Makanan gaya Bujang

Sunday, March 28, 2010



Fakta Nutrisi
Size makanan: 100g
kuantiti setiap paket
Kalori 121
Fat 133.9% Carbs 102.5%
Protien 0.0%
Kanser 70%

Alternatif Arah Kiblat

Thursday, March 25, 2010

Kepada mereka mereka yang masih belum update arah kiblat dan masih menggunakan baitulmaqdis sebagai kiblat,mari kita sama sama memeriksa arah kiblat anda.

Bahan :

Langkah 1

Bukak laman E-solat,pilih daerah serta lokasi anda.


Kemudian klik pada gambar arah kiblat pada gambar kaabah.


akan terpapar gambar ni

Langkah 2
Bukak wikimapia,dan carik dimana kediaman anda.Example :-


Wikimapia sentiasa menunjukkan keatas menghala ke utara,jadi anda akan tahu dimana arah utara kediaman anda

Langkah 3
bandingkan gambar arah kiblat dari web e-solat dengan gambar kediaman anda dari wikimapia..

Mudah bukan ?anda tak usah lagi berterabur keluar rumah mencari matahari apabila tetamu menanyakan arah kiblat .

*kalau silap ,sila maklumkan.aku test selama ni betoi aja

Road Of Life

Thursday, March 25, 2010




"Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending."
[by Maria Robinson]

Pengalaman Urus Niaga Saya

Wednesday, March 24, 2010

Bidang perniagaan di Malaysia sudah sedia maklum dimonopoli oleh kaum kaum tertentu dan dalam sesetengah kes,kita memang secara terpaksanya tiada pilihan lain kecuali menggunakan perkhidmatan mereka.Baru baru ni di media massa banyak memperkatakan kes kes sijil halal dipalsukan,kes penguatkasa dikunci dan kes kes cara mpenyembelihan ayam yang meragukan.Lihatlah betapa bergantungnya orang kita kepada mereka sehingga dipermainkan ?


Aku malas nak sentuh soal soal halal dengan lebih mendalam.Namun mengapakah kita masih berkunjung ke Kopitiam kopitiam yang terbukti tidak mendapat sijil halal ? aku akui sebelum ni aku juga selalu melepak disana memandangkan suasana dan perkhidmatan wifi .Namun jika difikir kan semula, makanan yang disediakan tanpa sijil halal JAKIM dan harganya yang tidak setimpal dengan apa yang diberi .Secebis ayam,sedikit fishball,segenggam mee = rm7.90 tak termasuk cukai . Berbeza sekali harganya jikalau makan di warung Mak limah dan restoran Daud.
Sesetengah orang kita pula tidak kisah dengan keekslusifan sesebuah kedai makan dan memilih kedai yang mempunyai pelbagai pilhan makanan,turut mempunyai wifi dan happening di malam hari iaitu kedai Mamak.Dan sekali lagi,pendedahan media massa baru baru ni menunjukkan banyak kedai berstatus mamak ini bukan 100% di miliki mahupun diusahakan oleh pekerja Islam malah ada kes ia tidak mempunyai pekerja Islam langsung.Mereka hanya menggantungkan ayat ayat suci Al-Quran dan dengan sedikit lebai,mereka bertukar menjadi kedai Mamak Muslim.bagaimana pula dengan sumber bahan mentah mereka ?Sekali lagi orang kita terkena.

Tetapi kenapa masih ramai orang kita ke sana ? Semuanya kerana Wifi ,persekitaran yang tampak ekslusif,kepelbagaian makanan dan keceriaan sesebuah kedai.kepada Mak Limah dan pakcik daud.Tolong lah tingkatkan kedai makan anda supaya mampu bersaing.

Aku pun tak perasan aku dah terpesong jauh,berbalik kepada mengapa aku mengeluarkan post kali ni ialah kerana semalam aku baru lepas tinted kereta selapis lagi .Tuh pun aku tertinted secara tidak sengaja sebab memulam aku nak pergi jogging,entah macam mana aku terlajak dari tempat joging .Memandangkan jam pun dan 6.30 petang, maka aku teruskan aja ke kedai aksesori kereta.Lepas tanya serba sedikit,pekerja kedai aksesori tersebut suggest aku buat sekarang,maka aku pun setuju. Entah macam mana pagi ni baru aku sedar yang ada satu part tinted belakang ni ada garis gelembung udara terperangkap yang kelihatan jelas dibelakang.Maka aku pun mengambil keputusan untuk ke kedai aksesori itu semula selepas kelas.

Berikut perbualan aku dengan pekerja tinted :-

aku : tolong tengok tinted cermin belakang ,ada nampak garis gelembung .
pekerja kedai A : mana ?

pekerja kedai A tuh pun cuba hilangkan kesan udara namun gagal .

pekerja kedai A: boss ,itu memang macam tuh ,nanti u jemur panas,dia hilang lol..
aku : tuh nampak besar aja,cemana nak hilang,kalau kecik kecik kot la boleh hilang.u tak boleh bukak pastu lekat balik?
pekerja kedai A : tak boleh maaa...itu sudah bukak terus tak boleh pakai.
aku : tuh nak buat cemana , semalam u pasang malam lewat2 nak cepat tutup kedai ,sekarang dah nampak buruk tinted i . U tukar lain la,bukan u nak rugi pon ada banyak lagi.
pekerja kedai A:kami rugi maaa, lagipun tinted hitam,murah memang takda waranti wooo,kita tak jamin kalau rosak
aku : kalau aku dah pakai sebulan ka hapa ka aku tak kisah la kalau jadi,ni baru semalam pasang,tak sampai 24jam lagik dah nampak gelembung kenapa ? sekarang kalau u tak rugi i yang rugi.

