Halloween

Saturday, October 30, 2010


Halloween (or Hallowe'en) is an annual holiday observed on October 31, primarily in the United States, Canada, Ireland, and the United Kingdom. It has roots in the Celtic festival of Samhain and the Christian holiday All Saints' Day, but is today largely a secular celebration.

Common Halloween activities include trick-or-treating, wearing costumes and attending costume parties, carving jack-o'-lanterns, ghost tours, bonfires,apple bobbing, visiting haunted attractions, committing pranks, telling ghost stories or other frightening tales, and watching horror films

source: wikipedia


Apakah kena mengena Halloween dengan orang Malaysia ? Malaysia pengeluar labu terbesar dunia kah ? Malaysia adalah salah sebuah negeri di Amerika kah ? Halloween adalah sempena Hari Raya Haji kah ? Lambang kemerdekaan kah? Tidak tidak tidak sama sekali. Halloween tidak sedikit pun bersangkut paut dengan budaya Malaysia.Malah tidak ada seekor pun hantu hantu tempatan seperti pocong,toyol mahupun hantu raya yang di iktiraf didalam festival ini.Jadi mengapakah sambutan Halloween turut diadakan di negara kita ?



Mungkin halloween ada bersangkut paut sedikit dengan mereka yang dilahirkan,mempunyai darah darah campuran dari negara negara yang tertulis diatas atau penganut Kristian.Tapi apa kejadahnya Ahmad Daud bin Ismail berasal dari Ipoh,Siti Fauziah bt Arshad dari Sekudai mahupun Sabri Yahya b. Salam dari Arau menyambut Halloween ? Dapat pahala kah ? Ada kuih raya kah ? nice kah ? Urban sangat kah ? Mungkin mereka masih belum matang mahupun terlalu terpengaruh kerana banyak menonton filem filem barat.Tapi kenapa sesetangah pak cik pak cik dan mak cik mak cik turut serta membawa anak anak kecil menyertainya ? Zionis..Zionis..

Nissan Sarena

Friday, October 15, 2010


Akhirnya terjual jugak Nissan Sarena '02 yang aku iklankan di Mudah.My . Aku rasa dah terjangkit penyakit Rusyidi Ashikin dah ni , jadi ketagih menjual menda online.Try jual rumah aku pulak cemana.Hehehe..


Sepagi Di Gym

Thursday, October 14, 2010

"hang ni pemain bola perlis ka ?"

"dak aih..saya mai main gym seronok seronok aja pakcik"
"oooo..bukan apa..ada gaya.. "

-------------------------------------------------

maka hari ini tamatlah latihan itensif aku selama sebulan di Gym Hotel Putra Palace ,Kangar dibawah bimbingan abang Shahrul .Brader ni ajar memang bagus,penerangan yang teliti serta bantuan teknikal dan fizikal yang mantap.Recommended .

Aku masuk ke Gym ni pun sebab menghabiskan sebulan masa terluang yang ada dan sememangnya aku menyesal tak join awal awal lagi sejak balik berpraktikal di sini.Apapun kepada sesiapa yang berada di Perlis dan mahu start main gym,boleh la datang ke Gym Hotel Putra Palace ,yuran bulanan untuk gym+swimming pool adalah Rm70 dan jika anda mahukan khidmat trainer iaitu abg shahrul ,tambah sahaja rm100.Mana nak dapat trainer rm100 untuk 5hari seminggu ..!

