Aku Punya Pasal

Here I go..

Thursday, July 30, 2009


Esok aku akan bertolak ke Sabah untuk aktiviti mencari burger orang utan.Last sekali aku jejak ke sana lebih kurang 12-13 tahun lepas maybe.Semoga aku selamat pergi dan sampai.Penglaman naik fireflyz buat aku paranoid sedikit naik kapal terbang.Kerajaan perlu membina highway didasar laut untuk mereka yang paranoid.



Kata kata pedoman untuk hari ini

"hang memang otak jepun," - ajid motor


Aku Punya Pasal

Gambar Rambang

Wednesday, July 29, 2009

semenjak handset berkamera aku sudah pulih dari selsema kupu kupu, aktiviti menangkap gambar aku semakin galak berkembang.Selalunya time amik gambar,ada sahaja benda nak cerita di blog,lepas tangkap,malas pulak nak pindah ke PC dan mood nak bercerita sudah hilang.So aku nak masukan sedikit gambar gambar yang aku snap dalam handset aku.

1. Samee Vs Biskut bantal

Setiap kali balik Perlis,benda pertama aku akan buat ialah membeli stok makanan untuk menguyah sambil menonton saluran haiwan haiwan liar.Feveret aku ialah keropok samee ni.Memang tokei kedai runcit berhampiran sudah tahu sangat niat aku kalau ke kedai beliau.Selain itu biskut bantal atau nama saintifiknya Pillowpinella anisum juga turut menjadi sasaran memandangkan kandungan protein dan vitamin E yang tinggi.

2. Ada Apa dengan abang guard


Sapa kata abang guard garang,tak boleh tolah ansur,kerja nak saman student.Sesungguhnya abang guard terbukti seorang insan biasa
....

..

Kroihh.kroiihh

3. Gejala Sosial


Jabatan Haiwan perlu mengambil langkah langkah drastik untuk membasmi gejala penagihan dadah dikalangan haiwan yang semakin berleluasa.
(aku syak kalau kuyu dihidupkan semula dihayat akan datang sebagai kucing,begini lah rupanya)

4. Buai Laju laju
Dah bagi tidur pun dah cukup bertuah,yang nak kencing sekali apa pasai hah ?????

5. Datsun Skyline r38

Sungguh perang bunyinya

6. FOM cafe


Just gambar cafe kat fakulti aku.Faveret aku mee soto.Pergh!

Berita Hari Ini

Berita Hari Ini

Saturday, July 25, 2009


Pelajar maut ketika ke masjid

PADANG BESAR: Seorang pelajar, Ahmad Syamil Azmi, maut apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Paya di sini hari ini.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, Tunjong, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, Insp Azlizah Khairul Abdul Kadir, berkata nahas berlaku pada jam 1.10 petang di Kilometer 8, Jalan Kangar-Padang Besar.

"Ahmad Syamil sedang melintas jalan untuk ke masjid semasa dirempuh kenderaan yang dipercayai datang dari arah Kangar menghala Padang Besar itu," katanya.

Azlizah Khairul berkata, pemandu kereta terbabit, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, ibu mangsa, Hamidah Abd Rahman, 52, ketika ditemui berkata sebelum kejadian anak bongsunya itu tergesa-gesa pulang dari sekolah dan terus mandi untuk ke masjid.

Ibu kepada lima anak itu berkata, Ahmad Syamil memberitahunya akan pulang lewat dari masjid kerana ingin menemui rakan-rakannya. - Bernama

2 peragut maut


SHAH ALAM: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang eksekutif wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, Junaili Abdul Hamid, 43, bertindak nekad mengejar peragut terbabit dan ketika cuba melarikan diri, motosikal dua beradik itu merempuh belakang sebuah teksi di persimpangan Jalan Batu Tiga Lama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata seorang peragut terbabit cedera parah selepas terperosok di bawah teksi dan meninggal dunia setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Adik peragut terbabit pula terpelanting dan cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang serta badan berlumuran darah, tetapi rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kemalangan.

KERETA yang dipandu mangsa terbabas dan terlanggar sebuah van selepas mengejar dua peragut, semalam.

Ketika ditemui pemberita, Noor Azam berkata, peragut yang meninggal dunia di tempat kejadian itu juga mungkin diserang asma kerana polis menemui alat bantuan pernafasan di tangannya.

