Kehidupan Seorang Pelajar

Friday, April 30, 2010


Every New Semester
new semester

After 1st Week
after one week

After 2nd Week
after 2 weeks in college


Ada lagi…

Before the Midterm Exam
before mid term


During the Midterm Exam
during mid term exam


After the Midterm Exam
after mid term exam


Before the Final Exam
before final end exams


After Seeing the Schedule of the Final Exams
exam schedule


7 Days before the Finals
seven days before finals


6 Days before Finals
6 days before finals
5 Days before Finals
five days


4 Days before Finals
4 days


3 Days before Finals
three days


2 Days before Finals
two days before final exams


1 Day before Finals (Night before the Final Exam)
night before final exams


1 Hour before Final Exam
one hour before exam


During Final Exam
during exams


After coming out of the Examination Hall
after exam


After College during Holidays
that is what collge is all about

Haha! Itulah dia kehidupan seorang pelajar..


Source:Ohtidak!


*Damn!sebijik sama..hahahah...

Cara Bangun Pagi Yang Tak Berapa Kena

Wednesday, April 28, 2010


8.30 am ( Handset berdering kencang)
si pemanggil : aloo bro..ko datang quiz pukul brape ?
aku : (dalam pening pening ) hah! Quiz ?hari ni ka?
si pemanggil : Ya la..Hari ni ah..
aku : Damn! aku kat kelana jaya ni .
si pemanggil : eh..hari ni hari rabu ka khamis bro ?
aku : rabu
si pemanggil : ehh..sori..silap2..
aku : (Segar Bugar)

10.30 am (Turun ke kereta park tepi jalan)
Damn..dapat "flyer" ..

FOR SALE ! *KANSEL*

Saturday, April 24, 2010


Sumpah sedih..Satria untuk dijual..Harga boleh runding.Email/sms/call/YM/FB diterima..Kereta ni memang dah banyak kenangan suka duka dengan aku.Memang boleh buat cari makan bak kata kucing.

Sedikit Spec :-

Model : Proton Satria 1.3 GLi (injection) /4G13p
Tahun : 1999
Plat : PFT 48**
Kaler : Kuning Spoon (cat bulan Dec 09 atau Jan 10 kalau tak silap )
Contact : hanif@aggies.com / YM : mugenstrikeback @ Y!

Reason for sale : nak kawin


*P/s : kansel..keta ni akan jadi kereta ronda untuk kompeni sekuriti...

Camping Bagan Lalang

Saturday, April 24, 2010


TARIKH: 2minggu lepas 10hb April 2010
LOKASI : BAGAN LALANG
MASA : 2hari 1 malam
Anjuran : Persatuan Silat Cekak Hanafi MMU Cyber & Melaka



apa orang panggei game ni,masuk ranting dalam botol ?
Pemandangan bagan lalang di pagi hari


Pertandingan bina istana pasir,tema banggunan mercu tanda malaysia.Gila intelektual bebudak group aku
Group lain
Berhala kaum Quraisy
Brader ni memang banyak duduk atas pokok dari atas tanah.Gaya rambo aja aku tengok.

Kejohanan Badminton

Friday, April 23, 2010


Pada hujung minggu lepas telah berlangsung satu pertandingan badminton terbuka anjuran Silat Cekak Hanafi MMU Cyber .Memula incik YDP cakap ini main sesama ahli sahaja namun semua itu omong omong kosong.Pertandingan telah dibuat secara open maka ramai jugak jaguh jaguh yang hadir.

Aku telah register untuk 2 kategori ,singular dan plural .Dari jauh beb gua datang semata mata nak join pertandingan badminton ni.So macam biasalah,9.40 cabutan perlawanan pun berlangsung.Entah sua suei betoi laluan gua memang berliku liku . Single first round bertemu mantan Vice President Persatuan Badminton MMU .WTFFF! dan double pulak bertemu pasangan Champion pada pertandingan hari tuh.Rasa macam nak nangis pun ada sikit sikit tapi mengenangkan lagu Jika kau fikirkan kau boleh yang dulu dulu pernah play kat tv1 dengan background anak anak sidek main badminton,gua jadi up sikit spirit tuh.Tuh pun tak kemana jugak .Hahahaha..Resultnya ,dua dua kategori tersingkir awal.

Mantan VP Persatuan Badminton MMU ,saudara jager . pikir la gena gua nak menang .

