengok event yang berlangsung. Benda pertama aku jumpa adalah brader-brader kat bawah ni tengah bertanding acara memandu ikut trek kon ni..kira autokhana versi motor la..

Kemudian aku pun berjalan menuju ke pentas tempat pengacara berpung-pang2 cakap Thai yang sudah semestinya aku tak paham. Lepas tengok motor Honda merata-rata aku pun assume Honda buat pelancaran model baru motosikal mereka la kot. Siap ada model tuh, dan dari situ baru lah aku tahu yang bila anda bawak DSLR, automatik para model akan posing untuk anda. Hahaha. Aku pun apa lagi, berlakon la gaya wartawan konon tekan amik gambar padahal setting apa semua berterabur. Maklum lah, semua dah tak stabil time ni.Kahkah.
Dah puas pusing kat luar tengok show dari Honda ni, aku pun masuk ke dalam Central World Mall untuk meneruskan niat sebenar iaitu nak usha barang sikit - sikit.

Masuk aja dalam Central World, dah terasa macam masuk muzium motor, Rupa-rupanya, sedang berlangsung Bangkok 5th Bike Festival 2013 yang bermula dari 30 Januari sehingga 5 Januari. kira time aku pergi ni baru hari ke-3 festival berlangsung.


Selain motosikal berkuasa tinggi, segala macam aksesori turut di jual. Sebagai bekas mat rempit yang telah kembali ke pangkal jalan, memang perasaan teruja tuh ada tapi ya lah, nak usha lebih - lebih pun serupa duit aku banyak sangat. Hahaha. Tapi sempat jugak aku beli merchandise dari booth organizer. 

Waktu ni juga aku mula mencungkil minat baru dalam seni fotografi. Kehkeh. Patut la ada sorang member aku ni, sejak start amik gambar model di autoshow terus sampai sekarang tak berhenti memburu gambar model. Maklumlah, yang jadi model rupa dah macam Miss World, pastu muka senyum sokmo sambil posing seksi. Time ni bila aku renung-renung aku rasa ada hikmah juga AJ dah blah, satu, aku tau dia memang tak minat motor, lagi satu aku pun tak pasti samada dia minat perempuan. Tapi Alhamdulillah sepanjang duduk dengan aku takda perkara buruk menimpa. Lagipun aku dah prepare pepper spray. Hahaha.

Selesai sudah dengan soal duniawi, aku pun bergerak ke Masjid Darul Aman untuk menunaikan solat jamak. Untuk ke sana kena naik train di stesen BTS Siam yang terletak kira - kira 200 meter dari Central World dan perlu turun di stesen BTS Ratchathewi. Ala..1 stesen ja beza, tapi nak jalan mengah jugak la dengan kaki aku dah mula sakit sebab melecet. Dari stesen BTS Ratchathewi, aku pun menapak kira - kira 500 meter sebelum mula nampak beberapa restoran makanan Islam. Dari situ aku dah pasti yang Masjid Darul Aman sudah pasti tak jauh . Masjid Darul Aman ni terletak di Soi 7 Phetchaburi. Segan-segan jugak aku nak masuk masjid ni memula sebab aku pakai seluar pendek tiga suku. Pakcik janggut atas motor di gambar bawah jeling semacam ja bila aku masuk. Mungkinkah dia ada ternampak kegiatan sumbang aku di Cental World tadi? Huh

Soi 7 ni bagi aku lebih pada lorong daripada jalan sebab jalan dia kecil aja. Di sepanjang jalan ini terdapat warung - warung serta gerai menjual makanan halal. Terasa aman sikit hati bila di kelilingi saudara seagama .
Sempat jugak aku pekena hot dog bakar di sini. Komunikasi agak mudah memandangkan sesetengah mereka boleh bertutur bahasa Melayu seperti Mak Cik jual hot dog bakar ni. Boleh pulak aku pi tanya Halal ka tak walhal mak cik tuh pakai tudung. Dalam keadaan tersengih dan mungkin sedang mengata " apa bangang sangat budak....." dalam hati, mak cik tuh pun menjawab "Halal2"... Hahaha.
Disebabkan tiada meja atau kerusi di sediakan, aku pun duduklah bertenggek di tangga 7E bersebelahan. Berdekatan aku ada beberapa orang makcik-makcik yang tengah sibuk bergosip barang kali. Anak-anak kecil mereka pula sedang aktif bermain kejar sana sini. Sesekali mereka di hon motor yang lalu lalang. Terasa meriah suasana di sini. 

Kenyang sudah, aku pun menuju ke stesen train BTS Ratchathewi semula untuk ke Stesen BTS Jatujak pulak. Niat aku hanya sekadar nak melepak ambil feel di Jatujak park. Petang - petang ramai orang lepak bersantai tepi tasik di Jatujak Park sambil ada peniaga datang menjual makanan burung dan ikan selain tikar yang turut boleh di sewa.

Bila dah mahgrib aku pun pulang ke Asok Montri Hostel untuk membersihkan diri dan berehat. Traveler yang menginap di sini kebanyakan belum balik lagi. Sempat juga aku bersembang dengan sorang roomate aku dari Jepun. Lupa pulak apa nama dia yang pasti bukan Sunio. Muda lagi orangnya. Dia cakap dia datang dengan 3 orang lagi rakan dan menghabiskan masa selama sebulan untuk tour satu Thailand dan mereka bercadang singgah di Bangkok selama seminggu. Jeles aku tengok semangat mengembara mereka.

Agak kekeringan idea untuk aku menjalankan aktiviti malam secara solo. Nak sewa escort girl pun tak mampu plak. Haha. Maka menapak aja aku ke area Nana yang semalam aku dah pergi dengan AJ. Demi sebiji kebab.

Kalau ikutkan badan ni dah letih sebab menapak sana sini hari ni tapi aku perlu menyiapkan plan dan research serba sedikit untuk esok. Masa ni lah nak mengasah balik bakat membaca map macam zaman pengakap dulu-dulu.

Flickr Images