Beliau berkata, kereta yang dipandu wanita itu turut melanggar sebuah van menyebabkan bahagian tayar di sebelah kanannya remuk, tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Beg tangan wanita berkenaan ditemui semula di tempat kejadian dan mangsa sudah membuat laporan polis," katanya. Dua beradik itu berasal dari Tali Air 3, Sungai Burung, Sekinchan.

Sementara itu, suami mangsa, Sheikh Feisal Sheikh Mohamed, 43, berkata beliau bergegas ke tempat kejadian dari pejabatnya di Petaling Jaya sebaik dihubungi isterinya.

Beliau berkata, isterinya memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 13 di sini dari tempat kerjanya di Sungei Way.

Ahli perniagaan itu bersyukur kerana isterinya terselamat, walaupun keretanya rosak selepas cermin tingkapnya dipecahkan peragut terbabit sebelum terlanggar sebuah van.
-------------------------------------------------------------------------

agak agak apa perasaan mak bapak mereka mendengar khabar berita ?
apa yang orang akan kenang selepas mereka mati ?
semoga roh kanak kanak itu Dicuhcuri Rahmat

Aku Punya Pasal

Perginya Seorang Angkasawan

Tuesday, July 21, 2009

Kata ibu ,biar ibu tak mampu nak kecapi sesuatu janji ibu dapat lihat anak sendiri kecapi impian ibu sudah cukup bagus.Begitu juga bagi aku.Kalau aku tak mampu nak lakukan sesuatu,dapat membantu seseorang menuju ke arah cita cita aku sudah cukup untuk mebuatkan aku hepi.Kecil kecil dahulu,aku pernah menanam minat untuk meneroka bintang bintang,menjejak kaki ke bulan,keluar dari orbit bumi.Benda pertama yang aku mahu lakukan jika mampu ke luar orbit ialah kencing sambil baring.Impian aku ini semakin subur semenjak ustazah bercerita tentang dunia sewaktu kiamat.Didalam minda aku ketika itu "bestkan jadi orang kaya,bila kiamat nanti boleh naik roket keluar bumi" .

Tetapi sekarang,impian semakin tipis.Bajet bajet 18biji sukhoi tuh nak reput dalam 30tahun lagi dan sewaktu kerajaan mahu membeli sukhoi baru,aku rasa kudrat aku dah lemah nak saing saing jadi angkasawan ke 2 negara walaupun persaingan agak kurang sengit memandangkan anak muda banyak syahid di jalan raya takpun berakhir di pusat serenti.Memandangkan aku mungkin tak mampu mencapai impian aku itu,maka aku hanya mampu mendorong Tengku Man (bukan nama sebenar ) untuk menggapai bintang dan terbang bebas di angkasa raya.Tengku Man betul betul bersungguh sungguh untuk melakukannya walaupun aku agak musykil dengan kemampuan mesin buatan China ini.Namun demi keseinambungan ilmu Sains,Tengku Man tetap bertegas dengan keputusannya.

Katanya kepada aku sebelum berlepas " nip,aku tak kisah mati demi sesuatu yang aku minat,so ang jangan risau ". Maka dengan hati yang berat,aku terpaksa melepas Tengku Man mengejar cita citanya.

gambar arkib: Tengku Man sebelum berlepas.Keceriaan jelas terpancar diwajahnya

Namun


Tengku Man pulang ke bumi setelah mengelilingi orbit 7 Kali namun tidak bernyawa lagi.

Setelah diberi CPR dan beberapa das kejutan eletrik didada,tengku man disahkan meninggal dunia oleh Doktor bertugas.Beliau mati sebagai hero walaupun tidak sempat mendapat gelaran Datuk R.I.P Tengku Man

Berita Hari Ini

Berita Hari Ini

Tuesday, July 21, 2009

Mangsa ‘laluan tarik’

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my


KANGAR: Ada benda tarik. Itu ungkapan biasa daripada pemandu yang kemalangan di Jalan Lencongan Barat Timah Tasoh di Kampung Guar Jentik dekat sini, apabila mendakwa stereng kenderaan mereka ditarik sesuatu sehingga menyebabkan terbabas dalam petak sawah di kawasan itu.

Dalam kemalangan terbaru di kawasan itu pada jam 11 pagi semalam, seorang penumpang parah di kepala selepas kereta Proton Saga dinaikinya terbabas ke dalam petak sawah manakala dua lagi termasuk pemandu, Azizan Darus, cedera ringan.