Oh ya.Partner gua arituh ialah saudara kucing (pemilik Daihatsu Mira Turbo RS Special Limited Editon 850RR ) .Game start pukul 9 lebih,dia pukul 10 lebih baru sampai.Tuh pun sampai sampai terlupa bawak kasut pulak.Dia ingat main badminton pakai gate rumah buat net kot.Ni tournament baii.. Balik semula.Dah tak mandi.So banyak jugak la faktor buat partner gua ni tak cergas 100% .Kalau tak at least tiket ke final tuh dah dalam tangan.Kami akan cuba gegar sem depan.Dengar kata kucing dah fly ke China training.

Daihatsu Mira Turbo RS Special Limited Editon 850RR

Saturday, April 17, 2010


Daihatsu Mira Turbo RS Special Limited Editon 850RR merupakan kereta limited edition keluaran Daihatsu U.S.A yang telah di hasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-18 anak Pengerusi Daihatsu U.S.A iaitu Peter Shiff .Namun kereta rare ini akhirnya telah dibeli dan dibawa ke Malaysia oleh seorang anak muda yang berwawasan yang amat meminati kereta Super Rare begini iaitu saudara Kucing, bukan nama sebenar .

Menurut spec pengeluar ,Daihatsu Mira Turbo RS Special Limited Editon 850RR mampu menghasilkan 980 Kuasa Kuda.Ia didatangkan tanpa air cond untuk mencapai nisbah kuasa kepada berat yang jitu serta memaksimumkan kuasa enjin . 'kereta ni memang boleh buat cari makan ,' celah saudara kucing sambil tersengih mengurut misainya. Apapun ,aku malas nak review banyak ,mari kita lihat dengan lebih mendalam kereta super rare ini.

Didatangkan dengan bornet carbon-Titanium .Beratnya hanya seberat duit syiling 10 sen

Rim Volks Racing Rs disarung dibelakang manakala Rim Enkei RP007 dihadapan

Didatangkan dengan warna titanium 3d , kalau siang nampak kelabu ,mendung nampak merah, hari hujan nampak
biru dan waktu malam terus tak nampak

Seat Recaro Mira Dihadapan ,Steering dari MOMO , Driver tuh yang mahal , Micheal Shemaker

*kucing jangan marah naa.. hehehe..sebarang bantahan atau memorandum sila SMS ke Talian Nur

Berita Char

Friday, April 16, 2010


Lama benar aku tak update ranking char Kuey Teow ni.Nak kata jarang makan,selalu ,cuma asyik pekena tempat sama,tuh yang tak terupdate.So hari ni nak update serentak 2 sekali gus.

Chalos Char@Bangi

char Chalos ni terletak berhampiran Pusat Rawatan Az-Zaharah Bangi.Ekceli aku dan rakan rakan ke sana untuk melawat seorang rakan di Pusat rawatan tersebut namun berakhir di Chalos.Chalos ni sebenarnya kedai kafe ada jual roti roti donut namun kat depannya juga tertenggek gerai Char Kueh Teow itu sendiri.Aku tak order pun Char disitu sebab aku memang dah full makan tengari pun dah pukul 3 lebih , tapi aku sempat merasa la sikit.Dari analisis yang yang singkat,aku nak rumuskan Char Chalos ni hampir sedap tapi masin.Mungkin kemasinan Char just terkena kepada kami namun kesimpulannya perlu di improvekan lagi memandangkan harga yang agak terlampau.Rm5.

Char O Meter : 5.5/10

Char Soho@Bangi


Soho merupakan salah satu kedai makan yang tampak menarik jika dilihat dari seberang jalan Bandar baru Bangi.Sebelum ni pun aku dah pernah test makanan di sana,kalau ikut kedai ranking kedai kedai makan yang bersepah di jalan tuh,SOHO memang antara terbawah.Cuma hari ni aku kesana sebab pilihan dah agak kurang selain ingin mencuba setelah sekian lama.Dan kebetulan dah ada Char kueh teow disana.Jadi aku pun cuba la.Char Soho ni aku makan rasa sipi sipi atau nipis nipis ja.Dah hampir macam tawar.Aku tengok jugak tukang masak tuh masak dan apa yang aku nampak dia banyak letak air.Kalau Char ShowRu,dia banyak main minyak.Senang cerita tak berapa sedap.