pekerja kedai A cuba nak putar belit lagi memanggil rakannya yang memasang tinted belakang aku dan bersembang dalam bhasa cini.

pekerja kedai B: itu memang sudah ada wooo..u punya tinted lama sudah tarak elok
aku : tinted lama ni pun i baru pasang tak sampai 3bulan ,takkan dah rosak (aku pulak kencing )

at last taukeh kedai pun masuk campur

Taukeh : boss..itu jadi sebab u punya tinted lama maaa..
aku : manada,tinted i elok lagi , ni semua sebab pasang malam,u orang tak nampak,jadi tak elok
Taukeh : macam ni la boss, kita orang bukak tukar ,kalau betul salah pasang ,i kasi u free..kalau salah tinted lama u,u bayar harga tinted belakang baru rm40 .
aku : kalau betul u salah pasang,i still rugi masa kena datang balik ni.I bayar rm20 saja kalau betul salah tinted lama i.
Taukeh : Ok lol..

maka pekerja kedai pun bukak,cuci,lekat baru tinted belakang aku.

Aku : cemana taukeh ? meh la check .. cemana dengan masa lunch i yang rugi ni ?

Taukeh muka tersengih macam kerang busuk ... Macam nak penyepak aja .




Next ...

Tuesday, March 23, 2010


lirik lagu Satu Zainal Abidin & S. M. Salim
Bila ku dengar
Irama lagu yang satu
Hati bertambah sayu
Terkenang kampung halamanku

Nah ! Di sini ku berdiri
Kau akan melalui
Ku pernah merasai

Heyy !

Ahh !! Garam pernah ku rasa
Intan dengan permata
Sudah dapat dibeza
Kematanganmu juga nampak dewasa

Langit yang ku junjung
Bumi yang ku pijak
Irama rentak lagu
Tiada bezanya

Ikutilah rentakku
Hayati irama
Berganding kita bersama

Kini kita berdua
Megah meranjau masa
Engkau dan aku sama
Tiada sempadan usia

Jejak dan langkahku
Kekadang keliru
Menangis tiada lagu
Tunjukkanlah haluan
Agar tidak tertunggu

Heyy ! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang
Langkah kiri dan kanan
Bersama tiada bezanya

Heyy ! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang

Layan gak lagu ni,tuh pun kes bukak blog HilangPunca..

P/s : Kepada mereka mereka yang terasa dengan salah silap aku, aku mintak maaf sangat2.. Kekadang kita tak sedar selagi tak buat silap.Bila dah jadi , menyesal pun dah terlambat.So apa yang boleh aku lakukan hanyalah meminta maaf. Semoga Kalian bahagia sentiasa.


Berita Char

Saturday, March 13, 2010

Sany Char @ ShowRu

Tekan bagi besaq

Bab nak cari makanan area Kelana Jaya ,memang aku dan kakak aku dah buntu mencari kedai sedap.Tambahan pula malam ni parents kami sampai dari kangar.Fikir punya fikir kemana nak bawa mereka dinner,aku teringat akan satu kedai yang saudara edios nyatakan. Jadi setelah mengambil parents aku di airport subang,kami menuju ke kedai makanan berdekatan kelana jaya business centre.Memula bajet nak makan direstoren yang dicadangkan di tasik berdekatan stadium MBPJ namun kami ahirnya ternampak satu kedai yang macam sempoi iaitu restaurant ShowRu.

Sany Char - Rm4.00

Kat restoran ShowRu ni ada juga buka gerai gerai dan salah satu gerai Sany Char Kueh Teow.Macam biasa,aku pun try saja Char Sany ni. Rumusannya,Char Sany ni memang nampak saja tak berapa menarik namun sekali try pasti meleleh.Rasa charnya tak pedas ,tak manis,sedap sedap makan.Rasa setaraf char char top di Utara Tanah Air.Pinggan yang kecik membuatkan ia nampak sedikit berbekalkan 3ekor udang namun rasanya cukup la sekadar untuk makan malam.


Char'O'meter : 8.2/10

Ranking Terkini Char (update 13/3/10)
1. Char Kampung Melayu Subang
2. Char Aimar ,TTDI Jaya
3. Char Sany,Kelana Jaya
4. Char kwsp,Kangar
5. Char Sungai dua,Penang
6. Char Berasmana,Kuala Perlis
7. Char Gani,Jitra
8. Char Ketam ,Taman Kemajuan
9. Char Terminal, Cyber
10. Char Batu Dua,Kangar
11. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
12. Char UM
13. Char Shah's Corner,DP,Melaka
14. Char Uptown Kota Damansara gerai No7


Langkaweee-weeee-weeee

Tuesday, March 09, 2010


Sedap betul petang petang layan mandi pantai.Suasana pantai yang meriah dengan kombinasi alam semulajadi yang indah mencetuskan perasaan yang sungguh pelbagai.

Gambar gua terbaru

Kepada mereka yang baru putus cinta,tengah sedih sedih dan yang ada angan angan nak terjun banggunan 18tingkat,fikir fikir la semula.Layan dulu "The World Is Just Awesome"




Flickr Images