Kronologi Songkla & Hatyai Trip Bersama Emak Pemakan

Saturday, October 09, 2010

Songkla dan Hatyai terletak kira kira 2jam perjalanan dari Kangar,Perlis.Memandangkan telah lama tidak kesana dan jarak yang tidak seberapa jauh,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan trip pergi balik ke songkla/hatyai pada hujung minggu .Berikut adalah kronologinya:

Van beserta tourist guide mengambil kami di sempadan Padang Besar Thai
Tanpa melengahkan masa yang ada,van bertolak menuju ke hatyai
kira kira sejam setengah kemudian,kami tiba di pantai songkla
Ikan duyung topless ini dikatakan merupakan sumpahan seorang anak yang tidak suka memakan ikan yang merupakan sumber protein utama
Kepala naga juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Songkla selain ikan duyung topless , walaupun ternyata ikan duyung topless lebih digemari pelancong lelaki khasnya ;)
Disini juga terdapat banyak gerai gerai makan yang menjual pelbagai hidangan yang menyelerakan,seperti....
Ketam goreng tepung yang hanya beharga rm3 untuk kira kira 2-3 ekor ketam
Maka emak saya tidak dapat menahan godaan ini
Beliau makan sehingga berpeluh peluh
Setelah emak kenyang ,kami ke Tang Kuan Hill Lift Station
Dari atas Bukit Tang Kuan ini , kita boleh melihat panorama bandar Songkla yang mengasyikkan
Di bawah Bukit Tang Kuan juga,terdapat banyak monyet monyet jinak yang diberi makan oleh para pelawat
Namun emak takut kepada monyet monyet itu
Kata emak 'kera dihutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan' ,maka dari memberi monyet makan.....
baik emak sendiri yang makan.
Ais Krim yang emak makan amat menyelerakan
kemudian ayah mengadu dahaga,maka kami pun singgah minum di Kopi Bin
Emak telah memesan roti canai beserta Neskape,neskape memang diberi dalam kuantiti setengah gelas beserta seteko air panas.Unik.
Sesudah sesi minum separa pagi , kami pun menuju ke pekan Hatyai
Jam menunjukkan telah masuk waktu makan tengahari bagi kawasan hatyai dan yang sewaktu dengannya.
Maka emak pun makan lagi
Selepas makan tengahari ,kami ke Nora Plaza,ekceli kat Nora Plaza ni takda menda menarik sangat pon,kecuali......
Sup Sarang Burung.Harganya 200bhat@rm20 semangkuk.
Emak kata 'Nice!'
Sesudah emak puas , kami ke 'Floating Market' ataupun melayunya Pasar Terapung
Terdapat pelbagai aneka makanan yang di jual,ada yang halal Al Toyibah dan ada juga yang Haram hukumnya
Sampan peberet aku semestinya adalah sampan ini,terdapat pelbagai 'lokcin' yang rare dijual disini
Pembayaran dilakukan masih mengikut syarak walaupun kelihatan agak syirik gayanya
Emak berasa suka hati dengan jagung putih yang dibelinya
Selain pasar terapung, pasar di darat turut ada disekitar kawasan ini

Setelah emak puas membeli pasu pasu tanah liatnya
Maka kami pun bertolak pulang

Kesimpulannya trip ni memang menyeronokkan kerana kita dapat melihat dan merasa benda benda unik yang terdapat di negara orang. Kepada mereka yang nak ke hatyai ,pantai songkla dan floating market merupakan tempat yang wajib anda kunjungi.Dan emak pula mempunyai 4000 Kalori yang perlu dibakar.


Peristiwa Semalam Version 3

Monday, October 04, 2010


Design aku dah tukar tapi idea menulis belum sampai.Apapun aku try pelan pelan kayuh.Bak kata memoir terkenal, Rusyidi Ashikin, " tunggu dapat rentak dahulu " . Hidup lepas praktikal memang banyak masa terluang,namun aku isikan dengan aktiviti sukan agar badan sihat,minda cerdas.


Brader Sazali samad ni 4 jam sehari ja senyum macam ni


20 jam lagi,muka jadi kot lain

Opick featuring Amanda - Maha Melihat

Monday, October 04, 2010

Aku rasa nak start dressing macam opick la...


Lirik Lagu Opick feat. Amanda - Maha Melihat (Ost. Manohara)

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertobat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyanyang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup 'kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

Saya Paizo Japri

Saturday, October 02, 2010

Nama saya paizo japri..Teman baik saya popopow..Saya memang garang!

Flickr Images