Setakat ini, 18 kemalangan dilaporkan tahun ini termasuk tiga kes sepanjang Julai di kawasan itu sehingga menyebabkan laluan itu digelar ‘laluan tarik’ berikutan dakwaan sebahagian besar mangsa, stereng kenderaan mereka seolah-olah ditarik sesuatu sehingga kemalangan.

Azizan, 39, dari Kampung Guar Syed Alwi di sini berkata, dia bersama rakannya, Ibrahim Ismail, 47, dan bapa saudaranya dikenali Mahmud dalam perjalanan dari Kaki Bukit ke dusun di Sungai Batu Pahat di sini, untuk mengambil buah sebagai persiapan kenduri arwah bapanya.

“Apabila tiba di selekoh tajam ini, stereng kenderaan seolah-olah ditarik sesuatu ke sebelah kiri jalan. Saya cuba mengawalnya, tetapi tarikan semakin kuat hingga menyebabkan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam petak sawah.


“Kenderaan kami berpusing tiga kali dan saya tidak melepaskan stereng. Ketika itu, saya mendengar bapa saudara yang berada di tempat duduk belakang mengerang kesakitan dengan darah memenuhi mukanya.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu mengeluarkan kami yang tersepit dalam kereta dan menghantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, “ katanya.

Ibrahim pula berkata, dia berasa seolah-olah kepalanya mencecah pokok padi walaupun berada dalam kereta ketika kenderaan itu berpusing tiga kali dalam sawah.

“Ketika kejadian, hujan baru berhenti dan secara tiba-tiba kereta dipandu Azizan terbabas ke kiri sebelum terjunam ke dalam petak sawah. Saya hanya mampu mengucap (dua kalimah syahadah) ketika kereta berguling-guling di dalam sawah,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati beberapa kesan tompokan atau kawah dalam petak sawah berhampiran selekoh berkenaan berikutan kekerapan kemalangan.

Mei lalu, akhbar ini melaporkan penafian penduduk Kampung Guar Jentik mengenai dakwaan wujudnya mahkluk halus yang sering mengganggu pengguna jalan raya di situ, terutama selepas hujan hingga menyebabkan banyak kenderaan terbabas.

Peniaga, Dahli Saad, 36, berkata, sejak laluan itu dibuka kepada orang ramai kira-kira 10 tahun lalu, sudah banyak kemalangan berlaku di selekoh tajam di jalan lencongan berkenaan dengan tahun ini saja 18 kes termasuk kes terbaru semalam.

“Jelas ada sesuatu tidak kena dengan laluan ini,” katanya.

Minggu lalu, katanya, sebuah kenderaan Kia dipandu seorang lelaki yang baru pulang menghantar keluarga di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tassoh, terbabas memasuki petak sawah ketika melalui selekoh berkenaan.

Timbalan Ketua Umno bahagian Padang Besar, Mohd Noor Aziz, yang berada di tempat kejadian meminta kerajaan negeri segera memasang besi penghadang di sebelah kiri jalan bagi mengelak kenderaan terus terbabas memasuki petak sawah.

----------------------------------------------------------------

Aku syak ni semua kerja jin jin yang diupah tow truck owner .Tetapi mungkin ada penjelasan dari bidang sains,maklumlah benda kekadang orang nak buat bagi suspen tetambah Metro yang terkenal dengan tajuk tajuk berita suspen.Negeri gua aman damai la!!! Jin manusia mendokong 1malaysia kot!!
Dari letak besi penghadang,baik repair jalan yang mungkin terlalu.Takpun letak signboard 'sila pegang stereng kuat kuat 100M' atau 'sila baca ayat kursi 100M' .Confirm semua ni tak berlaku lagi.Ada harapan aku jadi MB?

Aku Punya Pasal

Projek Kunang Kunang stage 1

Monday, July 20, 2009

Betul kata orang tua tua..duit tak penah nak cukup.Bila ada sikit duit,nak banyak.Bila ada banyak duit,nak lagi banyak.Ada sahaja benda yang nak dihabiskan dengan duit.Sebagai seorang aku,sejak berumur 15tahun,hidup aku berubah sepenuhnya.Minat dah mula berputik kearah mesin berenjin.Time tuh,memang remaja sebaya memang sudah berjinak jinak dengan motor kecuali dua tiga kerat yang tidak perlu disebutkan nama masih bermain kereta Dash (berenjin whuutt ???). Lepas PMR,dengan segulung results yang memberangsangkan,parents aku terus beli sebiji skuter VS125 sebagai ganjaran.