Char O Meter : 5/10

Ranking Terkini Char (update 16/4/10)
1. Char Kampung Melayu Subang
2. Char Aimar ,TTDI Jaya
3. Char Sany,Kelana Jaya
4. Char kwsp,Kangar
5. Char Sungai dua,Penang
6. Char Berasmana,Kuala Perlis
7. Char Gani,Jitra
8. Char Ketam ,Taman Kemajuan
9. Char Terminal, Cyber
10. Char Batu Dua,Kangar
11. Char Chalos
12. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
13. Char SOHO
14. Char UM
15. Char Shah's Corner,DP,Melaka
16. Char Uptown Kota Damansara gerai No7


Esemen

Monday, April 12, 2010


Balik aja bagan lalang , "wishlist" aku di dinding memang sudah melimpah.Hari ni kena present assignment spanish manakala esok pulak kena submit assignment management decision science.Semua markah kencang2 beb,20 - 25 markah satu.Kalau missed memang kencing berdarah la jawabnya.

Kelas spanish aku ni diajar oleh senior Juel dari Cuba.Kata orang dia ni pernah berjuang bersama sama che guevara dan fidel castro dalam hutan cuba dulu dulu,ada juga kata dia senior Juel ni gay sebab ada budak pernah nampak dia berpacaran di Alamanda.Tak pasti pulak dia ni amik posisi lelaki atau perempuan.Tapi badan dia tough beb.Apapun,senior Juel ni mengajar memang serius.Muka nak ketat aja,sembang pun mau spanish aja.Tapi menda remeh nak pulak dia gelak berdekah dekah.Apa punya taste kelakar la senior Juel ni.

Malam ni dah nak kena present.Macam biasa ,budak budak melayu memang terrerr bab bab buat kerja last minit ni.Dalam kelas pun aku menganga aja,tuh pun yang aku paham porque,mi amor kes dok terlayan telenovela tv3 aja.Memang perit beb nak buat karangan spanish ni,grammar english aku pun berterabur lagi apatah Spanish.Rasa macam nak ke Jalan Ampang pun ada suruh akak kerani kedutaan tolong tulis jap.Ala,setakat karangan ni ,5 minit pon akak catalina boleh setelkan.

Gua pun dah tak berapa sedar gua orang malaysia ka spanish

Apapun berkat usaha keras , setel jugak assignment spanish ni.Terima kasih kepada spanishdict.com dan Yahoo!bebel. Harap harap tak kantoi la kegiatan aku ni.See u tonite senior Juel. Pap pap pap.

Live Show

Sunday, April 11, 2010


Aku memang tak reti/segan nak berkaraoke , tapi bila ber camping,macam biasa malam malam mesti ada show.Tahniah kepada 60 orang yang bertuah yang terpilih untuk mendengar live show first aku dan rakan rakan.Tak lupa terima kasih kepada juri kerana menghadiahkan tempat kedua kepada kami.Lagu kat bawah ni tiada kena mengena dengan live show aku.


Nidji - Jangan Lupakan
ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

Bagan Lalang

Saturday, April 10, 2010



Bagan Lalang,Here i come...

Aku Punya Pasal

Unintended

Wednesday, April 07, 2010

Tetiba terlayan lagu muse ni.Memang tak dapat dinafikan muse merupakan salah satu band terbaek!



You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

Before you

Ada Apa Dengan Bunga

Sunday, April 04, 2010

Ntah apa buang tebiat,kakak aku boleh ajak ke kedai pokok pokok bunga di persiaran Sungai Buloh.Aku pernah ke sini pun teman parents aku yang memang gilakan pokok hiasan.Takut jugak aku dengan perubahan drastik sikapnya.Tak ready lagi nak menggepalai tugas sebagai anak sulung nanti.Selalunya ajak ke kedai aksesori kereta, tetiba harini ajak ke kedai pokok bunga.Terasa seperti setan ajak ke masjid.


Namun apapun,entah macam mana aku pun terasa best pulak lepak pilih pilih bunga untuk buat hiasan di beranda rumah.Macam satu feeling sahaja apabila bermain dan melepak dengan bunga bungaan ni.Mungkinkah perasaan ini yang bapak aku rasa bila membelai pokok misai kucingnya.Aku rasa macam nak buat hobi baru lah.

Mungkin beginilah suasana di dalam hati Rusyidi sekarang

6 Tanda Tanda Rakan Anda Sudah Berpunya

Sunday, April 04, 2010


1) Member member masuk kedai,dia lepak luar
2) Sembang mata tengok member ,tangan dok tup tap tup tap

3)Dah pandai pakai casing henpon kat pinggang

4) Tangan pun dah ber urat

5) Kerap mengadu tiada duit apabila diajak melepak

6) Dulu tidur atas bantal,sekarang bantal tidur atas dia.(sambil dengar suara terkekek)

*illustrasi hanyalah imaginasi penulis

Flickr Images