Ekceli ni motor 1st aku,pastu kakak aku guna,aku plak pkai vs125 lain play WJT9532.Pastu jual WJT beli 125Z.Skuter RF ni sampai sekarang aku pakai

Bila ada motor,mula la ada sahaja projek yang nak dijalankan.Starting mesti dengan tukar tukar coverset,pastu gatal sikit masuk ekzos,lepas bunyik aja perang blah tak seperang mana,mula la start kacau enjin.Habis kedai sana sini pergi sampai alor star dan Jitra semata mata cari barang motor.Time tuh duit banyak memandangkan aku dapat RM1K dari bapak aku sebagai ganjaran PMR.rm1K umur 15tahun dah rasa Bill Gates habis.Nasib baik takda GRO sebaya,kalau tak mungkin dah lama aku langgan.Lepas habis duit buat enjin,still tak boleh belah belah,minyak ja belah macam superbike,terus tukar citarasa pakai 125Z.Mula la start rukun rukun wajib seperti menukar rim,tukar coverset.Dah cun melecun,pergi rasa tak cukup laju lagik.Mula la hantar masuk kedai pomen sekali lagi.Enjin,head,ekzos semua mahu tune.Kedai kedai motor dah jadi rumah kedua.Dah tak lepak the store2 ni,semua mau Ah lek,Ah Seng,Ah beng motor sahaja.

Sudah dijual..rindu gila motor ni.Banyak suka duka.kalo ada rezeki nak cari balik

Lepas keluar kedai,Hayabusa tuh rasa macam boleh saing saing aja.Dia punya pergi dah macam cukup laju.Ekzos pung prang bunyi.Plat mau taruk minyak rantai bagi gelap.Rasa dah cukup king.Selisih dengan motor motor samseng jalanan lain , muka konfiden sahaja kalau mau sekilo dua.King king pun,setiap corner,mata macam helang,Zoom 16x ,leher mau panjang,hati sentiasa dub dab dub dab,sanggup amik jalan jauh,janji selamat.Nanti kerja dah nak kena bayar kerajaan,waktu muda bagi la anak anak muda menabung buat masa depan.Apa kerajaan pun satu,tak memahami nasib pelajar.Nak beli nasi ayam rm2 pun rasa mahal,apatah lagi nak bayar saman beratus.

Masuk universiti,minat baru mula menerpa.125z,RXZ,Phanter semua dah tak berselera bila aku tengok.Mula la berjinak jinak ambil tahu tentang kereta .Start dengan nama,menda menda alah dan sehingga la yang sedikit sebanyak.Jiwa time tuh masih rebel.Mintak mintak,nego nego,maka bertemulah jodoh aku dengan satria buruk kuning ni.Time tuh rasa janji ada kereta dah cukup,boleh bawak 110km/H dekat highway pun dah Alhamdulillah.Start dapat,seperti rukun rukun modifikasi yang lain,semua perlu bermula dari luaran bagi aku.Start dari rim,sehinggalah bodykit.Nampak mahu resing sahaja tapi bila dah kenal apa itu highway,apa rasa kena highbeam dengan kancil,mula la start cari duit nak buat sana sini bagi ada umph.

Bini baru.Walaupun janda,masih mantap.

Belanjawan jika ditolak tambah , 60% habis untuk kereta sahaja.Kereta dah ibarat bini.Ditatang bagai minyak yang penuh.Kalau apa apa jadi,memang aku rungsing.Perancangan tak penah habis.Ada sahaja benda benda baru yang nak buat dalam erti kata lain tak pernah la aku nak merasa duit ada dalam poket ni buat buat beli baju berjenama antarabangsa mahupun cadbury.Oleh itu,jangan la hairan kalau aku tak berapa gemar nak bagi pinjam sana sini.Kenapa aku keluar post ini,sebenarnya petang tadi aku tersempak dengan sebiji satria kuning tengah parking depan pasaraya terkemuka dengkil.Owner takda,jadi terpaksalah snap senyap senyap gambar.Planning ke depan nak transform jadi macam ni dari segi tinted dan kaler bonet belakang.Apa komen?





Aku Punya Pasal

Dulu,Kini dan ....

Monday, July 20, 2009

Bak kata pepatah "Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad" .Ya,belajar tiada titik noktahnya.Setiap hari kita akan belajar daripada buku teks mahupun pengalaman.Kekadang kita akan belajar sesuatu dari cara mudah,kekadang belajar dari kesilapan.Siapa yang suka belajar dari segi membelek buku,ke kelas dan buat assignment sana sini.Kajian oleh Dr Olmert Haraud dari Universiti Al-Azman telah membuktikan 98% manusia lebih selesa jika mampu memuat turun ilmu ke otak dari mencari ilmu tersebut sendiri.


Apa yang aku merepek pon aku kurang pasti,tapi apa yang aku pasti,dari dulu apa yang makbapak cakap study tak boleh saat saat akhir ni memang betul.Zaman sekolah dulu,hidup mahu seronok aja.Study di no-18 dari segi priority.Cita cita mau lawyer,pilot,pakar kaji bintang,semua tinggi tinggi belaka,tapi dari segi usaha berat nak ke Doktor Kasut sahaja.Di masa itu,malas malas pun,perancangan sentiasa ada.Sebulan sebelum peperiksaan,cikgu cikgu dah maklumkan tarikh peperiksaan.Dengar aja dah berazam.

"Seminggu sebelum exam,aku start la study" getus di dalam hati

Hari berganti hari,malam berganti malam.Exam lagi 3hari.

"Study awal awal bukan nak ingat pun,esok lusa lupa balik,sehari sebelum exam aku takkan keluar,study kaw2 punya" minda menstruktur semula perancangan dengan pesat

Sehari sebelum exam

"Alaa...bukan susah pon,lepak dulu.Malam ni study la ,confirm esok tunggu nak score sahaja"

Malam sebelum exam

"Dr Fadzilah Kamsah ada cakap,masa terbaik study di awal pagi pukul 2-3 pagi,time tuh sunyi,confirm syahdu aja study,lagipun badan dan penat enjoy ni" strategi saat saat akhir semakin mantap

Pukul 2-3 pagi

"sedap la pulak tidur ni ,melalak betul alarm ni,sok pagi sebelum pergi sekolah pun sempat lagi usha² " ZzzzZZzzz

Pagi sebelum ke sekolah

"Baik aku mandi,siap cepat cepat pergi sekolah,sampai terus study,boleh jugak wat study group" getus dalam hati sambil bersiap mandi

Di sekolah

" weh dd, habis sekolah kita pi Ah lek,aku nak usha barang barang motor sikit la pung pang pung pang kong 18inci pung pang pung pang ikan lohan pung pang pung pang "

"Semua pelajar diminta duduk ditempat masing masing ,peperiksaan akan bermula "

Time tuh,buku dicapai dengan pantas.Segala muka surat diselak macam angin tiup.Didi dah hilang punca,yang termampu hanyalah menadah tangan ke langit memohon bantuan yang Maha Esa..Kelvin dah aku nampak pegang buku sambil terkumat kamit baca mentera barangkali.Bobo macam biasa,muka tersenyum berjalan terkangkang kangkang memasuki dewan konfiden.Macam mana rasanya jadi budak pandai.

Sekarang di Universiti,perangai lama masih ada.Kalau tak,confirm aku dah lena time time macam ni.Haih..

Aku Punya Pasal

Hari Automotif

Friday, July 10, 2009

Hari ini aku isytiharkan sebagai hari paling produktif bagi aku pada bulan ini.Banyak projek projek automotif terbengkalai dihidupkan semula.Perkara pertama yang penting hari ni ialah servis kereta.Ibadah ni sudah hampir beberapa ribu kilometer aku terlepas dari kiraan yang dicatatkan di sticker servis.Ekceli last week aku dah follow kakak aku nak servis di Proton Edar berhampiran SS2,tapi lepas tengok labour charge rm60,aku biar kakak aku servis gen2 dia sahaja.Untuk makluman,labour charge di kedai² servis bawah pokok hanyalah rm10 sahaja.

Aku just servis minor (minyak enjin,minyak gear,air filter,oil filter),memandangkan yang lain still berkeadaan baik walaupun kereta sudah menjangkau umur 10tahun.Minyak enjin sebelum ni aku guna Petronas syntium semi-synthetic,kali ni aku try shell helix semi-synthetic pulak.Petronas semi pon dah cukup baik bagi aku,saja nak compare tengok.Satu lagi problem kereta aku ialah kekadang nak start tak boleh.Kena pulas 3-4kali baru enjin hidup,pernah sekali aku u-turn dekat traffic light,enjin kereta termati,pastuh nak start tak boleh.Adrenaline dia time tuh macam pemandu F1 memecut pada 280km/h.

Kalau Proton Perdana kenderaan rasmi Kerajaan,Toyota camry kenderaan rasmi Perak,maka Yamaha apa spesis ni merupakan kenderaan rasmi para Pomen.Kalau pergi kemana mana workshop tak kira kereta mahupun motor,motor pomen mesti berat kepada spesis ni ataupun yang sezaman dengannya.Tak penah la pulak nak nampak pomen naik Yamaha R1 ka,Honda CBR ka..Kenapa?aku pon tak paham.

Lepas setel servis kereta,aku ke kedai aksesori yang baru dibuka didepan kawasan perumahan aku.Pelanggan tak ramai time tuh,sekali aku turun,3orang pekerja kedai tuh serbu aku,serupa along.Apa marketing strategi mereka guna tak tahu.Rileks2 sudah.Aku pun just nak melawat tengok aja.Survey2 harga.Harga boleh tahan,kalau banding dengan seller dalam internet,mahal dalam rm10-rm30 barang2 dia.Tapi ok la depan mata aja kedai,apa apa hal tak betul boleh pergi bila bila masa tukar.Lepas kedai tuh,aku mencari pulak kedai cat.Sebab dah semak aku tengok Lips dan side skirt kereta aku tuh berbeza kaler.


Dalam mencari kedai cat,entah mana kampung aku masuk and last aku saja masuk jalan ke arah Banting,Sepanjang setahun hampir berada di Dengkil ni,hari ni pertama kali aku masuk area area nih.Gila,baru aku tau jalan ke Banting tuh superb!! At last terjumpa satu kedai ketuk dan cat di jalan ke Banting ni.Sembang sembang sikit,dia mintak rm450 untuk cat sideskirt,lips dan spoiler.WTF!!!!!!! Aku baru cat Perdana v6 kat rumah bumper,seketul pintu,spoiler,siap cat calar2 kecik2 rm450 jugak.Ni menda kecik aja2.

Depan kedai cat tuh aku rasa merupakan satu satunya kedai half cut di dengkil.Aku ada nampak halfcut skyline r32 dengan Nissan 180sx.Boleh tahan.Hari ini baru aku perasan yang Dengkil mempunyai banyak kedai aksesori kereta.Bilang bilang dalam 6-7 bijik,boleh tahan untuk sebuah pekan cowboy.

Berita Hari Ini

Berita Hari Ini

Wednesday, July 01, 2009

Pensyarah mengaku tak salah ambil RM800 Dorongan lulus kertas Algorithm Analysis Universiti Multimedia

KLANG: Seorang pensyarah kanan di Universiti Multimedia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap tuduhan menerima rasuah RM800 daripada seorang pelajar perempuan bagi menaikkan markah dan meluluskan peperiksaan, pada bulan lalu.

Tertuduh, Dr Krishna Prasad Pramulapati, 52, warga India, dituduh memperoleh wang berkenaan daripada pelajar Kumalini Devi Subramaniam, 24, sebagai dorongan untuk meluluskan kertas jawapan peperiksaan TCS 3211, Algorithm Analysis, pada 22 Jun lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik FIT BR 4020 Blok B, Fakulti Teknologi Informasi, Universiti Multimedia, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang, pada jam 5 petang, 24 Jun lalu.

Krishna didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara selama 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abd Khairi menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh tetapi peguam Krishna, Arunan Selvaraj memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan tertuduh rakyat asing dan isterinya pula berasal dari Sri Lanka serta mereka tidak mempunyai keluarga di negara ini.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan menetapkan 3 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Dua rakan Dr Krishna dan menjadi penjamin kepada pensyarah berkenaan yang sudah dua tahun berkhidmat dengan universiti itu.

-----------------------------------------------------------------------------------

dah boleh boleh la aku start menabung...

Flickr Images